Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

When i feel so down ...

Saat-saat mcm ni .. memang aku elakkan dari bertembung dengan sesetgh org.  Balik dari keja,terus memerap dalam rmh.  Tak nak bertembung dgn jiran2 sebelah.  Bknnya apa .. 'my sad and sour face is so clear'. Tak nak la tnjuk muka camtu kat org. Not nice. Pernah sekali aku punya 'sour face' tu menimbulkan prasangka pada org2 lain.  Jenuh lepas tu aku nak kena explain dn mintak maaf kat org2 yg aku 'masam' kan tu.  Pada hal org2 tu tak da salah apa2 pun dgn aku, 'mood' aku yg tak betul.  That's y i choose to be 'alone'.  Punya la aku 'alone' smpai lupa nak ajak Aiman dinner.  Yg Aiman ni pun satu, lepas solat Maghrib memerap dlm bilik dgn lappy aku. Layan movie dn game la tu.  Cukup time dia gi Solat Isyak dan Tarawikh kt Masjid SU.  Last2 dia balik dari Solat aku suruh dia beli Burger je. Sib baik anak aku ni tak banyak hal, senang budak nih.


Yang aku pulak .. duk la memerap dlm rumah sorang2.  Sebagai menghormati usaha family In law yg sedang mendoakan kesejahteraan Fther In Law aku yg masih di wad ICU Hospital Taiping dengan cara berjemaah dan membca Yassin di surau, aerobic pun aku tak gi.  Nak solat pun tak boleh ....  Sudahnya aku dduk sorang2 kat rumah, hfon sokmo kat tangan.  Naik atas, turun bawah, keluar masuk toilet .. mana2 pegi  bawak hfon.  Mana la tau kalau apa2 hal .. lebih baik aku brjaga2.  Dn kerana trlampau brjaga2, dinner pun aku lupa nak ambek !!  

Walaupun tak blh puasa .. sahur tetap kena bangun sbb anak bujang aku wajib sahur.  Dari awal mmg dah practise camtu.  Bulan puasa ni mmg kitorg ikut betul2. Sahur wajib, Tarawikh pn wajib.  Kalau kena balik lambat ke .. tak sempat ke surau ke .. buat sndiri kat rmh sorang2.  Bulan mana lagi kita nak bangun sebelum Subuh utk makan ??  Tak da, kan.  Bulan mana lagi nak merasa Solat Tarawikh??  Tak da jugak, kn.  So in my family no shortcut ye.  Memang dh practise turun temurun camtu.  Jgn la bgi alasan tak lalu makan la, tak larat bangun la.  

Haiyoh ... korang ada petua tak camna nak keluar dri kepompong 'down' nih?  Tapi logik la aku 'down', kn .. Fther in Law kt ICU ... masih belum melepasi tahap 'critical'.  Takkan la aku boleh brgelak ketawa pulak.  Apa2 pun aku tetap brdoa .. 'Semoga Ayah diberi kekuatan utk menghadapi saat-saat kritikal ini'.  Amin.






2 comments:

syahira ariff said...

semoga father in law akak cepat sembuh yer
sama sama kita doakan
=]

Misz-ella said...

Tima kaseh ye ira ..