Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ben Ashaari dan isteri

Semalam jumpa Mr. and Mrs Ben kat Sogo. Ya Rabbi .. dasyat betul ketaksuban orang kita dengan Sogo tu yer .. Belum bukak lagi dah ramai menunggu depan pintu. Pak Guard tu mesti senyum lebar punya ..... ramai jer yang rela membantu jika perlu. Hihi .. Lama ooo tak pegi Sogo .. last pegi masa jumpa diaorg berdua aritu. Bila tu?? Entahlah .. lupa sudah. After all it's not my favorite spot for shopping. Gi situ sebab nak jumpa kawan jer. Dah jumpa .. makan .. terus balik. Apa pun kita tak beli.

Gambar Mrs. Ben harus di 'shade' .. Thanks for the cenderahati Mrs. Ben. Cantek. OK kakchik pakai. Len kali beli lagi eh .. Amboi .. Bagi betis nak paha lak dia. Over!!

Tuan Bodigard i orang yang paling hepi bila jumpa Ben Ashaari. Masa mula-mula jumpa Ben dulu .. 2 hari berturut-turut dok sebut nama Ben. Excited dan minat sungguh dia pada Ben. Peminat setia Hanis Zalikha gak dia ni. Malam semalam dia jumpa Keknis lak. Suka betul dia.

Motif ambek gambar dari tepi?? Nak tengok rambut sendiri!!

Dah macam kat Tanah Abang, Jakarta.

Penat sopink gamaknya diaorang ni??

Pastu kita gi Kenanga .. sayang barang yang dicari tak ada. Balik konon nak ronda Bukit Bintang. Alahai ..Bukit Bintang pun sesak gilar!!!! 2 jam 'stranded' kat sini. Ni baru betul-betul "Jalan-Jalan Cari Pasal". Padan muka ai. Hihi.







Ramadhan is on the way

Ramadhan is on the way .. in fact .. it's just around the corner. Esok last makan siang weih .. pasni moh le kita berlapar bersama-sama.

Ramadhan kali ni .. a bit excited + nervous. Ecece ... mcm la pestime berpuasa. A little bit busy before Ramadhan this year. Banyak program .. banyak agenda untuk esok hari. Pagi-pagi dah nak keluar .. nak beli barang .. nak jumpa the famous blogger*Siapa? rahsia ..* dan ke bizian bakal melanda hingga ke malamnya. Buat kawan-kawan and my Muslim readers .. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu .. Moga tiap langkah dan usaha kita diberkati. InsyaAllah. Amin.


Bertemankan sang awan ke kampung halaman

Bila tengok jam di tangan, hati bagaikan kembang setaman. Yeay .. kapalterbang dah nak mendarat. Berbunga-bunga hati kita. Rindu kat kesayangan .. rindu kat tilam dan bantal .. rindu kat bilik mandi di rumah sendiri .. rindu kat teh tarik. Haih .. camna la nak gi holiday lama-lama yer? Baru 2, 3 hari di tempat orang sudah rindu tanahair sendiri. Walau hujan emas di negeri orang ... hujan batu di negeri sendiri jugak pilihan hati. Bangga weih jadi rakyat Malaysia.

Masa kapal terbang tinggi-tinggi .. awan rupa camni.

Awan "Nano" kot ni?
Betul ke ada awan bernama "nano" eh?

Nano .. Nano .. Nano .. Nano ...
Sapa ingat lagi? At one time .. lagu iklan ni meletop u. Hihi.

Bila kapal terbang dah makin rendah, rupa awan makin berubah.

Awan makin menjauh .. yang kelihatan hanyalah pokok sawit.
Itu namanya dah dekat sangat nak mendarat. Yeay .. Terima Kasih Abang pilot Malaysiaairlines yang telah berjaya memulangkan kami ke Malaysia dengan selamat. AILEBIU lah MAS.

Dijemput oleh Yanti@Pinky di KLIA. Tq Fren. Sanggup dia bersusah payah meredah lebuhraya menjemput kami berdua. AILEBIU lah dik.

Safely landed in Malaysia at 12:40pm. Alhamdulillah .. segala urusan disana dipermudahkanNya. Walau ada sedikit pahit ..  yang manis jugak akan dikenang sampai bila-bila.






Best .. best .. best ..

Baru selesai memanjakan badan dengan mengharung Kompleks membeli belah berbelas tingkat di kota yang sesak dan padat. Walau penat, tetap bersemangat. Walau sekarang sudah pukul 11.41 malam waktu tempatan, masih belum ada rasa mahu melayani panggilan tilam dan bantal. Wah .. wah .. wah .. tak penat-penat lagi tu.

Best la tempat ni.  Terletak di kawasan hiburan yang sentiasa happening tapi kalau korang tak biasa .. Awas !! Boleh 'head pening'. Hmm .. sok sok cite lagi eh. Esok bakal menyambung misi bahagian ke 2 sebelum terbang tinggi-tinggi lagi untuk pulang ke kampung halaman sendiri. 

Walau jauh beribu batu

Walau jauh beribu batu .. ingatan tetap pada kamu. Walau jauh di tempat orang .. tempat sendiri tetap terkenang. Ecece .. macam la pestime ko travel jauh eh. Gempak je lebih. Hihi.

Ini entry orang rindu. Rindu kampung halaman .. rindu yang tercinta .. rindu kengkawan .. rindu blog .. rindu korang. Tak pe .. tak pe .. kita pegi sebab kerja .. bukan bersukaria. Tak lama lagi kita pulang eh. Take care, my dear readers.

Bawaku Terbang

Last minute ada kawan bagi jalan. Harus terbang tinggi-tinggi untuk menjayakan satu misi. Pergi dengan harapan .. pulang dengan bekalan. Moga perjalanan dan urusan ini diberkati.  Moga hasrat yang murni dan niat yang baik ini dipermudahkan. Buat yang menyokong .. Tqvm for the support. Doakan kami. 


*Belum terbang udah rindu. Camna? 

Money matters ..

Money .. money .. money. Selagi bernafas .. money matters adalah perkara yang wajib dan perlu difikirkan. Apa benda tak pakai duit? Nak gi tandas kat sopink complex, kalau tak cukup duit .. tunggu la sampai rumah sendiri. Kot ye boleh tunggu eh?? Hihi.

Urusniaga wang Ringgit Malaysia dan Rupiah sedang dijalankan. Tak cukup tangan dan kaki nak kira .. Si Yanti keluarkan 'calculator' versi handphone cap Ayam*Ampunnnnn .. Yanti* Hihi. Kira dan kira dan kira .. Hmmm .. tu je la keja kita. Kalau lah ada yang perasan .. sure dia cakap camni .. 'Geng 4 orang perempuan ni .. tak habis-habis dengan 'money matters' nya. Hihi.

Antara 'money matters' kami malam semalam ~ Grilled Salmon overdone. Over pun sedaps. Kita makan sampai licin. Eleh .. sepinggan kongsi 3 orang .. haruslah segigit seorang, kan. Hihi.

Aiskrim goreng ni pun boleh la tahan harga dan rasanya.

Agak-agak nak 'save money' .. mari makan berkongsi camni Yanti dan Bodigad ni. Waaa .. putihnya tangan Yanti@Pinky. Mcm 'Soyabean' ler ... 

Cuba lah cuba ..

Cuba lah cuba. Jangan mudah berkata tidak sebelum mencuba. Cuba selagi boleh .. selagi terdaya. Jangan sesekali menyerah kalah tanpa mencuba se 'maximum' nya. Harus diingatkan bahawa setiap percubaan datang dengan risiko ~ baik dan buruknya. Bersedialah untuk mengambil risiko. Siapkan mental .. kuatkan fizikal.

Percubaan akan lebih kuat dengan dorongan dan semangat .. terutamanya dari yang rapat dan dekat. Jom 'support each other'. Yang baik ler .. yang tak baik jangan!! Hihi ..

I love her when she talked

She start talking. I love her when she talked. Kata-kata yang tidak bosan .. tidak menyakitkan hati dan perasaan .. tidak membingitkan gegendang telinga kerana lemah lembut tutur katanya ... dan kata-kata dia juga bernas dan berhemah yang menyejukkan hati dan perasaan yang sedang panas. Bukanlah selama ini dia tidak berkata-kata .. cuma she has moved another step forward. Dia sudah mula berkata-kata di alam maya. 

She's my closed friend .. my sister. She's Dr. Rozzana. Welcome to the blogging world, kakak. Keep on talking and writing. I'm listening by reading. Love u so much, Sister.

Lepak dengan kesayangan

Lepak dengan kesayangan malam minggu yang lalu. Kita kan .. kalau lama tak jumpa diaorang ataupun lama tak dengar suara diaorang .. "mesti rindu". That's why seminggu sekali mesti nak jumpa diaorang. Except for My dear Dr. Rozzana .. only managed to see her once a while cos she's "super busy".

My bestfriends ~ Yanti@ Pinky and Dr. Rozzana. Thanks to Yanti yang sudi men 'drive' kami ke mana-mana. Ai rabun malam u. Hihi.

Sorang lagi bestfriend, Kakak Cantek kesayangan saya @ Kak Nani. Dia ni pun super bizi gak .. 24 jam sehari macam tak cukup untuk dia .She's a very strong woman .. energetic and full with positive attitude. Harap-harap saya boleh jadi kuat macam dia. 

Aiman dan yanti ~ Khusyuknya makan. Nasi lemak 'cinonet' kat sini memang terbaik lah. Harga pun masih RM1.00 tau. Meh la cuba. Mesti tak nyesal punya.

Agenda utama perjumpaan ialah makan .. borak dan gelak. Tak pernah habis cerita kita, kan. Borak .. gelak .. borak .. gelak .. sedar-sedar dah dekat 12m malam .. maka tibalah masa untuk berpisah. Haihhh .. mcm burung pulang ke sarang lah. Hihi. Kalau u ols nak tau .. ni la saat yang paling tak best sekali. Hmmm .. tak pe .. esok-esok kita 'dating' lagi.  

Ni la tempatnya ~ Restoran Warisan Sambal Opah kat USJ 9. Walau cuma jual Nasi Lemak Daun Pisang, tempat ni 'happening'. Restoran cantek .. makanan sedap .. suasana ceria. Wah .. wah .. wah .. promot nampak. Alalala .. saja jer nak syer dengan u ols semua. 



Sibuk dan menyibuk

At the moment, tersangatlah sibuk. Ada banyak benda kena dibereskan. Dah lah tu, dalam ai dok sibuk menguruskan hal-hal duniawi milik ai, ada pulak yang nak 'enterframe' sama .. mahu menambahkan lagi kesibukan ai. Habis camno?? Ini la yang dikatakan sibuk dan menyibuk. Adodoi .. Tolong .. tolong .. Helppp ... Ecece .. macam la ada yang nak datang tolong. Hihihi.

Rasa ..

Rasa .. 
Sedih .. gembira .. suka .. bahagia ..
geram .. marah .. benci .. menyampah
Rasa ..
Ada kalanya mahu dikongsi bersama. 
Ada masa mahu dipendam sahaja.
Rasa .. 
Ada kalanya senang diluah. 
Ada kalanya tak terluah.
Rasa .. 
Ada kalanya masam, pahit, kelat, lemak,masin. 
Paling best dah tentu manis.

Macam-macam rasa ..
Macam-macam warna ..

At the moment rasa yang ada  
kenyang+mengantuk = Tido. 
Jom tido bawah meja. Kat situ 'line clear'
Hihihi ..


Hujung minggu datang lagi

Hujung minggu datang lagi. Seperti biasa .. hidup kita tak pernah sunyi dan sepi tanpa aktiviti. Ada je benda nak buat. Ada je undangan yang kita dapat. Well, selagi dijemput dan ada orang ingat ..  itu tandanya kita dihargai, kan.

Pagi esok kita kerja. Petang kul 4:30 ada appointment kat Bukit Raja with Pinky . Pastu few nights ago dapat invitation dari adik yang sayang dan cinta selamanya ni dari jam 11 pagi- 4 petang esok kat Extreme Park, Shah Alam. Ahad my beloved mum buat kenduri. Petang patutnya gi jadi Selebriti. Malam je baru kita free. Waahhhhh .. bersusun aktiviti. Eh .. itu kita. Korang camna? Buat apa hujung minggu ni? Ce cite .. ce cite. Eh .. menyibuk je aku. Hihi.



I remove ..

Kalau dah tak berminat untuk  memanjangkan ukhuwah persahabatan yang telah lama terbina, cukup sampai disini sahaja persahabatan kita. Ingatkan setelah berbelas tahun tak jumpa bila bersua di alam maya kau akan ceria. Rupa-rupanya ??? Owhh .. perhaps i'm not well off enough to be your friend? Tak cukup berjaya? Tak cukup kaya? Hmmmm .. hati manusia. Yang dah sah-sah kaya tak berlagak dan mendongak. Yang 'perasan' kaya ??? Amboiii .. kawan dari zaman sekolah pun kau dah tak nampak. 

I remove. That's the only thing that i can do. Teruskan lah dengan sikap "macam bagus dan perasan kaya" itu.

Kotak pagi wajib dikunjungi ..

Tiap kali bangun tido, mesti minum air masak dulu. Pastu minum Susu Alpha Lipid satu sudu. Then, baru la boleh buat benda-benda lain.


Sampai ke kat ofis, ada Kotak yang wajib dikunjungi sebelum kita mulakan kerja. Memula ambek sesudu Collagen dust tu masuk dalam shaker pastu buh Fruit Juice pastu shake .. shake .. shake .. masukkan dalam cawan pastu minum. Hihihi .. mcm karangan budak 9 tahun daaaaa ..

Pastu makan Vitamin yang lain-lain. Pastu ambek body lotion Gucci Guilty sapu-sapu. Pastu 'done'. OK. Boleh kerja dengan selesa sebab sudah ada perlindungan diri dengan benda-benda tu sume. Eh .. itu kita. Korang camana ye?

Kembung kempis dia ...

Wahai dompet .. makin kempis la kau demi melayan keperluan demi keperluan yang wajib dan harus dituruti. Kalau sekadar kehendak, boleh je kita buat-buat tak nampak dan tolak tepi. Tapi kalau yang sakitnya kereta?? Hmmmm .. 


Untuk penghuni pinggir bandar macam ai, kereta adalah satu keperluan bukan kehendak semata-mata. So, terpaksa la ai bukak mata dan dompet sebesar-besarnya untuk melayan mu wahai kereta.

A very long list ~ Banyak 'major parts' perlu ditukar baru. Grand total? RM1993.12. Hahaha .. mati la .. lari 'budget' tak boleh dikejar lagi. 5 bulan tak leh sopink weih. Haruslah buat tak nampak dan tak tau pada Sopink complex yang grand dan gah lepas ni. Amboi .. amboi Cik Ella .. boleh ke? Kau kan Ratu bab-bab sopink ni? Eh .. ratu ke hantu? Hihi.


Hmmm .. camtu la gaya hidup orang bandar ni kan. Kembung kempis dompet tu perkara biasa .. yang tak syoknya kembungnya sekejap je .. kempisnya lama.

Sri Melur namanya ..

Selepas diperkenalkan sekali oleh Kakak Cantek, hati Tuan Bodigad  kita tertawan dengan Roti canainya yang menawan. Lepas sekali .. mahu 'repeat' lagi. Tapi sayang, ibunya buta kawasan. Sudah pergi sekali masih tak ingat lagi. Maka, kita pun ajak la Kakak cantek datang sini. Jangan tak tau, Kakak Cantek 'terror' bab cari makanan sedap-sedap ni. Dia tau aje kat mana. Hihi. 

Dulu-dulu Kakak cantek kata .. Roti Canai dan Teh Tarik kat sini sedap. Sekali cuba, hmmmm .. memang kena dengan selera. Yang ni kunjungan kali ke dua. Untuk memenuhi permintaan Tuan Bodigad yang udah rindukan Roti Telurnya. Opsss .. lupa nak cakap .. Restoran ni duduknya kat USJ Subang. 

My bestfriend, Kak Zana ..

Ibu dan anak ..

Ibu dan anak dan kawan-kawan dan my son

Sedih ..

Dengar berita sedih .. terus 'emo' jadinya kita. Terkenang saat manis dengan teman-teman di sana. Walau hilang bakal berganti .. hati terlekat pada yang lama. Kalaulah bisa ku putarkan waktu .. ingin jadi seperti dulu. Bergandingan .. beriringan .. senada .. serentak. 

Tapi sayang ..  tiada 'magic' untuk jadi seperti dulu. All the best to you, dear. Moga lebih suksess selepas ini. Will definitely miss you. Takkan dilupa kenangan pahit manis itu sampai bila-bila.

Berkampung la kita ..

21 .. 28 .. 2  ~ Tarikh-tarikh yang bakal membuat kita berkampung di opis bersama-sama. Tima kaseh pada 'orang baru dan orang lama' yang bagi komitment yang tinggi dalam menyiapkan 'Tender-tender kecik besar ini'. Tanpa korang .. patah kaki la kita.

Penat minda la kita arini. Keluar kejap during office hour ke Klinik kereta menghantar SUV men 'settle' kan yang tak siap hari Isnin haritu .. Pusing keliling meja .. bukak fail demi fail untuk menyempurnakan satu misi dan masih di ofis lagi walau dah hampir jam 8 malam ni. Habis 'task' ni esok pagi, ada dua lagi Special Task menanti. 27hb .. bakal berkampung di opis lagi. Hmmm .. apa pun .. "Alhamdulillah". Tetap bersyukur sebab "ada kerja"... ada tempat nak pegi hari-hari ... ada kawan-kawan yang dah lama bersama dan menerima tiap buruk dan baik kita. Something to look forward every day. Hmmm .. camtu lah lebih kurang cerita kita. 

OK .. selesai sudah berterapi minda. Meh kita sambung keja lagi. Figures? FOT? Attachment? Signature? Witness? Checklist? .....

Entry patah hati .. patah jiwa ..

Ini entry orang patah hati .. entry orang merana jiwa. Sedih sebab terlalu banyak yang tergendala gara-gara line Streamyx yang masih sengal, slow dan lembab gila selembab Siput cuba belajar berlari.

Too much 'pending job' sebab banyak korporat website tak boleh dibukak. Tuan Besar dah banyak kali lahirkan rasa tak puashati. Dah tu .. camna? Nak i buat kerja jam 2, 3 pagi ke? Time tu je yang line clear .. se 'clear' dan sejernih air sungai di Janda Baik. 

Nak bukak FB? Nak BW? Jangan kau mimpi selagi belum jam 1 pagi. Yang boleh hanya lah post entry tu pun tersemput-semput .. jap-jap ada .. jap-jap tak ada. Haih .. cepat lah 'line clear' agar kerja-kerja ku juga 'clear' dan tak perlu lagi main kejar-kejar dengan Tuan Besar ..

Sesekali rasa teringin ..

Out of the normal breakfast routine yang biasanya cuma 3 keping biskut Jacob dan Nescafe O, let's eat this delicious Roti Canai Daun Pisang*sekali sekala layan teringin ... *

Sedap. Gebu. 

Teh tarik yang tak manis. Nice.

Bila rambut nak panjang cenggini eh?? Tak sabar ni .. 
Eh .. larik topik. Hihi.



Pilihan masing-masing

Tiap orang .. keperluan dan kehendaknya berbeza. Yang perlu di mata kita, belum tentu "Ya" di mata dia. Bila tiada persefahaman, maka terjadi lah perbalahan. Perbincangan demi perbincangan .. masih tak jumpa "penyelesaian". 

Akhirnya .. Berdikari. Timbang dan putuskan sendiri. Gunakan kewarasan fikiran  dan kebijaksanaan sebaiknya. Kerana yang baik di mata dan fikiran kita, belum tentu baik di mata dia. Pilihan masing-masing, kan.

Minta dan meminta-minta

Orang kata .. meminta pada yang sayang. Ada sesetengah lelaki rasa bangga dan suka bila kita meminta. Walau kempis wallet kulit yang mahal atau haus 'kad kredit' digesek tetap dia hepi dan rela. Rasa dihargai dan diperlukan agaknya ye?

Another spesis, bila kita minta .. Dia punya "reaction" .. Fuhhh .. kelat masam pahit .. manis je yang tak da. Kalau jumpa spesis yang camni .. sah-sah tak terkeluar permintaan dari bibir comel si pasangan, kan.


Kalau dengan meminta itu bisa membuat sebelah pihak lagi gembira .. maka memintalah pada dia. Sebaliknya, kalau permintaan itu membuatkan sebelah pihak lagi 'menarik muka dan mencuka' .. maka inilah permintaan terakhir kita.


Apa pun, meminta haruslah berpada-pada. Jangan 'over' kerana 'meminta-minta ' bisa membuatkan yang suka tadi bertukar perasaan ~ Dari suka menjadi bosan. Betul kan kawan-kawan?? So, kesimpulannya .. Back to the basic "Berpada-pada .. Jangan over". Hihi.

Blurrrr .. tetiba


Hmmm .. tetiba 'blurr .. ' Terputus kata .. termati 'idea'. 'Bad mood' tidak .. ceria sangat pun tidak. Mendatar. Flat. Penat minda barangkali kerana terlalu lama menunggu SUV siap di workshop semalam. Ditambah lagi dengan batuk tak henti-henti dan tidornya hanya pada jam 1 pagi. Walau tak sehat .. cannot MC cos this week assignment beratur menunggu sentuhan jari-hari halusku. Engineer kejar .. Director kejar .. Projek A .. Projek B .. tak cukup ruang nak lari. Hihi.


Eh .. tak leh 'down' terus camtu. Wake up .. wake up. Jom berusaha untuk 'Up' kan diri. Shopping, maybe?? Alahai .. asal nak  boost the mood jer .. shopping. No wonder la purse makin kempis. Hihi. 

Happy working, kawan-kawan. Buat yang sedang bersantai .. enjoy la yer. I jelesss .. Hihi.

Bila ianya menjadi keperluan

Bila ianya bertukar menjadi keperluan .. maka harus dan terpaksa lah kita berkorban apa saja walau terpaksa. Rela dan redha .. itu sahaja penawarnya. Harap-harap hasilnya 'Lega'.

Perfect weekend!!

Beautiful Saturday and Sunday ~ Perfect weekend. Accompanied with beautiful people .. enough rest and sleep, managed to do some  workout with my 'favorite coach' at the Celebrity's and the most important things ~ Good food. Haihhhh .. tang makanan mesti tak tinggal, kan. Ella dan makanan memang tak boleh dipisahkan. Dasar kaki makan!! Hihi. 

Went back to Mum's house to gather-gather with adik beradik.

We told mum not to cook. So .. ber 'pot luck' lah kitorang adik beradik. I cooked Ayam Masak Kicap for kids. Mama dan diaorang-diaorang sume cakap sedap!! Wahhhhh .. kembang ai sekejap kena puji*Hihi*

Main purpose is to celebrate Mum's birthday which was on 13th. Cake sponsored my beautiful sista, Aishah. Eleh .. dia memang sokmo pilih beli kek sebab nak senang. Bizi bebenor le tu*Hihi* 

Too much 'borak-borak' and 'makan-makan' till forgot to take photos except with this Budak gediks, the lovely Sarah Ardinie. 

Betul-betul stress release la weekend ni. Karaoke with kesayangans, spending quality time wifh families and not to neglect my own needs .. i.e. "Exercise". Pandai kan kita bagi-bagi masa? Well, orang tua-tua kata .. Hendak seribu daya. Kalau tak mau beribu lah dalihnya. So, back to the basic .. POSITIVE THINKING and with God Bless .. everything will be perfect. InsyaAllah.

Saturday nite at Music Box

A very short notice plan. Bermula dari borak-borak kosong, finally 'menjadi'. Thanks to anak-anak Kakak Cantek who organised this Saturday nite activity. 

Hanging out with beautiful women and the gang on Saturday nite. Sayang 'environment' nya tak cukup 'beautiful' sebab 'aircond' bilik kurang dingin and 'player' asyik 'hang'. If not ...'Perfect'. But good thing, we managed to get an extension of time due to the 'hanging issue'. 

Duet adik beradik. Told u before that Hanis and Imran really look alike. Sila tenung sampai juling mata kalo tak percaya*Hihi*

Alisya yang menawan. Bila jumpa yang muda .. automatic kita jadi 'gila-gila' ~ Gediks!! 

With my Darling Yanti@Pinky. Yang ni baru betul .. 'Gaya ibu-ibu'

Ibu dan anak

Hanis posing comel dan manja. Tetap comel walau tak 100% sehat dan rambut main sepit belakang je. Suara dia sedap oooo ..'beautiful as she is'. Pasni kalo jumpa dia suruh la nyanyi ye. Akhirnya, sampai rumah dah almost 1 pagi, but only managed to tido jam 3 pagi sebab batuk dan selsema tak henti-henti. Owh .. Flu please go away ... i don't like u. Hihi.


Beautiful Sunday

Beautiful and peaceful Sunday. Woke up not so early in the morning ... Cooked some good food for 'kesayangan' and by 12:30 left the house. Where to?? Yeay .. balik kampung!! Alalala .. Kampung kat Sg. Buloh je pun nak kecoh!! Hihihi.

Before 4, left Mum's and heading direct to the Gym. Today agenda ~ Circuit Training. Gila mencabar fizikal dan minda. Betul-betul enjoy and stress relief. V-Shape step on 3 tiers of Step Board x 10 x 5 sets .. Criss Cross Jump x 10 x 5 sets .. V-Shape step on 1 tier of Step Board x 10 x 5 sets ..  and many many more.  Rasa nak sambung lagi jer .. tapi tak baik la camtu, kan. Kena la bagi peluang kat otot-otot badan berehat.

By the way, last nite spend quality times with beautiful ladies. Sungguh comel ,, sungguh menawan ,, sungguh cantek .. mcm 'ai' jugak. Ehhhhh .. tetiba ... *perasan* Hihi.




Kawan-kawan saya ..

Cuba bayangkan macamana agaknya hidup kita tanpa kawan atau teman? Camna eh? Ce fikir .. Ce fikir. Sunyi kot? Sepi kot? Kerja sumbang eh? Hmmm .. Saya tak banyak kawan sebenarnya. Kawan-kawan saya balik-balik muka tu jer. Tapi tak pe .. yang penting bahagia. Lagipun, dalam persahabatan, saya selalu berpegang pada prinsip yang ini.

Kitorang kawan dah lama, hampir 20 tahun. Dari saya 'single' sampai Tuan Bodyguard saya dah 15 tahun. Dari Fiza (baju putih gambar bawah) belum kawin sampai anak dia dah tiga. Dari Kak Senah (gambar tengah) kurus, kembang sekejap pastu dah susut balik dah. Dari Kak Sa (gambar atas tudung coklat) anak 1, sekarang dah 3, dan dari Kak Lin (gambar atas muka cam 'amoi' tu) single sekarang dah tak available. Have written about them before here. We are so closed till we can accept each other strengths and weakness. Kalo gaduh pun dah macam gaduh adik beradik. Gaduh-gaduh .. baik .. gaduh-gaduh baik. Hmmm .. camtu la cite persahabatan kami berlima.
Once in my special day, kitorang akan kuar lunch together. Tiap-tiap tahun without fail, diaorang ni tetap saya akan cari untuk raikan bersama. Eleh .. macam la susah sangat nak jumpa .. we all satu opis lah. Hihi.

