Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mee Kari Udang

Tengah-tengah buat kerja .. tetiba teringin kan Mee Kari Udang. Pastu nak dan-dan tu jugak. Tak nak esok-esok. Tak nak nanti-nanti. Tak nak jap-jap lagi. Bangun .. terus tuju Pantry.

Tu dia .. Mee Kari Udang jenama Maggi penyelamat 'tummy' hari ini. Daripada tak dapat .. boleh la, kan. Sib baik memang ada stok Sawi Hong Kong + Udang kat pantry. Sib baik Mee Maggi Cepat Dimasak 2 minit siap. Sib baik boleh makan sambil buat kerja. Tak la Boss tertanya-tanya .. Ella mana?

Bila bulan nak datang, selera makan dan minum 'boleh tahan'. Tengok tu nak. Tengok ni teringin. Pastu layan. Kalau minum, harus 2 gelas. Pastu komplen naik se kilo.  Bila bulan datang turun balik se kilo tu. Ehhh .. cam yo-yo. Jap-jap naik. Jap-jap turun. Untung 'tummy' kan .. dimanja-manja .. dibelai-belai. Yang menangis poket. Sebab duit banyak keluar beli itu ini.

Dah penat melayan 'tummy' yang nak itu ini .. malam bersenam. Kita bakor. Kita bakor sume kalori. Tu pasal kita 'S'. Aritu masa shopping dengan Dr. Rozzana kawan baik kita, kita beli baju saiz budak-budak kat Poney dan Hush Puppies untuk diri sendiri. Tapi 'S' kita dah nak sampai 'border' dah. Jaga-jaga Ella. Jangan manjakan sangat  'tummy'. Karang 'tummy' hepi jiwa emosi. Camna tak emosi .. duit kena keluar sebab dari S bertukar ke M.Hah .. tu la pasal dari sekarang kena beringat. Kena jaga-jaga. Tak mau jiwa emosi duit keluar laju kerana baju baru. Kita sayang baju-baju "S" tu. Ada yang dari anak dara sampai sekarang anak kita dah teruna. So ingat ye Misz-Ella .. 'Jaga-jaga".

17 comments:

mamyharraz said...

bestnya kt pantry mcm2 stok ada.
kt pantry ofis sy cuma ada cerek nes susu ngan gula je.

Unknown said...

bestnya kakchik saiz s, yus L ha...huhu

siti nur atieqah said...

tummy mmg mngada2 kn.. mcm2 dye nk.. hahah.. wlupun cme mee segera.. tp tetap npk mnyelerakn.. wahh.. kt pantry ada udg.. best tuhh.. heheh.

faraherda.razalan said...

Sy tak boleh S sbb sy mmg azali XL. Uwaaaa!

Unknown said...

hehehee cam sedap je maggi tambah udang~

yong pon bole tahan layan tummy heheheh

Kancilbiru said...

sedapnyaa....sy pun terliur tgk nih...hehehe

Anonymous said...

betul kc, tina pun tgh kuat makan la ni, tak suka betul kalau time2 mcm ni, makan mcm apa je

sedapnya mee kari, tadi ingatkan ye ye mee kari, upanya maggie, pun sedap jugak siap ada udang

nabilah_2908 said...

syoknya..kt pantry ada sayur, udang bagai..? haa...kalau macam tu tak yah keluar makan..masak je kt situ..hehe.. :)

hmm..normal kot...saya pun macam tu gak...bukan setakat bulan nak datang je...time dia datang tu mmg berselera betul... ;)

Puan Kutu said...

udang tu menggoda betullah.hehe

Sheherazade said...

pon sodap

nisa said...

Tajuk dah gempak..ingatkan handmade, rupanya Maggie punye..hehehe...Hai KC, dah lama tak jengok blog KC

Lee said...

Hello Kakchik, I sure love this mee kari udang. I think 2 bowls of this will be fine with me. Looks so delicious.
Can see you have a black belt in cooking.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.

Dayang Deno said...

wah! makanan lagi!!!! best! :)

kakngah said...

jeles kakchik pakai s..
kite.. dabel xl
huwaaaaaa!!!

Irfa said...

S ?
14 tahun dulu ka
sekarang XXL
huhu

ReramaBiru said...

~bestnya boleh msak2 smbil wat kja :)

tiefazatie said...

sedap gak tue..hehe