Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Honda Insight ~ Mesra pengguna, mesra alam

Hai readers. Ramai yang dah baca perjalanan 2 hari saya bersama Honda Insight dan ramai yang bertanya .. Macamana? Best tak? Berapa bintang? 

OK. Mari kita ke Subjek Utama Entry ini iaitu Honda Insight berteknologi Hybrid. Kali pertama mendengar perkataan Hybrid kala menonton "E-True Hollywood Stories". From there on, i realise .. Hollywood Loves Hybrid. Cameron Diaz, Jeniffer Aniston, Leonardo d Caprio .. antara orang-orang glamer yang memandu 'Hybrid cars' kerana mereka pencinta alam sekitar. Hybrid ~ Teknologi yang popular di negara luar tetapi tidak di tempat kita.


As times goes i found more driver proudly hands on their two hands on the steering of a Hybrid cars. Kenapa dan mengapa? Bagus sangat ke? An invitation from Honda (M) Sdn. Bhd. early January, was like "Bulan Jatuh Ke Riba". I want it .. i want to know more about Hybrid. Makanya, disitulah saya pada tanggal 13 dan 14 Januari 2012 ~ merasai sendiri bagaimana memandu sebuah kenderaan berteknologi Hybrid keluaran Honda ~ The Power of Dreams*teringat sticker kat keta*


Dua hari bersama Team Honda dan rakan blogger, now i know "What is Hybrid". I want to share it with u here, in this entry so that kita boleh celik minda tentang "Hybrid" bersama-sama selepas ini. 


"Hybrid" adalah gabungan 2 teknologi dimana Enjin dan motor bergabung bersama untuk mengerakkan sebuah kereta menjadikan ia sebuah kenderaan berteknologi tinggi yang mesra alam dan mesra pengguna dengan penjimatan minyak yang optimum.  Rekod tertinggi pernah dicatatkan untuk Honda Insight Hybrid adalah 29km/litre dibandingkan dengan kereta konvensional  biasa iaitu hanya 15km/litre. Jimat, kan. Anda suka? Saya suka. It's sooo wallet friendly


Inilah Honda Insight berteknologi Hybrid ~ Subjek utama yang disebut-sebut di dalam entry ini. Dengan rekabentuk "Aerodynamic" dan keluasan boot yang boleh memuatkan sehingga 3 Golf Beg ianya tersangatlah menawan, praktikal dan yang penting selesa. Menarik, kan.

"Timeline of  Honda Hybrid di Malaysia"
Bermula dari model "Hybrid" nya yang pertama pada tahun 1999 dan diikuti dengan model 1.3L Civic, sehingga kini Honda masih meneruskan misinya dalam menghasilkan lebih banyak kereta berteknologi "Hybrid" dan sehingga kini hanya Honda yang mengeluarkan kereta berteknologi Hybrid dibawah RM100,000.00.


Bagaimanakah Honda Insight berteknologi Hybrid berfungsi?
Honda Insight digerakkan oleh enjin 1.3L iVtec bersama Integrated Motor Assist (IMA) yang menjadikannya berkuasa 1.6L. This is called "Parallel Hybrid System". Memiliki kereta berkuasa 1.3L dengan  keupayaan memandu setanding kenderaan berkuasa 1.6L.  Jimatkan poket anda dari membayar lebih untuk petrol serta cukai jalan dan dalam waktu yang sama tidak ada masalah untuk kita 'vroommm' lelaju dengan Honda Insight berteknologi Hybrid kerana keupayaannya. Hebat, kan.

Ini best!! Jom lihat Ciri-ciri dan keistimewaan yang ada dalam Honda Insight berteknologi Hybrid. Ciri-ciri 'Smart Car/Kereta Pintar' yang selama ini menjadi tanda tanya saya kini telah saya tahu jawapannya dan ingin saya kongsi dengan 'readers' kesayangan saya. Honda Insight dilengkapi ciri-ciri berikut :-




  • Econ Mode ~ Sebagai sebuah kereta mesra alam, Honda Insight dilengkapi dengan Eco Assist yang memberi 'feed back' kepada pemandunya secara digital dan grafik dan kerana ia mesra alam, semestinyalah ianya berwarna hijau. Jom tengok gambar bawah bagaimana ia berfungsi.
  • Guidance function ~ Honda Insight dilengkapi 'speedometer' yang mempunyai 3 warna iaitu biru, biru kehijauan dan hijau. Warna di 'speedometer' tersebut akan berubah mengikut tahap pemanduan pemandu. Warna biru menunjukkan tahap pemanduan yang tidak 'fuel efficient'. Biru kehijauan untuk tahap penjimatan minyak yang sederhana dan hijau untuk tahap penjimatan minyak yang maksimum. Lihat gambar diatas, I got green. I'm a smart driver. Yuhuuuu ..*with big smile*.
  • Scoring function ~ This is interesting. Nampak tak daun-daun itu? Kelopak daun akan muncul di dashboard dan seterusnya membentuk sepohon pokok yang comel, seiring dengan corak pemanduan yang berubah dari biru ke biru kehijuan dan seterusnya menjadi hijau. Wahh .. "Ku lihat hijau". Sambil memandu sambil melindungi alam dari pencemaran. Hebat, kan.
  • 5 tahun IMA warranty untuk bateri ~ Honda Insight adalah satu-satunya pengeluar kereta berteknologi Hybrid yang menawarkan 5 tahun warranty. Bateri tidak perlu diservis dan paling penting harga bateri tak banyak beza dari bateri biasa. Wahhh ... Honda Insight juga mesra pengguna kerana menjimatkan dompet kita dari 'unecessary spendings' 
  • Safety Features ~ Honda Insight yang mesra pengguna dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi. Feel and drive safe with Insight. Itu yang kita mahu dalam sebuah kereta, kan.
I have an Insight


OK. Dah tau fakta sekarang nak cerita pengalaman sendiri bagaimana rasanya memandu Honda Insight. Oleh kerana terpaku dengan Konsep Smart Car @ everything digital yang dimiliki Honda Insight saya sempat mengalami simptom "jakun sekejap". Hihi.


Masa mula-mula drive dengan "Econ Mode" diaktifkan saya rasa macam pelik sebab masa berhenti dekat lampu isyarat kereta ni senyap sepi, air cond pun seolah tak berfungsi. I thot enjin mati. Saya nervous sekejap. Rupa-rupanya waktu ini saya sedang memandu dengan konsep mesra alam sekitar. Tiada proses pembakaran bahan bakar sewaktu kereta berhenti. Best, kan. Saya juga suka dengan bunyi enjin yang tidak bising malah ada masanya sunyi sepi. Baik untuk ketenangan minda, kan.


Paling saya suka ialah konsep "Jimat Minyak" oleh Honda Insight ~ 29km untuk setiap litre. Means, saya hanya perlu berbelanja sebanyak RM3.80 untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja sejauh 50km. RM3.80 berbanding RM15.00 dengan SUV saya sekarang. Jimat banyak, kan. Honda Insight bukan sahaja mesra alam tetapi juga "wallet friendly". So, Hai baju cantik .. with Honda Insight i have more budget for u. Hihi.

Selepas 2 hari bersama Honda Insight, saya sebenarnya dah mula jatuh cinta. *tetiba rasa drive SUV macam bawak lori*. Ditambah lagi dengan konsep Honda Insight yang sangat kena dengan diri saya iaitu mesra alam. Saya mula mempunyai "New Way of Thinking". Kita tak boleh menghalang perokok menghembus asap rokok .. kita tak  boleh menghentikan kepulan asap yang dilepaskan oleh kilang-kilang tapi dengan memandu Honda Insight kita boleh membantu bumi bernafas dengan selesa. 


Kalau kita boleh terima Kitar Semula, kalau kita boleh bawa Shopping Bag ketika berbelanja .. kenapa tidak kita maju setapak lagi? OMGGGG .. tetiba rasa macam nak beli satu Honda Insight ni*. Owh. OK. Panjang sudah cerita saya. Got to go. Hope this entry helps to answer questions in your mind, ya. BTW, layari web ini untuk lebih tau banyak lagi. 









11 comments:

Ujang9897 said...

terbaik..=) detail.

gedek! said...

mahal ni....

huhuhu

Fazreen said...

terbaek kak chik

susumanis said...

wah KC lagi buat nk g beli honda hybrid nih..heheh

Semut Senyum said...

wah... hebat betol ni.... =)

ainnoraini said...

mesti seronokkan KC...

Ismayanti said...

Ok...i loike...with all d details included...but in d fun n selamba way of explanation...yeayyy u did it..!!.. No more butterfly in ur stomach eh..hahaha..

cikpuanhady said...

wahh..memang menarik keta ni..bestnya KC boleh test drive & konvoi..

nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater

thanks..

ayu jamal said...

wau kak chik caya la..cepat beli..nt buleh tumpang..he he

missNick said...

eh bestnya kak chik....bila la dapat merasa ni hehehe....

eiela said...

bestnya dpt drive kereta baru. saving tuh..