Thursday, April 26, 2012

Misi Kecikkan Pinggang

Perempuan kalau dapat pinggang ramping ala-ala kerengga .. Wahhh!! ditambah lak dengan bentuk badan macam biola .. Hmmm .. lagilah. Tapi kan .. saat umur lagi setapak melangkah ke 40an, anak pun dah umur belasan, jangan mimpi la nak badan cam biola .. gedabak cam piano adalah. Hahaha. Tak pe. Tak pe. yang penting sehat. Tu yang paling penting sebenarnya. Bersenam untuk jaga kesihatan bukan nak kurus semata-mata. Kalau kurus la 'target' korang .. takut nanti tak dapat apa yang didamkan .. kecewa.  Dalam exercise, yang penting 'have fun' dan enjoy. Jangan stress-stress eh. Selalu-selalu la tambah senyuman dalam ber exercise. Bila kita enjoy nanti akan timbul rasa nak lagi dan lagi. Baru kita boleh kekal dan bertahan.

Me and Dr. Rozzana. T-shirt Elle Active kitorang sama ~ Beli kat The Curve masa Bertemujanji dengan Cermin haritu. Kebetulan ada sale dan saiz pun ada. I beli S, dia beli M. Sesekali bersedondon .... glamer kena tegur dengan kawan-kawan gitewww. Kelas Rabu di Dewan M3 berlangsung dalam suasana romantis bertemankan 2 biji 'emergency lamp' sebab 'switchboard' letrik ada masalah. Walau sedikit berbahang sebab almost 20 persons turn up that night but i'm sure the result is superb. Mana taknya ber exercise dan bersauna dalam masa yang sama, kann.

Tengok tu .. Teacher Tini 'blink .. blink' dengan Kasut Glow In the Dark dia. Satu persamaan kelas Teacher Tini dan kelas saya ialah .. banyak buat exercise pinggang. Walau sedikit mendera otot pinggang tapi kalau cukup 'warm up', kesakitan otot boleh dielakkan dan kalau diamalkan dengan konsisten .. hasilnya pinggang 26" macam i*weeee .. suka*.

Nampaknya Dewan M3 tempat kitorang ber aerodance bakal bertukar rupa menjadi Bilik Gerakan Pilihanraya. Banyak jalanraya dah semakin cantek dan rata ..tak da lubang sana sini dah. Hmmmm .. kalau tak da pilihanraya, tak merasa la kita jalan baru ye.  

BTW, Selamat Datang Rafeah, my blog reader who joined our class 3 weeks ago. She emailed me and ask details and i directed her to Teacher Tini. Selamat Datang ke Kelas Aerodance yang mana Teachernya sangat prihatin dan studentnya mesra belaka. Harap-harap Rafeah dapat bersenam dengan konsisten.


11 comments:

za reesya said...

kc comel jer... body maintain.... za harap bila da seusia kc nanti... badan masih maintain...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

maintain KC...comel akak!

Halif Mohamad said...

Memang slim. cantik. macam anak dara la KC

diana said...

AMBOI..KASUT DIA..ADA LAMPU...
HEHEHE

Chekgu Azrine said...

26 kak kc??class!!haha

*jeles*

SURIA AMANDA said...

macam best jer ni.....

Rai said...

patutlah nampak bendera tergantung.. hehe..

betul KC..yang penting enjoy.. bila tak enjoy susah nak istiqamah.. sedangkan nak dapat pinggang macam kerengga tu kena rajin rajin buat..

Irfa said...

kakchik..macam mana nak eksesais utk dapatkan pinggang kecik?

tiefazatie said...

wah...kc mmg cun dh nie..
tp bagus nie kan..hee..

puanbee said...

best jugak program mcm ni , selain jg kesihatan badan cantik n juga boleh buang stree tk gitu .. best kak

Peri PiA said...

pinggang KC mmg ramping