Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Serabut!!

Rabu yang serabut. Macam-macam. Sepatutnya pukul 2 petang aku ada meeting dengan satu company. Tapi disebabkan pukul 5 petang semalam ada orang bagi Special Task kat aku and to be ready by today, appointment yang dah diatur seminggu yang lalu terpaksa ku tunda. Kecewa. Patutnya aku sambung kerja dengan jari-jari halusku tapi fikiran yang melayang buat aku "pause" banyak kali dan curi-curi datang sini.

Aku ni, nampak je macam mak-mak Ribena riang ria but actually inside got "macam-macam". Aku ada banyak "decision" nak kena buat .. cuaca sejuk dingin beku sejak kebelakangan ni pulak buat badan aku sakit-sakit. Aku memang alah sejuk tapi tak boleh nak buat apa sebab 'aircond' kat ofis ni betul-betul atas kepala. Jap-jap aku on .. sejuk sangat aku off. Nasib la Boss kalau bil tinggi. Water Heater kat rumah pulak time-time iklim sejuk beku ni rosak lak dia. Mandi air sejuk la gayanya kami bertiga. Pastu baru-baru ni badan rasa tak enak  badan. Aku dah jumpa Doktor. Buat masa ni ubat rileks otot je yang boleh ditawarkan kat aku. Kalau tak baik jugak, X-Ray katanya. Alahaiii .. aku ni dah la penakut pastu alah kat 'certain-certain' ubat lak tu. Aduh ... duh .. duh ..

Pastu kan, baru-baru ni aku mimpi. Elehhh .. mimpi jer .. apalah sangat, kan. Aku sebenarnya jarang mimpi so bila mimpi .. I believe that show's how unstable i am at the moment. Nak kata bulan nak datang, dia baru je berlalu pergi. Tak la besar sangat sebenarnya masalah aku ni tapi memandangkan aku ni seorang yang suka berfikir dan jenis yang tak suka simpan 'semak' dalam kepala, sikit sebanyak benda-benda camni selagi tak settle mengganggu jiwa. Dear butterfly and bugs in my head .. please go away. Let me free .. let me free .. Hihihi.

Kerana dah bengang sebab tak boleh fokus dengan kerja, aku ambek Mekap Kit, gi toilet dan start to brush up muka tak sudah aku ni. Itu cara terbaru aku untuk 'stress release'. Hihi.

Ini muka orang serabut hari Rabu. 

Hasil jari-jari halus bantuan minda serabut. Make up is an art. The result can be better if you do it in happy and joy mood. So, this is not a good one, ya.

Ini tanda aku serabut!! Tak dan nak kemas. Main campak je sume atas meja. Kalau la Boss aku nampak meja  camni .. sure dia tanya U kerja ke mekap Ella? Tapi bagus dan professionalnya boss aku yang dah 16 tahun aku berkhidmat dengannya ialah .. dia tak kacau orang asalkan keja kau siap. 

I skip my lunch because of the loads of work. Minum petang dengan ni jer. Waaaa .. kalau hari-hari camni .. harus kurus aku, kan. XS .. XS .. wait for me .. wait for me *sambil kenyit mata dekat baju bersaiz  XS * Berangan la kau Ella ...  Dapat maintain size S pun aku dah bersyukur. Hihi. OK lah. Aku nak sambung kerja buat Highway ni. Hope to see u again in next entry. Bye.




11 comments:

Lydia Miza said...

sian akak serabut.hujung mgu gi cuci minda ye kak..muahh syg akak.ops..kena lipstik ke?lariiiiiiiii

Chekgu Azrine said...

kakchik.. saya nak pakai size s pun susah.. huhu.. saya kdg2 ambik size xl sebab nak pakai baju longgar.. hahaha

Anonymous said...

Semoga dah hilang serabut tu.

Anonymous said...

flawless nye klit pipi akak.. msti rmai yg jlous..

shark said...

hai kak cik :)

Uji Hussein said...

Memang menyampah bila kena penyakit serabut ni kan?

PCL said...

pcl tak penah makan oat..mamadiana je pulun sorang2...mentain jer..

MamaYatie said...

kc tunjuk tang mata jer ker..huhu

mama maman aka yana said...

kita stress gak tp tak reti nak mekap.. mmg muka tak sudah je ari2.. hhheee

aima said...

kak cik jgn la kurus lagi, aima tgk dh cukup kurus tu dh tu

Melati Qistyna's Mummy said...

Syantiks mekap...hehehe


Aiman cemana kc? Hp Dia dpt gd result.... Ameennn