Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas

Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas 
dimulakan dengan ... Fuhhhh .. PENAT. Khamis akhir Dua Ribu Sebelas (semalam) kita cuti. Cuti terakhir Dua Ribu Sebelas untuk menguruskan hal-hal duniawi. Dalam pada tu, sempat kita singgah rumah Mak Mertua kita kat Taiping. Makan tengahari kat sana pastu bergegas balik ke Sg. Buloh lepas Zohor. Sibuk itu .. sibuk ini .. sempat lagi kita telefon Kakcik Seroja untuk minta tolong tentang sesuatu perkara. Tima kasih banyak Kakcik. Alhamdulillah .. berjaya kita selesaikan. Mudah-mudahan setiap amalan kita walau dengan hanya meng 'foward' no telefon kepada saya diberkatiNya.  Harap-harap 60 orang anak yatim itu bakal melangkah ke sekolah dengan rasa gembira. Amin.

Sampai Sg. Buloh lewat petang sebab Abah Aiman tak nak ikut lebuhraya.  Dia ni pelik .. suka sangat ikut jalan kampung.  Dengan lori banyak lagi .. dengan jalan 'bumpy' .. dengan orang buat jalan sana  sini .. Perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk lalu jalan kampung ni. Kalau kita yang 'drive' .. highway je ler .. Ai tak cukup sabar u. Hihi. Sampai je kita terus ke kedai Tukang Baju untuk 'pick up' baju yang bakal di pakai malam ini. Eh .. kebaya 'purple biru' kat gambar atas tu pun baru gak tau. Cantik tau baju tu .. kerawang penuh satu badan. Paling best .. cantik + murah. Best kan kalau dapat kita pakejkan "Cantik + Murah" tu sekali. Untuk orang poket tak lebat macam kita ni, benda-benda camtu harusss diambil kira. 

Lepas Tukang Baju kita jumpa Tukang Rambut. Sepasang kepala jadi mangsa Tukang Rambut bernama Aishah hari ini. Sepatutnya 3 tapi Dr. Rozzana kesayangan saya superbizi. So, berdua je le nampaknya. Next time ai teman u ye kekanda.  Lepas tu kita  makan malam ramai-ramai. Eleh .. Berempat jer .. ramai sangat la konon ..  kedai makan tak la jauh mana .. depan kedai Tukang Rambut jer .. kecoh lebih ehh. Macam la 'grand' kan.  Pas makan kita ajak Abah Aiman keliling taman.  Dah habis keliling baru teringat rumah ... masa ni badan dan mata dah rindu tilam dan bantal. Mana taknya .. keluar pukul 8 pagi balik 10 malam.  Dari Sg. Buloh ke Utara. Dari urusan akademik, charity dan diakhiri dengan misi mencantikkan diri sendiri dan famili .. semua settle hari ini. Hasil dapat ... penat pun dapat. Berbaloi-baloi kita cuti.

Kata je penat tapi bila sampai rumah otak mula berfikir .. esok pagi nak masak apa untuk bekalkan Aiman ye? Kita pun apa lagi .. jenguk peti ais dulu sebelum buat apa-apa.  Keluarkan ayam, kupas bawang sebagai 'preparation' untuk esok pagi. Dalam pada tu dok fikir .. baju Aiman dan abahnya untuk  malam esok dah 'iron' ke belum? Nak 'iron' kat dobi dah tak sempat .. Nak suruh Aiman buat takut nanti tak berapa kemas .. Maka haruslahhhh .. berbakti kepada famili sekali lagi sebelum fikirkan diri sendiri. Hurmmm .. camtu la cerita Hari Khamis Akhir Dua Ribu Sebelas kita. Akhirnya .. pukul 12:30 malam baru dapat rehatkan diri dan bangun pagi untuk main masak-masak di Jumaat Akhir Dua Ribu Sebelas ni. Di hari Jumaat terakhir Dua Ribu Sebelas ni, kita masak Ayam Sambal Berserai untuk anak kita. Harap-harap sedap.  Harap-harap dia suka. Dah masak naik atas, kejutkan diaorang berdua*Daniel, anak buah kita tido rumah kita* suruh diaorang buat apa yang patut sebelum kita hantar diaorang ke tempat kerja.  Hari terakhir diaorang bekerja "Part Time" sempena Cuti sekolah ini.  Mudah-mudahan Aiman dan Daniel dapat pengajaran dari kerja sebulan ini ye.  Aiman should thanks Papa Ngah yang bagi peluang ni kat Aiman.  Walaupun sebulan ni kita tak dapat jalan-jalan tapi Tuhan bagi ganjaran "Pengalaman". Pengalaman berharga dalam kehidupan. It's priceless, my dear.

OK. Sambung cerita. Lepas hantar diaorang ke tempat kerja kita terus ke Putrajaya atas urusan kerja.  Banyaknya kereta kat jalanraya di Jumaat terakhir Dua Ribu Sebelas ni ye? OTW back kita singgah kat Restoran Jaring dan bungkus 'lunch'. Pastu kita balik ofis. Masa ni baru terasa penat. Masa sibuk-sibuk buat kerja tak pulak rasa apa-apa, kan.

Kita pilih Bubur Jagung + Beras  untuk lunch sebab Bubur ni mengingatkan kita pada Bubur Jagung mama kita. Camni la rupa dia. Ekcelikan, perkara yang paling kita rindu walaupun dah 16 tahun kahwin ni kan ialah masakan Mama kita. Kita tak tau la orang lain yang da kawin tu camana tapi kita walaupun dah lama pegang 'title' isteri .. tetap rindu masakan ibu. Rindu sangat-sangat u .. sob .. sob .. Eh .. sentimental la pulak tetiba. Hishh!!

OK. Dah nak habis pun bubur semangkuk dan lunch hour kita. Malam ni kita ada plan .. malam esok pun ada. Dua-dua plan tu melibatkan aktiviti dengan kesayangan-kesayangan kita. Best. Tak sabar dah kita ni.

OKlah. Got to go.  BTW, kita nak bagitau .. Sebenarnya kita tak pernah malas buat entry.  Pertama sebab minat dan suka .. Kedua sebab tujuan kita buat blog untuk Kenangan Hari Tua.  Mana la tau .. kot-kot cucu cicit kita tak sempat kenal kita .. boleh la tengok "Granny" diaorang kat Blog  ni. Masa tu mesti diaorang cakap .. Oooo .. camni rupanya "Granny" kita ... Hihi.

Kita ada banyak "Unfinish Drafted Entry."  Nanti kita cari masa untuk siapkan ye. 



18 comments:

gadisBunga™ said...

:(

nanti kite pun cemtu jugak ek? bila dah kawin nanti? :(

MamaYatie said...

terasa kepenatan kakchik..huhu..

rasanya sesapa pun mesti akan rindu air tangan mak sendiri walaupun diri sendiri dah jadik chef..huhu

Qaseh Suhaida said...

bubur jagung tu sgt sedappp

SYANI said...

Masakan ibu sendiri la yang paling best bagi seorang anak. Saya suka sambal tumis mak saya..kalau balik kampung, mesti suruh di abuat..

SELAMAT TAHUN BARU KAK CIK!

Cik Ina Do Do Cheng said...

banyak pahala derma pada anak yatim, semoga Allah SWT murahkan rezeki kak chik.

abah aiman sama ngan suami cik ina suka pilih jalan kampung : )

bubur jagung tu buat cik ina terliur, banyak bubur , bubur jagung je boleh menambat selera cik ina.

Kakcik Seroja said...

Sesekali kakcik suka juga ikut jalan lama. Kalau Abg Mus baik hati, dia ikutlah kehendak kakcik. Bukan apa, saja suka nak tengok pemandangan. :)

Azian Elias said...

Jazakallah ul khair...

semoga usaha murni kita diberkati ALLAH.. I amat berbesar hati Ella and Aisyah sudi berurusan dengan i. Sudi datang ke KEddai Canggih. Terima kasih...

Dr K said...

Selamat Tahun Baru kakcik @ Ella...

Saya pun sama, harapnya cucu cicit saya tgk lah "ooohhhh..ini keroje atuk aku dulu"...hahahahhaa

faraherda.razalan said...

KC mmg sentiasa sibuk tp yg bt sy pelik...sentiasa cergas, happy dan bertenaga aje!

Apa rahsianya KC? Citelah!

Ati Masrif said...

uhh..sibuk betui ella

kita pun sibuk juga ella
hinggalah nx wk..sbb tu
tak sempat nk bw sgt ni..sori ye :)

Mak Lagenda said...

dah ujung2 tahun gini, mmg sibuk sungguh kita nih KC kan..?

Melati Qistyna's Mummy said...

Penat berbaloi.... Hehehehe

Aiman dh decide skolah mana ye kc? ....

Irfa said...

slmt tahun baru kak ella yg anggun :)

Anonymous said...

cantek akak... ngan muka bujur sirih tu mnwannnn sgt.. likee it10x..tp akak lbeh ssuai mbek pic tndukkan kpala skit bkan mndongak.. love ur blog :)))

norh said...

Selamat Tahun Baru kakchik

Unknown said...

abah yong pon sama..suka sgt ikut jalan kg

laskar pelangi said...

Selamat Tahun Baru Kak Chik :)

Ibu Darwisy said...

KC, kite yg bace ni pun rase penat.. SUPERB la KC..insyaALLAH semoga ALLAH permudahkan..amin..
nyway HAPPY NEW Year KC