Masa kecik dulu Mama selalu pesan ... Hati-hati pilih kawan. Jangan sembarangan. Hidup harus ada pendirian. Jangan suka terikut-ikut apa orang buat. Ini antara pesanan Mama yang paling saya ingat. Alhamdulillah .. adik beradik saya semua jadi insan berguna dan paling penting .. pesanan Mama kami pegang dari dulu sampai sekarang.
Tapi zaman sekarang ni, kaedah dapat kawan dah bermacam-macam. Dulu paling teruk pun setakat berkenalan dalam Mini Bus pastu tukar-tukar no telefon. Paling gempak pun pos Gambar dan Profile diri kat Majaah untuk Segmen Mekar Setaman. Kahkahkah .. kelakar!!
Cara dapat kawan paling terkini dan 'trendy' sekarang ni dah tentulah melalui Laman Social dan yang paling femes dah tentulah FB. Walau macamana pun, tetap kena hati-hati .. tak boleh sebarang 'friend' sana .. 'friend' sini. Hmmmm .. sekarang saya ada lebih 100 'Friends Request'. Camna? Nak approve ke tak diaorang ni? Haihhh .. keliru. Bukan apa .. takut terjadi apa-apa kemudian hari .. camna ye? Kan dulu Mama dah pesan .. "Hati-Hati". Jangan sembarangan.
7 comments:
Aina approve yang mana kenal je or maybe group tempat kita belajar yang mungkin lebih senior atau junior. Lain2 tengokk jerkkk...hehehee...
Sekarang kakcik sangat berhati2 menerima kawan di fb. :)
saya pun ada 61 friend request yang saya tak approve lagi. Masalahnya mereka add tanpa ada kata2 mukadimah. Saya pula tak cam siapa, kalau mmg tak pernah kenal, susah nak approve.
tu la... mmg kena pandai pilih... lebih2 lagi skrg ramai kawan yang makan kawan
approve mana yg rasa perlu jer...tersilap approve kekg, hbis kna spam...
kat FB senang je, kalau dah approve, then dia buat hal, unfriend then block. habis cerita..
Frens banyak kat FB, bekas anak murid..hee
Kawan kat FB lah yang menyebakan i boleh sampai ke Kashmir..ALHAMDULILAH..
akak pun pilih pilih gak member fb ni..klu lelaki omputih takut nak add.
kalau ella rajin bolehlah tolong vote blog akak melalui fb.
Post a Comment