Emosi Khamis Kami

Thursday, December 22, 2011

Yesterday was a very tiring and exciting Thursday. Bermula dengan aktiviti mencergaskan diri dan melegakan minda di pagi hari diteruskan dengan ke sekolah Aiman untuk mengambil keputusan PMR.  Walau bukanlah terlalu cemerlang dengan mendapat 'straight A' tetap kami bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah. As a mom, i know segala rintangan, tekanan dan kesulitan yang Aiman hadapi dalam menghadapi hari-harinya. It's not easy for him. Aiman was raised by us tanpa sokongan atau bantuan dari orang luar walaupun saudara mara sendiri. Kami sangat-sangat berdikari. Susah senang kami tanggung dan telan sendiri. Ditambah lagi dengan keadaannya sebagai anak tunggal .. aku mengerti ada kalanya dia sepi.  Kesepian dan kesunyian yang jika tersalah langkah bakal menyebabkan anasir-anasir luar yang negatif dan bahaya datang menerpa. 

I also know that there are times where Aiman rasa terluka dan jauh hati dengan sikap 'double standard' atau pilih kasih yang dihadapinya. Aku selalu berpesan ~ Aiman .. Percayalah yang Bahagia itu datang dengan berbagai cara. Allah SWT sayang semua hambaNya. Redhalah dengan tiap ujian dan dugaan.  Percayalah yang jika kita redha dan ikhlas dengan setiap dugaan, ganjaran akan datang dengan sendirinya. Rise and Shine, my Dear. 

Moga Aiman sentiasa berada di bawah lindungan serta kasih sayang Allah SWT.  Moga Aiman dijauhkan dari sebarang kejahatan.  Moga Aiman terus membesar menjadi insan yang berkualiti dan disayangi ~ Itu doa ku tiap kali lepas solat.

Dengan keputusan PMR, it's time for Aiman untuk melangkah setapak lagi. Boarding school, maybe? Bercampur baur rasa hati kami ~ Antara mahu dan tidak ..  And we do not have much time to think.  Moga Allah SWT buka pintu hati untuk segala persoalan kami. Amin.

You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail