Kawan-kawan saya ..

Friday, July 15, 2011

Cuba bayangkan macamana agaknya hidup kita tanpa kawan atau teman? Camna eh? Ce fikir .. Ce fikir. Sunyi kot? Sepi kot? Kerja sumbang eh? Hmmm .. Saya tak banyak kawan sebenarnya. Kawan-kawan saya balik-balik muka tu jer. Tapi tak pe .. yang penting bahagia. Lagipun, dalam persahabatan, saya selalu berpegang pada prinsip yang ini.

Kitorang kawan dah lama, hampir 20 tahun. Dari saya 'single' sampai Tuan Bodyguard saya dah 15 tahun. Dari Fiza (baju putih gambar bawah) belum kawin sampai anak dia dah tiga. Dari Kak Senah (gambar tengah) kurus, kembang sekejap pastu dah susut balik dah. Dari Kak Sa (gambar atas tudung coklat) anak 1, sekarang dah 3, dan dari Kak Lin (gambar atas muka cam 'amoi' tu) single sekarang dah tak available. Have written about them before here. We are so closed till we can accept each other strengths and weakness. Kalo gaduh pun dah macam gaduh adik beradik. Gaduh-gaduh .. baik .. gaduh-gaduh baik. Hmmm .. camtu la cite persahabatan kami berlima.
Once in my special day, kitorang akan kuar lunch together. Tiap-tiap tahun without fail, diaorang ni tetap saya akan cari untuk raikan bersama. Eleh .. macam la susah sangat nak jumpa .. we all satu opis lah. Hihi.

Lunch at Madam Lim, Tesco Kepong on Friday. Murah lah makan kat sini. 4 jenis lauk dan air sedap-sedap tu, baru RM105 untuk 5 orang. The food and environment is nice too. Tak kesah la sume tu kan. Yang penting motif pertemuan tercapai ~ Spending quality time together with kesayangan. Korang camna? Ada tak kawan rapat camni?



You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail