Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sempurna

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kita cerewet. Kita nak sempurna, kita nak perfect. Mencari kesempurnaan sebenarnya sampai bila-bila pun kau takkan jumpa sebab hingga kini tiada kayu pengukur yang sesuai untuk mengukur kesempurnaan itu.

Yang dah kurus nak kurus lagi. Yang dah cantik tegar mencantikkan lagi diri melalui teknologi. Dagu tiba-tiba makin runcing .. kulit gelap berkarat bertukar putih berkilat, pipi yang leper membulat .. dagu berlekuk menambah pesona. Uishh ... 'Fake face in return' kalau kau bersahabat baik dengan teknologi mencantikkan diri.

I personally think that sebagai manusia yang dicipta Allah SWT, syukur lah kita dengan ciptaan dan kurniaan Nya. Biarlah rambut kembung, hidung penyek, mata sepet dan tak cukup tinggi ~ bukankah itu semua ciptaan Nya? Aku tetap Syukur .. walau tak sempurna. Buruk baik tiap kejadian itu tetap ciptaan Allah SWT Yang Maha Esa. Sekian sahaja Entry Mengenang Diri Dikeji. Watever la .. aku tetap bahagia  dan bersyukur dengan Anugerah Nya. Alhamdulillah .. Tak nak aku bersahabat dengan teknologi mencantikkan diri dan 'in return' dapat muka 'fake'.

10 comments:

faraherda.razalan said...

Mmm....kenapa tak nak terima diri kita seadanya? Oh...sebab kita suka sgt nak idop bwh bayangan org len...

=p

susumanis said...

salam ceria pagi khamis KC..btol tuh, kita manusia terutamanya perempuan mmg nak cantik je sbb mmg tu naluri yang Allah swt bagi pada kita pun, dan diceritakan juaga dalam Al quran pasal bidadari yang cantik jelita lagi menggoda, pape pun kalau rupa cantik hati tak cantik semua jadi buruk la, tapi kalau seme cantik itu mmg bonus kan.. so lets keep thinking of gojes thing in order to be gojes inside n outside..insyaAllah

Unknown said...

hermm ,, betul2 .. lagipun ciptaan tuhan dan olahan tangan manusia x sama .. sebijak mana pun seseorang manusia tu dalam menedit muka orang ,, Allah itu lagi Maha Mengetahui .. jadi .. jelas tampak perbezaan di antara asli dan fake .. dan ini adalah fakta ..

Farah Shamsudin said...

kc, lamenya tak jenguk kat sini.. betul tu kak.. kite kenala terima dan bersyukur dengan ciptaan Allah..

Kakcik Seroja said...

Kenapa kecik sangat tulisan dalam catatan Ella ni... ada silap setting ke?

Cantik belum tentu menarik, kan? :)

Ardini Humaira said...

syukur atas segala kurniaanNya itu lebih indah daripada yang riak dan hanya tahu merendah2kan orang lain :)

sudipVSsenduk said...

org selalu kata muka akak mcm Nur Fathia, tapi bila tengok cermin je, Norlia Ghani yg muncul... menci tau!!

Chekgu Azrine said...

kak KC..saya nak kuruskan muka.. nak jugak.. hahaha.. sebab muka tembam giler.. tak salahkan.. hehehe

Izan Ishak said...

betul kakchik... akhirnya merana diri buat apa kan..

Anonymous said...

aa btul.. klo dri tuh dah HODOH cba la sdaya upaya pon snyum ikhlas la apela... skjap jek pastu kembali ke asal yg hodoh.. pathetiC kn..