Mee Kari Udang

Thursday, April 26, 2012

Tengah-tengah buat kerja .. tetiba teringin kan Mee Kari Udang. Pastu nak dan-dan tu jugak. Tak nak esok-esok. Tak nak nanti-nanti. Tak nak jap-jap lagi. Bangun .. terus tuju Pantry.

Tu dia .. Mee Kari Udang jenama Maggi penyelamat 'tummy' hari ini. Daripada tak dapat .. boleh la, kan. Sib baik memang ada stok Sawi Hong Kong + Udang kat pantry. Sib baik Mee Maggi Cepat Dimasak 2 minit siap. Sib baik boleh makan sambil buat kerja. Tak la Boss tertanya-tanya .. Ella mana?

Bila bulan nak datang, selera makan dan minum 'boleh tahan'. Tengok tu nak. Tengok ni teringin. Pastu layan. Kalau minum, harus 2 gelas. Pastu komplen naik se kilo.  Bila bulan datang turun balik se kilo tu. Ehhh .. cam yo-yo. Jap-jap naik. Jap-jap turun. Untung 'tummy' kan .. dimanja-manja .. dibelai-belai. Yang menangis poket. Sebab duit banyak keluar beli itu ini.

Dah penat melayan 'tummy' yang nak itu ini .. malam bersenam. Kita bakor. Kita bakor sume kalori. Tu pasal kita 'S'. Aritu masa shopping dengan Dr. Rozzana kawan baik kita, kita beli baju saiz budak-budak kat Poney dan Hush Puppies untuk diri sendiri. Tapi 'S' kita dah nak sampai 'border' dah. Jaga-jaga Ella. Jangan manjakan sangat  'tummy'. Karang 'tummy' hepi jiwa emosi. Camna tak emosi .. duit kena keluar sebab dari S bertukar ke M.Hah .. tu la pasal dari sekarang kena beringat. Kena jaga-jaga. Tak mau jiwa emosi duit keluar laju kerana baju baru. Kita sayang baju-baju "S" tu. Ada yang dari anak dara sampai sekarang anak kita dah teruna. So ingat ye Misz-Ella .. 'Jaga-jaga".

You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail