Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kaki Gaduh ..

Salam korang ... Pernah dengar tak tentang Kaki Gaduh?? Mesti pernah, kn. Org yg pantang tercuit sikit, tak kira besar atau kecil  ... mesti dia melenting. Panas baran kot org camni ??

Korang kaki gaduh ke ?? Ala .. jangan la .. aku takut. Hehe ... Jgn gaduh dgn aku eh, aku syg korang. Terus terang cakap la .. kalo org ajak gaduh, mesti aku lari dulu. Bukannya apa ..tak suka la gaduh2 ni.  Nnti mesti tertinggal parut dlm hati.  Mula la mood jd tak betul, pastu teringat2.  Paling tak best silap2 tak habis kat situ.  Smpai brdendam2 ... tu yg tak nak tu.  Lagi parah kalau smpai putus ikatan persahabatan yg dibina brtahun2.  Alahai .. sygnya ..

Aku lebih suka buat tak tau je. Sukatik la apa org nak cakap pasal kita. Diam tak semestinya kalah ..Yang bising tu tak semestinya menang. Dah penat nnti pandai la diaorg diam. Betul tak korang ?? Lgpun kita kan manusia biasa .. mesti kita ada buat silap mana2 .. tkkan  tak boleh dicuit walau sdikit pun.

Tapi kalau dah terlalu melampau .. sampai org pijak kepala kita .. atau maruah kita dikotak katikkan, yang tu aku takkan berdiam diri.  Mesti aku 'fire' balik.  Keluar la sume ilmu yg aku dapat masa tgk 'Transformers', 'Power Rangers', 'Ultraman' dn macam2 lagi la yg sama geng dgnnya.  Hehe ...

So korang sume .. Jgn gaduh2 eh .. at the same time Jgn biarkan org pijak kepala kita tau ...




5 comments:

mama HidayahAmin said...

Dalam menghadapi berbagai karenah manusia, kita perlu banyak bersabar. Rasulullah telah memberi garis panduan kepada kita supaya berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Sabda Baginda,"Berbuat baiklah kepada orang yang berbuat jahat kepada kita."

Biarlah kita dihina, dikata, diperli dan dipulaukan. Tidak rugi jika kita mengalah dan menerimanya dengan tenang. Sebab hati kita akan terselamat daripada budi pekerti yang keji dan dibenci. Malah disitulah jalannya Allah hendak memberi pahala sabar dan meninggikan darjah kita dengan sifat tawaduk, penyabar dan redha. Insya-Allah akhirnya akan Allah campakkan ketenangan dalam hati.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

buat pening kepala jer gaduh2 ni..

the bert said...

bila emosi mengatasi akal..tu start nk bergaduh je keje..
so jgn kasi emosi mengawal diri..

kakchik@ella said...

azrina .. btl. stuju sgt2 ..

kakchik@ella said...

btl tu the bert .. kita kawal emosi, bkn emosi kwl kita.