Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kueh Kasturi @ Kueh Kacang

Dah lama teringin nak buat Kueh Kasturi ataupun in my family, we prefer to call this kueh as "Kueh Kacang". Boleh je beli yang dah siap tapi entah kenapa, teringin sangat nak buat. Saje nak mengenangkan Nostalgia masa muda dulu kot? Masa sekolah dulu, Mama kita buat Kueh. Macam-macam kueh dia buat. Pastu dia bawak gi Ofis, letak kat Kantin. So, kitorang adik beradik memang pandai buat kueh Karipap, Buah Melaka, Pulut Panggang, Kueh Koci, Kueh Kertas, Kueh Bom, Cucur Badak dan lain-lain kueh Melayulah. Tinggal lagi kueh-kueh Talam je kitorang tak belajar dulu. Nape entah Mama tak ajar .. dia takut 'spoil' kot. Hehehe.  

Hari Ahad kitorang ada 'Pot Luck Gathering' kat rumah Mama. So, kita tak sia-siakan peluang ni untuk buat Kueh ni sepertimana yang kita impikan. Buat dan makan ramai-ramai, barula berbaloi, kan.

Rendam kacang hijau pastu rebus sampai lembut. Pastu masukkan gula dan kelapa. Kacau rata. Pastu masukkan tepung gandum. Jangan banyak sangat, nanti liat dan keras. Pastu tutup api dan biarkan sejuk. Masa tengah mendidih ni Aiman tanya ... Mama buat bubur ke? Tak la .. buat Kueh Kasturi. Kueh apa tu? Alaaa ..nanti dah siap Aiman tau la. Dah 16 tahun pun tak hafal Kueh Melayu. Apa daaaa ..

Tengah sejukkan. Masa ni Aiman sibuk tanya "Dah siap ye Ma?' Sabarrrrrr le ...

Yang ni dah siap dibentukkan. Masa tengah ralit membentuk kueh ni, Kakak Cantek ku Nani Rostam telefon. Tangan den berlemuih .. so i tengok je la phone tu. Akak ni kan, baru malam semalam kita 'dating' pagi-pagi udah rindu. Hubungan persahabatan kalau dijalin dengan ikhlas bersulam kasih memang best, kan. I love you la Kak Nani. Hehehe. Masa ni mula la terfikir kalau lah dapat hantar 10, 20 biji kat rumah dia best ni. Tapi apa kan daya .. banyak lagi program menanti di hari Ahad di mana matahari memancar dengan ceria ni. 

Dah siap bentuk tu, kita bancuh tepung beras berkunyit dan garam. Panaskan kuali celup dan goreng. Pastu sila la makan. Hmmmm .. sekali makan 4, 5 ketui kita ngap. Pastu bising "tummy semakin membesar dengan sihat". Nasib ko la .. time makan tak ingat. Pas makan baru nak insaf. Habis camno? Hehehe.

15 comments:

KuNanGKuNanG said...

sedapnye kuih ni...:)

faraherda.razalan said...

Ini adalah kuih kegemaran sy! Suke sgt! Suke! Suke! Dan suke!

=D

Anonymous said...

adehh... baca blog ni time kelaparan !!!

tolon !

Anonymous said...

salam

terbaca blog ni time lapar..


tolon !

Anonymous said...

alamak sedapnya kc, tina suka sangat kuih ni, tapi tak penah buat pun, sebab mcm leceh je kan proses dia, nak kena rendam semalaman dulu kacang tu

kalau beli selalu keras, tu yg tak suka tu

miloaiskurangmanis said...

sedapnya....
jarang buat kueh ni kat umah
anak2 iols tak makan kueh ni

Ati Masrif said...

rasanya masa sekolah dulu kita
panggil kuih ni kuih goreng kacang..hehe


p/s: kita pun rindu kat ella
tapi dah jarang online ..lappy
rosaklah..huhu

Queenie said...

akak pun sker kuih ni! yours nampak perfect! kalau akak, 4-5 ketui mana ada cukup mah...
maunya seploh biji sekali sila...

gadisBunga™ said...

kalau boleh kan, masa tengah makan tu jangan la ingat pasal tummy yang akan membesar. bedal dulu! heheheh!!!

Mat Gebu said...

Ohhh rajinnyaa kekanda ku yang sorang ini....Salutee....eh orang Johor suka kan kueh nih... ^____*

kakngah said...

mkn bnyk, angin bnyk, kentut pun bnyk
hihihi!!!

Izan Ishak said...

kakchik... izan dok berangan je nak makan kuih kasturi ni. yelah... dulu masa izan skolah pun mak mmg buat kuih2 ni. letak kat kantin skolah...

tapi entah napa dah jadi mak2 ni blm pernah cuba buat lagi... alahai.... rindu nak makan kuih ni!

akuzle ayu said...

menggiurkan tuh, KCE. Susah nak cari kuih neh yg sodap. so far yg paling besh sy mkn yg kat seksyen 17, shah alam. gerai2 kuih dekat bus stand sana. kuih neh sodap apabila intinya cukup empuk, manis n kulitnya plaks rangup krup krap.. nanti potluck blogger KCE buat yea? request neh...hihihihi

Dayang Deno said...

best3!!! :)

mamyharraz said...

bestlah ada step nak buat..
nnt boleh cuba..
sbb sebelum ni tau mkn je.
tak pernah terfikir nak buat.