Cerita tentang Bank

Wednesday, May 18, 2011

Minggu lepas .. dua hari berturut-turut kita pegi bank. Kita heranlah ... Kenapa ye staff yg bertugas kat servis kaunter bank-bank kat Malaysia ni sumenya tersangatlah tidak mesra pengguna? Susah eh nak senyum kat pelanggan?? Bukan kah pelanggan tu sumber pendapatan diaorg? Gaji pekerja-pekerja Bank bukan datang dari pelanggan ke? Heranlah. Kita penah berurusan dengan staff di Kaunter Bank di Jakarta. Sungguh berbeza layanan yang kita terima. Kita dilayan sangat baik .. disambut dengan senyum. Kita boleh rasa keikhlasan pekerja Bank di BRI Jakarta melayan pelanggan-pelanggannya. Kat tempat sendiri? Alahai ... Camna tu ye?
Ada org tertinggal kad ATM kat Cash withdrawal machine. Atas rasa prihatin, kita amek kad ni, beri pada staff kat kaunter. Layanan yang kita terima?? Hmmm .. nak tak nak je dia layan kita. Bukan suh layan cam Raja pun .. tapi pe la salahnya senyum dan ucap Terima Kasih? Padahal kita cuma nak amanahkan kad tu kat pekerja kaunter, mana la tau kot-kot pemilik kad  tu datang balik carik kad dia .. Pelanggan tak da harga dan tak penting kot kat mata staff-staff kaunter nih. Heranlah tengok sikap diaorg. Tapi kan, bukan semua,. Kita pernah berurusan dengan Citibank. Servisnya sangat tip top. Betul-betul puashati. 




You Might Also Like

23 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail