Penunggu

Sunday, April 29, 2012

Ingat tak lagi cerita tentang bunyi mengiau dalam rumah jam 2 pagi? Sejak peristiwa tu, tiap kali nak tido malam mesti kita make sure tutup tingkap bilik air. Tak kuasa nak main kejar-kejar dengan kucing pukul 2 pagi camtu. Mengganggu sangat, tidur ala-ala 'Sleeping Beauty' ku, kan.

Dan sekarang, walaupun Kucing Garek Cik Yam dah tak boleh masuk dalam rumah, tapi dia tetap setia menjadi penunggu cuma 'portnya' sekarang dah bertukar ke luar rumah. Silap-silap atas kereta kita tempat tidur dia.



Tiap-tiap pagi, Si Gebu ni tak sabar menunggu Cik Yam bukak pintu. Ada masanya, Si Gebu ni berkenyit pagi dengan kita di pagi yang sunyi. Elehhhh .. mengada. Sib baik ko comel. Hehehe. Tapi kucing memang comel, kan. Kiut, miut, penyayang, manja ~ Semuanya ada dalam diri seekor kucing yang comel .. nak pulak yang gebu camni.

You Might Also Like

12 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail