Rindu Ombak ~ Ke Pantai Remis, Kuala Selangor

Sunday, May 15, 2011

Rindu nak dengar bunyi ombak. Best tau lepak tepi pantai sorang-sorang bertemankan bunyi ombak. Tenang jiwa, ringan kepala. Ari Sabtu lepas kerja kita pegi Gym. Pastu bila sampai rumah, kita rehat  setengah jam je. Keluar balik gi Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Nak cari pantai .. rindu nak dengar  bunyi ombak.

Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor. Kecewa lah .. tak da ombak arini. Air surut sangat-sangat. Yang ada hanya pantai tidak bergelora. Kecewa sampai nak nangis dah aritu. Tu la .. nak sangat-sangat sampai tak dan nak tunggu lain ari. Kan dah frust gila. Len kali jgn over eh Ella .. control kehendak hati tu sikit. Ecewah .. motivasi diri sendiri. Hihi.

Angin kuat .. habis terbang rambut kita. Sib baik kita ni berat. Kalau tidak .. dgn kita-kita sekali diterbangkan dek angin tu. Hihi. Kat tempat ni ramai orang suka main layang-layang .. gerai cenderahati pun banyak. Tempat makan?? Lagi la banyak tapi org yg dtg pun .. Alahai .. entah dari mana la datangnya .. terlebih ramai!! Hihi.

Tak da ombak, kan. Tengok matahari terbenam je la akhirnya. Best .. but still .. menghayati bunyi ombak 'is the best therapy'. 
Pastu kita sefamili gi makan kat Aroma Ikan Bakar. Kat Pantai Remis ni ada dua Restoran Ikan Bakar yg besar. 1 Aroma Ikan Bakar, 1 lagi Restoran Pantai Jeram. Dua-dua kita dah cuba .. kita suka yang ni.

Kena beratur untuk pilih hasil laut yang segar. Very fresh sebab sebelah tu je tempat bot nelayan parking. Sebelum pilih, make sure korang dah ada nombor meja dulu ye. 

Tomyam campur, Sotong cili, Butter prawn .. Sedap!!

 Ikan Senangin Tiga rasa, Sayur Campur, Ikan Gerut Bakar ~ Tiga-tiga sedap. Percaya tak untuk 6 jenis lauk ni, 3 org makan baru RM70.00 je. Murah, kan makan kat sini.

Ni la tempat kita makan. Kalau korang nak makan kat sini, datang awal-awal tau sebab sokmo Full House. Ataupun better buat reservation dulu. Eh .. kita adalah no. fon dia. Jap .. jap .

Ha .. Jumpa dah. Tepon dulu tau ... sbb tempat ni sokmo 'full house.' Minggu depan macam nak gi Muara, Tanjung Harapan pulak lah. Nak dengar bunyi ombak. Tak lepas lagi hajat kita nak dengar bunyi ombak ni. Tak pun ke Morib Gold Coast. Dgr khabar tempat tu best. Teringin nak pegi.

p/s :~ Kakak Cantek yang sebut Ikan Bakar Jumaat malam tu, Ela pulak yg makan Ikan Bakar dulu. Hihi. One day i bring u here ye kak. 



You Might Also Like

25 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here