Thursday, January 26, 2012

Bukit Gambang Water Park

Memandangkan check in pun dah dekat pukul 5:30 petang, pastu by 6:30 dah nak leave the hotel untuk aktiviti Makan Seafood di Tjg Lumpur with The Aziz's Family, makanya segala aktiviti mandi manda kita buat esok aje la ye. Waterpark close at 6:30 .. sah-sah tak sempat dah derrr. OK. In this entry kita nak cerita tentang Bukit Gambang Water Park .. tempat orang mandi-mandi menghepi dan menggelapkan diri.

If u stay at the Resort, u can either drive or ambek this trem. But its not free .. RM2 pegi balik ye. Kitorang nak senang, so we drove there. Elehhh .. 300 meter je, bukan jauh pun. Sila beli tiket dekat Kaunter berdekatan dengan Kaunter Chek In untuk elakkan beratur berbaris di pintu masuk Water Park nanti. RM21.90 untuk Dewasa, RM14.90 untuk Kanak-Kanak. Student jgn lupa ask for Student rate .. RM18 sahaja.


Dah macam DisneyLand Hongkong yang ku visit tahun 2007 dulu ..

Lagi lagi long que. Pukul 9:30 pagi dah beratur panjang camni. Nak sewa Cabana dan pelampung jer pun .. bukan nak buat apa. Apa la salahnya kalau diaorang bukak lebih kaunter, kan.

Tak boleh guna cash dalam Water Park tu ye. Beli makanan, sewa pelampung, sewa locker, sewa pondol @ cabana, beli makanan semuanya menggunakan E-Value system. Means kita kena purchase E-Value at the price of RM50, RM100 atau RM200. Dia activate kan dekat Wristband. Segala duit yang tak pakai kita boleh tebus balik kat Refund Counter. Systematic and computerised sangat la kononnnn .. tapi .. jap eh .. jap lagi kita cerita.

Sewa Pondok @ Cabana RM35. Kalau tak nak sewa pun tak pe .. banyak kerusi meja awam ada tapi kena berebut dan share-share la, kan ..

Kita tak paham kenapa Cabana tu pun ada deposit .. macam la nak bawak balik sehelai dua daun bumbung tu. Apa daaa .. Kalau pelampung tu logik la kan, kot la ada yg notty-notty buang angin kempiskan masuk dalam beg bawak balik dengan niat nak swim dalam bilik air. Hahaha ..

Systematic dan computerised la sangat konon. System pun ada masanya sakit gak, kan. Dekat 40 minit beratur nak beli Tiket konon nak tunggu IT Dept repair the system .. padahal kita orang no. 3 je dari hadapan. After 40 minit, last-last diaorang issue tiket secara manual. Kalau boleh manual, patut kau buat la awal-awal .. apa kes biar customer menunggu? Sian pakcik dan makcik-makcik belakang kita tau. Servis kelembapan betul la diaorang nih .. Bengangggg sangat tapi kerana anak kita kuat semangat. Lagipun, "What the hell" nak bising-bising, kan. Hilang vogues akak kang. *Haha ... perasan* Sabar ~ macam tu la kita pujuk hati.

Cabana @ Pondok yang kita sewa ~ RM45 + deposit untuk sepanjang hari. Haihhh .. benda camni pun diaorang boleh terfikir nak buat duit, ye?  Pe salah kalau bagi kemudahan free untuk visitors .. they give u business, right. Buat sekali dan kutip duit sepanjang tahun .. Money matters betul.

And the Pizza + Mineral water comes free with the Cabana. 

Lagi Cabana sepanjang Coco Beach

Best kan kalau datang ber rombongan ~ boleh main Bola Tampar Pantai kat Coco Beach mcm famili ni dengan syarat .. Bola bawak sendiri.

Teringin nak main gelongsor air nih 

Dan yang ni

Tapiiiii ... Adoiiii .. pinjam anak korang boleh? Hihihi.


Sg. Glazier di  Penguin Island yang sejukkkkkk .. sangat. Gigil ok.


Main shock wave kat Coco Beach ~ Ce carik mana Aiman dengan Abah dia? Jangan harap nak jumpa sebab Tukang Foto cuma berani ambek gambar dari jauh sahaja. 

Yang ni pun best ..

Ekspedisi menyusur Sungai Glazier bermula disini ..

Shower ni kita ulang banyak kali. Nampak sangat suka yang safe-safe je, kan. Tak adventure langsung!! Kahkahkah.

Food Court banyak. Yang ni Penguin Express. Banyak pilihan makanan kat sini. Tapiiiii ... 

RM9.80. Automatik teringat Nasik Budget RM2.50 kat SU. Aduiiiii .. jauh beza dari segi harga dan rasa sebab rasa Nasi Kukus RM9.80 ni tersangatlah entah apa-apa walau bau dia tersangatlah menggoda. Adussss .. Tipah tertipu dengan aroma nya. 

All in kita rasa harga masuk iaitu RM21.90 untuk Dewasa tu sangat berpatutanlah. Water Park ni besar, selesa tapi servis dia memang sangat very bad .. benci sangat-sangat tau. Diaorang ni tak pentingkan keselesaan customer yang support business dia. Apa daa .. Bukankah keselesaan customer itu penting supaya dia datang lagi .. lagi dan lagi? Dan repeat visits means good business for u? 




11 comments:

liyana said...

gelongsor yang lain-lain tu tak main ke?

saya_arief said...

banyak betul kene deposit..
xpenah sampai lagi situ.
:)

F.A.R.A.H. deeb said...

wahhh nama cam hot tapi bad service.. watdehey tul kan? Hmmm ade yg kena ban ni kang haha....

kakcik said...

Nampak sesak. Mungkin sebab hari cuti, kan? :)

munna said...

KAT SINI MMG BEST MAIN AIR KAN KC.....

azian said...

akak...
kl sy ade kat umag mesti akak leh singgah umah sy kan...kami mmg selalu g sini...tp makan mmg laaa sgt hampeh...mcm nak seludup bawak makanan sendirik ajek...hehhhe

ana ikan bakar petai tu kami pernah pg tp tak kene selera laa kak, may b sekarang dah OK...ade satu restoren yg sedap sgt kat kuantan....kami sekarng akan g situ jek, dah tak g tanjung lumpur dah....hehehhe....seri mesia kuantan tak best laa, Ok laa duk kat vistana....

nisa said...

Hah?pondok pun kena bayar ke?haiyerrrr.....terus cam tak minat...

Ibu Darwisy said...

nmpaknye gambang ni sy dah list out..hehehehe

Kujie said...

pernah pergi sini dulu, masa baru2 tu...tapi tak de la enjoy sgt
entah.... tak dpt nak feeling je dok sini

hati dok merungut2 kot..hahahaha
jadi tak mgkn pergi lagi dan tak mungkin nak suggentkan org terdekat


matilah biznes mcm ni, kan...hahaha

Mama Ema said...

dah banyak perubahan kat sana rupanya

bukit gambang said...

mari le ke bukit fambanf, tempat ok..=)