Wednesday, April 25, 2012

Sessi Lepas Rindu

Beberapa hari sebelum Ahad, my sister Kak Yang (KY) ajak buat "Pot Luck Gathering" kat rumah mama.  Molek sangat la tu. Macam tau je dengan kehendak hatiku yang rindu sangat pada famili. So, i sms everyone and tunggu reply. Alop jauh kat Taiping, Aishah kat Kuching .. so kita on je dengan yang lain-lain. Dok congak-congak .. dok fikir-fikir last-last buat keputusan nak bawak Daging Masak Merah dan Kueh Kasturi.

Tapi kan .. Meehoon Goreng lebihan sarapan pagi ada juga dalam Beg besar terlebih muatan saya. Hehehe.

Daging Masak Merah

Dah buh dalam "Tupperware" ~ Ready to mom's

Sempat jugak buat Kueh Kasturi atau Kueh Kacang Hijau di pagi yang sama. Bayangkan camna saya bersilat berkung fu bertai chi kat dapur sorang-sorang .. Hehehe.

Angah bawak Salad Crunchy

KY bawak Ayam Masak Tauchu. Ayam Masak Tauchu? Suka-suka dia cipta resepi sendiri. Tapi sedaps gila dia masak. Pasni kita cuba ye.

Ikan Pacu Goreng ni Angah yang bawak.


Laksa dari Jai dan Sarina ~ Adik angkat kitorang yang rumahnya atas rumah Mama.

Fresh Mango Juice yang dikisar sendiri oleh Angah ~ Meleleh siot tengok titisan air dingin kat bekas tu. 


Bittersweet dessert by my sister KY. Makin panjang "Resume KY" di dapur ye.
Dia dah pandai buat Redvelvet Cake, Butter Cake, Pizza dan macam-macam lagi. Kita jelessss sebab kita pandai makan je. Hehehe.

Apam Polkadot ni beli dari rakan blogger kesayangan, MDT. KC rindu awak, MDT.

Sehari sebelum tu ialah Harijadi Kak Ngah. Dah beramai-ramai ni, marilah kita raikan bersama. 

Happy Birthday To You Kak Ngah (My Sister In Law). Moga sentiasa ceria .. moga kekal bahagia selama-lamanya.. Fuhhh ..fuhh .. fuhhh*sib baik tak tempias* Hehehe.

Alalalala .. Sarah Ardinie buat muka comel. Sayang my other angel Puteri The Princess tak ada. Rindu gila kat budak comel tu. Kiranya misi Melepaskan Rindu dengan kesayangan ni tak berjaya la ye .. sebab ada yang tak ada. Masing-masing busy .. nak buat camna?





23 comments:

azam said...

sedap²nya....hehehe

Yatie said...

waduh banyaknya menu yg sedap ni Ella,lama tak makan kuih kasturi...terliurlah plk..nak kena wat sendirilah nampaknya..he3..

POSH76 said...

bessnyer macam2 menu ada...hapenning!!

kakcik said...

Seronoknya berkumpul sambil makan-makan. Happy birthday juga untuk Kak Ngah Ella. :)

el said...

wahhhh terer arr buat kasturi..febret tu kalo panas2 mkn mmg perghhhhhhhhh
syok kan gathering ni..hapening uolsss

YanaMIB said...

sy suka mkn sume mknan di atas..hoho..eh kakcik ngidam mangga epal? meh dtg bangi..nnt sy tapau sket utk akak..ngeee~


p/s: kakchik bg link blog len aa kt shoutbox

Pok Amai-Amai said...

Wow! Meriahnye KC. Terliur sy dgn juadah yg mengancam kalbu tu. Yummeh!

aDisH.sHidA said...

kak chiiiiiiiiiiik semua nya sedap2...telan air liur melihat nya..nak jugak nak jugak

Hanis Azla said...

wah.. syoknya melepas rindu sambil makan2.. dah telan2 liur ni tgk menu2 tu semua..

HaSue said...

Dah lama x buat kuih kasturi tu..fevret kat umh ni.hehe..
byknya menu kak chik..berderett2..nampak semua sedap2 belaka

mamyharraz said...

woahh menu semua meletopss sedap2 belaka.
best dpt potluck sesama family ni kan.sy pun selalu buat camni dgn family.happy.

gadisBunga said...

sob! sob!

gambar makanan yang sungguh banyak.

nangis sebab dapat tgk aje. huhu~

Denaihati said...

Happy Birthday untuk Kak Ngah sis n moga panjang umur. sedap2 makanannya ni.

Zefa NorAsmara said...

Hadui kak chik.. semua menu tu buat saya lapar. Nampak sedap sangat.. Paling terguda dan rasa nak cuba masak, ayam masak taucu tu..

Daddy Ziyyad said...

Terperanjat jap masuk blog KC ni..dah lain rupa..hehehe

Wahhh..KC pandai buat kuih kasturi? kuih feveret saya tu

miloais milo said...

seriously - iols terpaut ngan bihun goreng tu...

sisdee said...

adehhh sedapnya...i suka kuih kasturi tu heheheheh..

leh pngsan tgk lauk pauk kat sini

deno said...

ya allh..... sedapnya... banyak sungguh makanan yang menyelerakan.. emmm... deno makan roti je hari ni...

Ati Masrif said...

bila buat podluck gini lagi mudah
tak perlulah masa jumpa tulah
nk sibuk masak2 dan tak sempat nk
sembang2kan :)

alinac lover said...

best nya bab makan ni.. baca entri makan yong sokmo teruja hahahah

Peri PiA said...

happy!!!suka nya tgk mee hoon merah mcm tu

Irfa said...

seronok makan ramai2 mcm ni
semua bawak sorang sikit tak sedar rupanya penuh meja ;)

tiefazatie said...

adui la..sedap2 semua mknn nie kc..=)