Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Attention ..

Baru habis meeting. Meeting yang dibuat setahun sekali. Isu yang sama disebut berulang kali. Yang relevannya sehingga kini masih kami cari-cari. Dan hari ini ada benda baru yang aku 'discover', ada orang mahukan 'attention' ku .. tidak senang dengan sikap 'low profile' ku yang tidak mahu mencari-cari kelibatnya. Mahu aku sentiasa mencari-cari dia sedangkan pada hakikatnya tidak perlu itu semua ..

Haruskah aku menjadi seperti yang lain? Yang sentiasa mahukan 'attention' dan sentiasa terhegeh-hegeh? Yang sering keluh kesah sekiranya tidak dipanggil? Yang sentiasa menunggu-nunggu kelibat dan bayangan si dia? Yang segala macam perkara termasuklah memijak kepala harus disampaikan kepada Si Dia?

Mungkin tidak. Tidak perlu itu semua hanya kerana mahukan 'attention' dan perhatian dia walau lumayan ganjaran "duniawi"nya. Tuhan ada. Aku tetap gembira, bersyukur dan bahagia. 

Yang penting hepi. Kannnnn ..

8 comments:

faraherda.razalan said...

Sy pun happy nie KC!

=p

Effi Rahmat said...

ya... setuju... cukup hanya Dia.. dan semua yang lain akan terserlah dengan berkat Nya..

fenny abdullah said...

betul tuu KC,,,yg penting happy :}

munna said...

setuju KC... biarlah kita seperti seadanya

Kakcik Seroja said...

Ya, yang penting happy dan disertai redha Ilahi. :)

mama maman aka yana said...

jika mmg bagus/cekap ngan keja kita.. insyaallah lambat laun org nmpk gak.. if more worth than nothing...:)

susumanis said...

hati ygt bersih x kan kalah dgn godaan duniawi :))

Akak Kembang said...

Kak Chik yg comey..takyah dok pk2..lantak dornag tu..yg penting Kak chik happy...