Mandi Manda di Tempat Janda

Wednesday, January 11, 2012

Aktiviti 'outing' pertama 2012 adalah Mandi manda bersama famili. Apa-apa pun haruslah keluarga diutamakan, kan. 


Sampai bila-bila pun, Sungai Cherengin di Janda Baik tetap dihati. Mana la hati tak terkenang .. air sungai dan persekitaran yang bersih, suasana yang tenang .. bunyi-bunyi alam yang mendamaikan .. hijau pokok yang buat sejuk mata memandang. Hurmmm .. sangat best dan privacy di sini. 


When we first discovered this place*masa tu umur kita dalam belasan tahun rasanya* this place 'masih suci'. Yang ada hanyalah Pulau Santap .. tempat beristirehat Kaum Kerabat saat mereka mencemar duli disini. Masa tu disini ada Ladang Stroberi .. ada Hutan Lipur Konifer. Chalet dan Resort hampir tak ada. Sekarang dah membangun .. Chalet, Resort dan Hotel dah banyak ada but good thing, alam semulajadi dan kebersihannya masih terpelihara.

Jalan masuk pertama. Jalan masuk kedua melalui simpang Bukit Tinggi.


Anak dan mak


 My sweet darling Sarah Ardinie yang sangat 'awesome' ...

Yeayyyy .. The crowd getting bigger when Alang's arrived.

Lebih meriah bila ramai-ramai

Jangan lupa buat empangan macam kitorang ..

Mandi Manda feveret kami semua

Aiman enjoy floating himself in the river. Jangan lupa sewa pelampung ye kawan-kawan.

Suasana yang mesra pengunjung tak kira usia. Tak perlu mendaki tangga yang tinggi which definitely tak sesuai untuk anak-anak kecil dan mak-mak kita. Tak perlu susah payah angkut bekalan makanan jauh-jauh sebab parking kereta depan mata. Selesa, kan. Kemudahan BBQ disediakan di setiap Khemah/Pondok Rehat. Tandas, Bilik Mandi dan Surau pun ada. More and more pictures herehere and here.

Yeayyy .. Our pool is ready. Biasa la kalau dapat mandi manda berterapi begini,  memang susah dan liat nak naik. Pagi mandi manda petangnya menjadi tetamu di Rumah Banglo Kembar Dua. Hidup itu indah. Banyak warna warni hidup kita, kan. Syukur Alhamdulillah. Nikmat Allah SWT kepada tiap hambaNya.


You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail