Pagi Jumaat ..

Thursday, July 14, 2011

Wahhh .. Jumaat hari ni dimulakan dengan cuaca yang sejuk dingin. Walau sejuk dingin, hati saya "panas". Banyak 'argument' dengan opismet pagi ni. Pantang la ada satu isu .. yang kecik boleh jadi besar .. yang lembut boleh jadi 'keras' dan ganas. Tapi saya rilek je .. pada saya, gaduh-gaduh manja dengan opismet tu perkara biasa. Kadang-kadang lebih mendekatkan .. ada kalanya bisa bikin hati 'sebal'. Asalkan tak berpanjangan dan tak membawa kepada perpecahan .. ok lah. Tak da masalah.

Rambut dah macam singa. Kalo tengah marah .. mesti 'buruk' rupa.

Apa-apa pun .. Selamat Hari Jumaat, korang. Penghulu segala hari kata orang. Tapi bagi saya, setiap hari berpenghulu dan ada keistimewaannya. Yang penting .. esok saya "OFF". Yeay .. yeay .. boleh jalan-jalan. Ek eleh .. cuti sehari pun kecoh eh. Mestilah .. sangat bermakna bila dapat "Saturday Off", tau. Bukan macam korang .. asal Sabtu jer, cuti. Saya dalam sebulan sekali je Sabtu tak keja. Tu yang tunggu-tunggu sangat tu. Jom jalan-jalan. Hihi.

You Might Also Like

13 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here