Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lupakan Sahaja

Sedang belajar lupakan sahaja kata-kata mereka yang tegar merobek hati dan 'feeling' ku berulang kali minggu ini.

I seriously think that as a human we should learn to be more sensitive on how others feel. 
Tidak peka @ tidak sensitif pada sesuatu perkara membuatkan kita bersikap acuh tak acuh atau sambil lewa. In result, hurt others.

Sebaliknya, peka atau sensitif kita atas sesuatu perkara akan membuat kita lebih berhati-hati agar tidak lewa. Dan jika tak bernasib baik bakal disembur dengan dengan kata-kata seperti ini "Apasal u sensitif sangat ni?"



20 comments:

faraherda.razalan said...

...tak semua situasi hati boleh bertahan cekal. Adakala, hati terlalu rapuh untuk menelan kata-kata/tindakan mereka.

Saya sensitif. Tapi Insya-Allah, setiap teguran saya terima kalau ada baiknya.

Adakala, bila berdepan dengan org yg hati kebal bermuka tembok, jangan ambil pendekatan defensif tapi serang sampai duduk terkaku...

.......saya juga tak selamanya boleh menerima.

=(

Melati Qistyna's Mummy said...

Hmmm, manusia.... Pelbagai ragam.... Diam Lebih baik dr berkata2 kosong yg secara tidak lgsg menyinggung ht org lain....

~ Huda Qamar~ said...

saya rasa kena tengok situasi..kalau kehidupan seharian saya sensitif la jugak..tapi bab kerja saya kena tebalkan telinga tabahkan hati dengan setiap teguran..as long as maruah saya tak dijatuhkan depan orang..saya boleh la bajet COOL walau hati tengah HOT..=)

Lida Rahim said...

bertabahlah KC!

semoga hari2 mendatang lebih menceriakan

Izan Ishak said...

bila hati sakit..kita masih mampu tersenyum. tapi parut dalam hati takkan hilang sampai bila2 kan...

Chekgu Azrine said...

setuju kak chik.. kalau nak pk kan apa orang cakap kat kita.. mmg boleh sakit jiwa.. paling baik lupakan aje.. dan most important thng..get closer to HIM.. HE knows better..

Dr K said...

Saya harap hasil tulisan kakcik ni dibaca oleh senior2 consultant/specialist di hospital Gomen yang suka mencaci maki hamun doktor2 muda yang baru belajar dalam dunia pekerjaan sebenar.

gadisBunga™ said...

tak faham dgn org yang nak org faham perasaan dia, tapi dia tak pernah cuba nak faham perasaan kita.

Yatie said...

ceria2 selalu kak chik...kalau dah tau perangai orng tu mcm tu...jauhkan diri je darinya supaya kita tak sakit hati..hehehehe..(kdng2 manusia ni takmo berubah walau dah tau tindakkannya tak betul..biarlah dia ada kesedaran sendiri...moga di bukakan pintu hidayah buatnya..bagi kita, jaga diri sendiri dan amalan kita..)

Anonymous said...

selalu cuba belajar memaafkan orang lain walaupun hati terluka...kerana memaafkan itu lebih membahagiakan KC.
Walalupun setiap luka yang diberi itu meninggalkan kesan yang sampai bila² susah nak lupakan...namun kemaafan itu telah diberi...walaupun parut masih kelihatan.

Hati mmg tak cekal...tak kuat...tapi sedang belajar...

Unknown said...

salam syg ella..
akak antara yg biasa menerima kata2 yg merobek hati dan perasaan tp terpaksa sambut dgn senyuman sj kerana tk mahu berpanjangan...

antara kata2 yg buat akak sgt terguris.."tu pak janggut tu nak cari calon satu lagi..apa lagi interprem lah.."

ingat akak kemaruk sgt suami org? atau kemaruk sgt nak bersuami?

banyak2 sabar ella seperti mana akka bersabar.

Hudalatip said...

Saya jugak sensitif, sebelum ni saya akan diam je, tapi lately ni, kalau tak tahan sangat saya akan direct je, berterus terang dengan berhemah..samaada orang tu nak menerima atau tak, terpulang..

Rose kakrose said...

hari ini seseorng telah merobek hati akk. adeke dikatakan akk ni ada "pendamping" semata kerana akak berjaya mengalihkan mesin basuh..huh.org lelaki lembik aje yg x boleh buat benda ni.buat kerja guna akal tuk berfikir..jgn jadi org yg malas berfikir. tetap akk senyum..walau dlm hati panas membara.nasib baik bukan en.papa yg cakap..

uncle gedek said...

satu lagi.... 'Hadapi Saja'

Irfa said...

kalau tak suka org sakitkan hati kita sama la dg org lain..
susah ke nak buat org lain gembira w,pun dengan cuma 1 ayat

hai kak elle

RynaHakimi said...

Betul tu kak. bila nak berkata sesuatu tu kena fikir dulu baik buruknya.. Taknakla menyinggung hati orang kan..

Tapi kdg2 orang lain plak tak sensitif ngan perasaan kita.. Cakap ikut sedap mulut je..mulut takdop insurans..hehe..sabor je la =)

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak chik kita manusia biasa, punya rasa, kadang-kadang tu sedih gak bila fikir orang yang tanpa perasaan sesuka hati sakitkan hati kita, selagi kita boleh sabar, kita sabar.

Anonymous said...

mereka cuma tau melukakan kan kc, sabarlah

tapi klu tina kompom dah sentap gila dah tu klu kena mcm tu

Ztee_Azwanis said...

knp kc?

Sheherazade said...

pia pon berusaha kuat melupakan pekara yg melukakan hati

cuma kadang2 ia menjelma