Kenduri Kawin Liana

Tuesday, December 27, 2011

24/12/2011 ~ Hari yang dinanti oleh Kak Nani dan famili. Sebagai kawan rapat Kak Nani, saya tau betapa dia ingin buat yang terbaik buat Puteri Sulungnya. Saya jugak tau suka duka yang dilalui  Kak Nani  demi menjayakan Majlis ini.

Sebaik je Liana bertunang bulan April haritu, Kak Nani dah mula merancang Majlis Perkahwinan nya.  Bermula dari Kad Kawin yang kami beli di Bandung dan terpaksa ditukar sebab Liana tak suka dengan pilihan pertama, maka kami dengan rela meredah traffik jem Kota Bandung untuk ke Jalan Astana Anyar bagi mendapatkan pilihan kedua. Berbaloi. Sangat berbaloi sebab pilihan kedua lebih baik dan cantik dari yang pertama. Tukang Inai yang saya rekomen berbulan-bulan sebelum kenduri entah macam mana membatalkan niatnya sebulan dua sebelum majlis. Baju kawin dari Butik pengantin yang saya rekomen dari bulan 5 lagi 2 minggu sebelum majlis baru siap .. baru nak 'fitting'. Itu baru sikit .. macam-macam lagi. Nak tau apa? Kita tunggu Entry Kak Nani ye.

Pilihan Katering Kak Nani memang terbaik. Nasi ... nasi apa eh? Lupa nak tanya so apa-apa je lah .. yang  penting nasi ni sedap, berasnya panjang dan cantik. Lauk Ikan Keli, Ayam Golek, Sambal Sotong, Kurma Daging dan Pajeri Nenas. Kita curik gambar dari pinggan kawan kita Kak CT sebab makanan dalam pinggan dia lebih menggoda dari pinggan kita. Auwww .. Kelassss kau kak bab-bab makan ni. Hihihi.

Tukang panggang Kambing Golek paling hensem saya pernah jumpa. Tihihihi*Jgn marah Kak Zana*


Owhhh .. walau perut penuh, tak rela "Say No" to "Roasted Lamb" yang lembut dan "juicy" ini.  Satu pinggan kita sama-sama kongsi*tapi saya makan lebih* Hihi. Serius sedap korang ..

 Rojak Pasembor, Sate, Bubur Pulut Hitam, Air Sirap dan Teh Tarik. Hurmmmm .. marvellous!!

Carrot cake, Talam Cendol, Talam Suji, Pulut Seri Muka, Kek lapis, Kueh Lapis, Kueh Talam Ubi, Bingka Ubi, Cream Puff berinti durian, Jem Tart, Mashmallow dan Buah-buahan bersalut coklat. Macam Buffet kat hotel, kan. Kak Nani bab-bab makanan memang kelasssss .. tak berkira dia dengan tetamu semua. 


Yeahhhh .. mereka-mereka yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Aku kalau ambek gambar dengan diaorang berdua, memang terasa macam berdiri sebelah KLCC. Tihihihihi.

* Sian muka kita selebet sebab kita buru-buru. Pukul 11 gerak dari ofis sampai rumah pkl 12 and i have only 15 minutes to get ready. Haaaa .. ambek kau ~ muka tak sempat nak siap. Hihihi.

Pengantin lelaki dah tiba .. Flower Girl tinggal seorang sebab Demok buat hal.

Liana yang lawa 

Hanis yang manis mengiringi Liana yang lawa 

Sweet smile. Aiman kata inilah harinya Kekna paling banyak senyum."Bahagia"



OK. Cukup. Nanti kita sambung lagi di Bahagian ke 2 dan seterusnya ye. Meanwhile, boleh juga layan gambar dan cerita di blog kawan-kawan kita Kanda YonKak Zana dan Ztee.

You Might Also Like

20 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail