Kadang-kadang kan, kita menung depan pintu peti ais .. serius tak da idea .. tak tau nak masak apa. Memandang Profession Chef saya bermula selepas Subuh tiap-tiap hari, malam sebelumnya memang dah kena start planning la. Kalau tanya asben dia cakap .. Sukati U lah. Kalau tanya Aiman pulak .. Apa-apa je la Maaa. Wahhh .. nampaknya kuasa "Veto" di dapur jatuh kepada Misz-Ella. Yeahhhh .. Dapur Wilayah saya. Saya yang paling berkuasa. Yang lain duk diam-diam ye. Hehehe.
Ayam Goreng Paprik.
Kita goreng dulu ayam tu sebab ayam tu dah 'not so fresh' kerana telah bersemadi di dalam Peti Ais dari awal minggu ni lagi. OK. Meh tengok Resepi kita. Goreng garing ayam dan susun dalam pinggan . Tumis cili kering + bawang merah yang kisar sampai garing. Masukkan serai dah kena ketuk. Pastu masukkan cili sos dan sos tiram serta daun limau purut. Kacau-kacau pastu sebatikan lah rasanya. Dah agak-agak ok masukkan sayur yang korang suka .. carrot ke, baby jagung ke, cauliflower ke, kacang panjang ke .. Apa-apa je lah sayur yang ada dalam peti ais korang. Pastu nak bagi lengkap lagi masukkan bawang besar hiris dan cili api. Hmmmmm .. sedap. Eh .. masuk bakul angkat sendiri lak kita ni. Hehehe.
13 comments:
kte suka makan paprik:DDDD
Mcam sedap.. Pandai nye masak =))
wuwuwwww sedapnye.. menitik air lio den ni ha ;) nak masak paprik tapi daun limau purut takde.. kang tak sedap! huhu
Kakcik kalau buat paprik, ayam tu kakcik potong kecik2. Yang penting kena ada daun limau purut, baru teserlah rasa papriknya. :)
uwaaaa sungguh menyelerakan..mmng mudah dan semestinya sedapkan ayam goreng paprik ni...menu kegemaran keluarga akak ni..harum je bau daun limau purut tu...
huh! fav nie. lapO!!!!
adoii..nampak sangat sedap le..
boleh cuba nie, deno nak gtau ma deno, nak minta ma buat... hehe.. thanks akak! sedap nie
alahai kak chik ni... lapar plak ptg2 ni tgk lauk ayam grg paprik ni!
siyes sedap!!
Bila kc Nk pindh sbelah Umah kite, hr2 boleh mkn best :D
nyum2.. yummy !
Petang ni mas nk masak ayam paprik, gugel terus smpai blog kakchik hehehee
S3muge misi petang ini berjaya!
Post a Comment