Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Macam puasa di bulan Ramadhan

Haih .. baru balik dari Putrajaya. Ada kerja yang perlu dibereskan kat sana. Balik-balik jer dah lunch hour. Boleh la kita updet entry. Hihi. Best lah Putrajaya. Tenang, aman .. tak da 'traffik jem' .. tak macam depan opis kita ni. Putrajaya tengah siap-siap untuk Pesta Flora. Bertambah seri Putrajaya yer.

Semalam kita puasa. Sajer jer buat puasa sunat. Puasa ganti bulan Raya tahun lepas dah habis. Kita masak simple jer untuk bukak puasa sebab kita makan dua orang je. Abah aiman outstation. Tapi .. bila time nak makan ... mak aihhh .. macam puasa di bulan Ramadhan. Macam-macam ada. Jiran tu bagi sepiring .. jiran ni bagi semangkuk. Alhamdulillah .. rezeki. 

Ya Rabbi .. blurnya gambar. Apa nak buat .. guna henfon Cap Ayam. Eleh .. cap Ayam pun banyak jasa dia kat kita tau. Hihi. Kita goreng mee 3 peket. Jiran sebelah dah tanya .. bila nak buat mee goreng? Alang-alang cheq puasa .. ambek la hangpa sepinggan sorang. Hihi.

Black Pepper Roasted Chicken ~ Kita beli readymade kat Tesco masa jalan sorang-sorang during lunch hour. Kita suka kalau dapat jalan sorang-sorang masa lunch hour. Terapi minda untuk hilangkan 'stress' keja. Hihi.

Fruit Cocktail ~ Yang ni kita buat sendiri. Kita kopek buah mata kucing, buang bijik, beli anggur merah dan anggur hitam, pastu beli 1 tin Fruit Cocktail. Buh air sejuk dan ais. Hmmmm .. betul-betul hilang dahaga sehari berpuasa. Lega.

My feveret Cokodok. Jiran kita Kak Ani yang bagi. Kita sebut jer kat dia teringin nak makan cokodok, sebelum bukak puasa, anak dia Wani datang rumah. Alahai .. So sweet. Mekaseh Kak Ani. Ailebiu lah Kak. Hihi. Wani siap cakap ..'Mak kata .. kat rumah banyak lagi .. sat ni malam mai la rumah, makan lagi'. Amboi .. hang ingat perut cheq besaq tangki Mercedes ka?? Hihi ..

Karipap pusing ni jiran selang dua pintu bagi. Nama dia Kak Zah. Dia balas pinggan Mee Goreng kita. Betul kan kita cakap tadi .. macam bukak posa di bulan Ramadhan, kan. Alhamdulillah  ... Rezeki.

Yang ni kita masukkan dalam Tupperware. Asingkan siap-siap untuk jiran sebelah rumah kita .. Maryam Bibi. Dia pun puasa gak tapi dia bukak puasa kat luar dengan pesanan 'Simpankan se tupperware untuk aku .. aku nak buat sahur esok pagi'. Hihi. 




15 comments:

toyolkiut said...

wah, best nya kakchik..
dpt jiran best2 gitu..
alhamdulillah..

hoho.. mee goreng, terliur tngok..
sedap..

Ibu Darwisy said...

aduh KC..menceceh dah ayaq liuq ni..mee grg tu mcm mabeles jer..

el-janna said...

:( tengah pose ganti ni:( mencikkkkkk lapo la -.-"

missbby said...

salam kak chik, amboi terliur betul nengok segala makanan ni..tulah untungnya kalau jiran tetangga baik hati kan..

Kancilbiru said...

ni cara belum bulan puasa ramadan lagi...hehehe

qemaishak said...

best dapat jiran2 gini..jadi macam2 juadah la ye hihi..

mesti sedap mee goreng kakchik ni, siap jiran request lagi tuh:)

aizamia3 said...

alhamdulillah dapat jiran yang baik, kita pun jadi seronok kan..

sampai satu tahap, siap pesan 'nak pulangkan bekas, saya nak bekas kosong je, jangan isi apa2..' hikhikhik.. tapi ugutan macam tu tak jalan.. dalam bekas tetap ada isi..

Ct Arina said...

x lame dah ramadhan.. lagi meriah ^_^

Mama Kembar 3 said...

mmg cam bln ramadhan dah tu kak chik, syoknya dpt tukar tukar juadah ngan jiran. kak chik ngan jiran jiran quite close yer?

Aku Ibu Muda said...

meriahnyaaaaa kak chik...hihi

YanaMIB said...

fruit cocktail tu sgt mengancam aa sis..nyumm~ =)

ShErA said...

wah.. baiknya jiran - jiran kakchik.. seronok dpt jiran mcm tu...

Peri PiA said...

nti pia nk dtg mkn,hihi

pia pon suke jln sorang2 gitew

suhaili sarif said...

kecur liur..waaa

untungnya kak chik...ade jiran2 best

Aidah said...

alhamdulillah, murah rezki akak. memang cam bulan pose tauuu... hehehe...