Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Main Masak-Masak

Sebenarnya ada banyak Entry nak buat. I have almost 20 uncomplete Entry in my Draft Box. Tapi masalah sekarang ialah masa yang tersangatlah 'limited' dan line internet yang seakan main sorok-sorok dengan saya. Jap-jap ada .. jap-jap ada .. dan buat seorang Blogger .. tersangatlah menyampah bila line internet camtu, kan. Nanti-nanti lah kita siapkan kerja-kerja tertunggak tu. At the moment .. hanya Entry mengenang Main Masak-Masak di Dapur sahaja yang mampu ditaip oleh jari-jari halus saya.

Sesudah Subuh sebelum Matahari naik saya dah dummm .. dammmm .. dummm .. dammm .. di dapur sorang-sorang. Sib baik jiran tetangga sudah tersangatlah faham. Misz-Ella memang camtu .. boleh je Aiman my Son lepas sekolah beli makanan sendiri tetapii .. bak Kempen Jaga Kesihatan oleh Bintang Paling Popular Abang Aaron Aziz*chewahh* lebih bagus kalau sekeluarga dijamu dengan makanan yang dimasak dirumah and in my case .. takat masak simple-simple tu no hal lah. So, di satu pagi di hari .... hari apa eh? Ahh .. lupa lah hari apa tapi tu la dia ... Saya masak Ayam Goreng Air Asam kegemaran keluarga.


Dan kita "Add On" dengan Sup Sawi Hong Kong campur Bebola Ikan Parang. Sedap!! Berebut-rebut makan dengan Aiman. Tapi Bebola Ikan Parang yang dibeli di Jusco Desa Parkcity itu tersangatlah mahal. Well .. nak yang bagus kena la bayar lebih, kan. Adat dunia memang begitu. Eh .. OK lah. Sekian Entry Main Masak-Masak dari saya Misz-Ella untuk dikenang di hari tua. Nak pegi berterapi sekejap .. Emosi jap-jap ok .. jap-jap tak ok .. *dah gila ke apa aku ni* Hehehe.


9 comments:

Anonymous said...

baru tau fishball pun ada guna ikan parang hehe

sedap tu, walaupun simple tapi sebab air tangan sendiri, mesti berselera aiman makan kan

faraherda.razalan said...

Msk sendiri mmg lyn. Tp kdg2 tekak nie mengade. Bosan dgn air tangan sendiri. Nak suh hubby masakkan. Alamak, dlm mimpi pun lom tentu....

cik ika said...

wah..sedap2

Kakcik Seroja said...

Masakan ringkas yang dimasak dengan kasih sayang, memang selalunya adalah yang paling sedap dan terbaik. :)

Melati Qistyna's Mummy said...

ehh, suka la sup sayo tuh :P

Qaseehtolia said...

Sedap tu KC...lama kita tak singgah..skrg baru ada masa.Meh singgah bli handbags..

MasZuber said...

nampak sihat jea sayur bebola tue kak!

miloaiskurangmanis said...

ayam tu nampak best le kakchik
sudi2kan kongsi resepinya kakchik....

Farah Deeb said...

Betul tu. Kitepun sanggup bgn pagi2 masak untuk anak2 sarapan dan bekal sekali. Tak jamin la makanan kat sekolah tu kan... Anyway, mmg ade fishball ikan parang. Kalau kat kedai sini dia packing kaler biru. Kalau kaler hijau ke kuning ntah tu ikan lain x berape sedap ngat. Hehe...
My latest Entry :)
Edisi Mari Belajar: Menu Majlis Harijadi