Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rich Heritages Bhd - Revolusi Perniagaan Atas Talian terbaru lancar minyak wangi Azeertha

Hai readers .. Hari ni jom lah kita cerita tentang wangi-wangi.

12hb Mac 2016, Misz-ella telah dijemput ke majlis makan malam memperkenalkan syarikat Rich Heritages Bhd bertempat di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Rich Heritages Bhd adalah satu revolusi perniagaan bentuk baru di Malaysia menggunakan platform atas talian (online). This is a good opportunity for those yang nak tambah pendapatan tetapi tak berani ambil risiko mengeluarkan modal yang banyak untuk menampung kos seperti sewa kedai dan pekerja.

Rich Heritages Bhd diwujudkan untuk memberi peluang kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menjalankan perniagaan tanpa perlu menaja, mencari orang, tiada risiko kerugian, tidak membebankan dan modal yang dikeluarkan hanyalah sekali sahaja.

Cawangan pertama Rich Heritages Berhad yang berpusat di Kuala Lumpur bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menyertai peluang pelaburan perniagaan bagi menjana pendapatan. 70 buah cawangan lagi akan dibuka di seluruh negara dan perniagaan ini bakal dikembangkan ke Indonesia dan Thailand.


Produk sulung keluaran Rich Heritages Berhad yang akan dijual melalui talian *online* adalah minyak wangi Azeertha. Minyak wangi bersaiz 50ml keluaran Bumiputera ini dibungkus di Malaysia dalam botol yang sangat menarik dan dijual pada harga RM96. This is very exclusive cos only 20,000 bottles of this perfume will be available. Other fashion and accessories will be introduce soon to the customer too.

Apa yang paling menarik, Rich Heritages Bhd akan menjalankan promosi dan penjualan atas talian terlebih dahulu dan agen akan dilantik di seluruh negara secara 'single level'. Urusan promosi barangan akan dijalankan oleh pihak Rich Heritages dan ejen hanya perlu menjual sahaja.  Rich Heritages Bhd juga sedang mengadakan perbincangan dengan Yayasan Al-Ummah mengenai kaedah pembiayaan bagi membantu menyediakan modal kepada mereka yang berminat menjadi ejen Rich Heritage Bhd.


Majlis Perasmian Rich Heritages Bhd

Anastasia, Kelly Chin, Miriam, Misz-ella dan Fariza Saidin semasa Majlis Pelancaran


Majlis Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran artis-artis dan antaranya adalah Raja Ema .. ingat lagi tak dia? Yang nyanyi lagu Angan-Angan .. lagu Jejaka Idaman. Ohhh comel nya bila ingat lagu dulu-dulu. So cute!

So guys, itulah serba sedikit pengenalan berkenaan syarikat Rich Heritages Bhd. Kalau ada info terkini nanti Misz-ella update lagi, k. U just have to check my blog everyday. Mana tau esok-esok korang jadi Usahawan Rich Heritages Bhd dan kaya raya .. Misz-ella tumpang suka dan bangga. Hehehe. OK Bye readers. 



0 comments: