Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Temujanji Dengan Cermin

Temujanji dengan Cermin berjalan dengan lancar walaupun tiket dibeli very the last minute ~  wayang nak start 15 minit lagi. Itu lah keistimewaan Cathay Cineplex di E@curve .. walaupun sampai lambat tiket masih ada dan tak perlu beratur berjela. Tapi mahai sikit la kawan-kawan .. RM11 sekepala.

Filem Mirror Mirror yang kita teringin sangat nak tengok dari minggu lepas lagi. Kembang dada dapat tengok "Snow White" yang mana kisahnya kita baca masa kecik dulu.  Masa tengok movie tu kan hati berkata-kata "Last-last dapat jugak aku tengok Snow White even di saat i'm no longer read the Fairy Tale but at least .. here i am watching my Snow White yang selama ni kisah nya ku baca hanya di buku sahaja masa aku kecik dulu.  

Dalam Fairy Tale, Snow White pengsan kerana makan apel merah beracun yang diberi Ibu Tirinya dan hanya terjaga bila dicium Sang Putera. Dalam Filem, babak tu tak ada sebab "Snow White" yang terkurung lama di istana menghabiskan masanya dengan membaca banyak buku termasuklah buku "Fairy Tale" tu so dia lebih pintar di alam wayang ni dan instead dicium oleh Putera, dia yang mencium Putera itu. Cissss .. sungguh tak sopan dia ni. Tak suka!! I want my "Fairy Tale Snow White!!". Takmo yang ni. Eh .. Over lak akak. Hihihi. Dan tersangat la tak syok tengok Kak Julia berlakon jadi Permaisuri @ Ahli Sihir @ Mak Tiri yang jahat .. maybe cos selama ni membesar dengan aksi romantis dia kot? Dan tersangat la tak suka bila di akhir wayang ini ada adegan Snow White menyanyi lagu Bollywood dalam bahasa Omputeh. So weirddd ...  Pun tak suka adegan nyanyi-nyanyi ni*mentang-mentang la Tuan Pengarah Singh*


My date of the day ~ Dr. Rozzana and Aiman.

Pas tengok movie kita makan .. pastu kita jalan-jalan .. pastu kita beli-beli .. pastu kita 'pokai'. Padan muka ai. Hehehe.


15 comments:

sekadar satu coretan said...

teringin jugak nk tengok citer ni...
cuti2 nnt boleh la gi dgn anak2 dara kita tuu...

Kakcik Seroja said...

Ada duit tu belanja untuk diri sendiri apa salahnya kan? :)

Dayang Deno said...

seronoknya akak.... deno nak tengok jugak rasanya cerita tuh

Yaya Azura said...

yaya pun teringin nak tengok mirror mirror..
tapi panggung wayang jauh la kat..nun di Kerteh.
so berapa bintang kak chik?

Melati Qistyna's Mummy said...

Smlm ingat Nk nengok, hb ajak nengok hunger games plak, hukk

Melati Qistyna's Mummy said...

Kccccccc..... Nak Tanya ni...

Tau dak kat mana rest yg Ada buffet seafood area ampg ke, x kisah la, Ada x yg kc tau, yg best2... Huhu, tks yek

pinky said...

teringin jugak nk tgk tp tak de gang....

faraherda.razalan said...

Teringin nak tgk cite tu....sebab utama, of cos Julia Robert. Hahahahah!

cheqna said...

hahahaha
x kan dah pokai kot kakchik =)

gadisBunga™ said...

siyes ke dia nyanyi lagu industan dlm bahasa omputih? *soalan dari org yg dah 50 tahun tak tgk wayang. heheh~

Akak Kembang said...

cantik kak chik :) suka tengok..

munna said...

SEJAK DAH ADA GSC KAT SINI...BARULAH ADA CAN NAK TGK MOVIE YG BARU2... TAPI CITER NI MUNNA X TGK LAGI...

Unknown said...

part yang makan2 dan soping tu yang jeles,..:)

MamaYatie said...

sonotnya tngk movie...jalan2..dating ngan mr hero...soping lagi..perghh best!

Sheherazade said...

pia suke fairy tales :)