Lunch at Madam Lim, Tesco Kepong on Friday. Murah lah makan kat sini. 4 jenis lauk dan air sedap-sedap tu, baru RM105 untuk 5 orang. The food and environment is nice too. Tak kesah la sume tu kan. Yang penting motif pertemuan tercapai ~ Spending quality time together with kesayangan. Korang camna? Ada tak kawan rapat camni?



Kisah "R"

Hairan, pelik dan keliru dengan sikap pemilik-pemilik "Studio R" yang bisnes nya sepatutnya bercirikan "Customer oriented" tapi kedatangan saya dan teman disambut sebaliknya. Macam nak tak nak dilayannya kami .. walhal kami "customer" .. bukankah kedatangan kami bermakna "rezeki"?

Kedatangan kami tak disambut dengan "Salam" atau "Hai". Sebaliknya disambut dengan sikap acuh tak acuh dan "unfriendly". Kalau salam tak dihulur .. ungkapan "Terima Kasih dan Datanglah lagi" memang la "Jauh panggang dari api".


Perhaps the owner is lack of marketing and public relation skill? Or maybe the place is strong enough and they do not need any more bisnes from people like me? Cukup dengan sokongan "teman-teman" sahaja?


Entahlah .. tapi sikap begitu membuatkan saya dan teman tidak terbuka hati untuk "Register" .. memadailah hanya "Walk In" sahaja. Ikut mood .. ikut situasi .. tak perlu berkomitment dengan menjadi "Member" disini. Tak mau di label "Eee .. tak malunya dia .. Hidung tak mancung Pipi tersorong-sorong". Afterall .. this place is not my priority.



DAIM

Chocolate lovers mesti setuju kalo saya katakan yang Coklat Daim adalah sangat sedap. Tapi kalo ada yang jawab "No" atau "Nehi"*versi Hindi* nak buat camna kan .. Nama pun "selera masing-masing". 

3 packets of Chocolate Daim bought from Langkawi last week. Sekarang dah tinggal 1 je. Sapa suruh sedap sangat .. kan dah laju ai "ngap". Hihi. Kalau korang pegi Langkawi, jangan lupa beli chocolate ni ye .. RM14.90 sahaja sebungkus. Kat KL RM19.90. Beza RM5 .. memang patut la beli kalo udah di Langkawi, kan.


Meanwhile, today i bought 4 more bottles of Chocolate Almond from Fayyedh Coco. Sangat sesuai dengan selera Chocolate lovers seperti saya. Untuk sayakah? Oh tidak .. untuk teman-teman lain yang setuju bahawa Coklat keluaran Fayyedh Coco adalah sangat sedap. Kan ai dah kata .. U can trust me*Eh Ella .. jangan riak, dosa .. Tuhan tak suka* Hihi.




Pagi Jumaat ..

Wahhh .. Jumaat hari ni dimulakan dengan cuaca yang sejuk dingin. Walau sejuk dingin, hati saya "panas". Banyak 'argument' dengan opismet pagi ni. Pantang la ada satu isu .. yang kecik boleh jadi besar .. yang lembut boleh jadi 'keras' dan ganas. Tapi saya rilek je .. pada saya, gaduh-gaduh manja dengan opismet tu perkara biasa. Kadang-kadang lebih mendekatkan .. ada kalanya bisa bikin hati 'sebal'. Asalkan tak berpanjangan dan tak membawa kepada perpecahan .. ok lah. Tak da masalah.

Rambut dah macam singa. Kalo tengah marah .. mesti 'buruk' rupa.

Apa-apa pun .. Selamat Hari Jumaat, korang. Penghulu segala hari kata orang. Tapi bagi saya, setiap hari berpenghulu dan ada keistimewaannya. Yang penting .. esok saya "OFF". Yeay .. yeay .. boleh jalan-jalan. Ek eleh .. cuti sehari pun kecoh eh. Mestilah .. sangat bermakna bila dapat "Saturday Off", tau. Bukan macam korang .. asal Sabtu jer, cuti. Saya dalam sebulan sekali je Sabtu tak keja. Tu yang tunggu-tunggu sangat tu. Jom jalan-jalan. Hihi.