Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mawar Putih Untuk Mama



Dulu masa kita kecik, selalu nyanyi lagu ni. Ingat lagi, masa balik kg mama kat Teluk Intan, kitorang adik beradik dan sepupu main Pertandingan Nyanyi-Nyanyi. Kita pilih lagu ni. Kelakar la bila ingat zmn muda remaja dulu. Hihi.


Kita sebenarnya terlalu sayang Mama. Terlalu sayang sampai berat mulut kita nak meminta-minta. Kita takut menyusahkan dia. Apalah makna kasih sayang kalau menyusahkan yg tersyg, kan. Lagipun, mungkin sbb kita kenangkan susah payah mama membesarkan dari kecik sampai besar .. menjadikan kita seorang yg 'tak demand'. Kita terlalu sayang mama sampai kita takmo mama duduk jauh dari kita. Kita belikan rumah kat Sg. Buloh. Biar dia dekat dgn anak-anak. Sakit pening, dlm 20 minit kita dah boleh sampai. Kita tak kesah pun dgn 'loan instalment' berpuluh tahun tu. Kita ikhlas, kita rela. 

Saat kita teringinkan masakan dia, kita pendam. Tak terluah permintaan. Sudahnya kita cuba sendiri. Bila menjadi kita cakap sorang-sorang ~ Hmmmm .. mcm mama kita masak. Hihi.


Kita terlalu syg mama sampai kita jd sensitif dgn dia. Kalau ada apa-apa yg kita tak suka, tak puashati, kita pendam. Kita tak lawan. Kita tak reti nak lawan cakap mama mcm yg lain. Paling kuat, kita jauhkan diri dari dia buat sementara. Rindu-rinduan? Fuhhh .. Tuhan je la yg tau. Tapi kita tabah, kita kuat, kita tak pernah lupa titip doa buat mama. Buat sesiapa yg ibunya sudah tiada, jgn lupa kirim pahala buat Arwah. Buat sesiapa yg ibunya jauh di mata tapi dekat di hati, titipkan doa buat dia tiap kali lepas solat. Selamat Hari Ibu, kwn-kwn. Petang ni kita nak balik rumah Mama kita. Eh, kita dah dpt hadiah dari Tuan Bodigad kita. Korang camna? 





19 comments:

miss frog said...

sayang mak..kasih mak takda tolok bandingnya...

sarah-najwan said...

ingat kat mek ambo..

selamat hari ibu juga KCE...

eelobor said...

huhuhu....kita pun sayang mak kita gak. baru jer lepas call cakap fon ngan dia

Miza Yusof said...

kaka chik, selamat hari ibu :)

ct N honey said...

bila dah jadi ibu ni,baru tahu kesusahan ibu kita untuk membesar dan mendidik kita sehingga dewasa
Si BEN 10 penyelamat bumi dan angkasa

Peri PiA said...

selamat hari ibu kc,doakan pia ye :')

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

selamat hari ibu jg buat kc..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

selamat hr ibu buat akak...muahhhhh

toyolkiut said...

alhamdulillah..
mana tumpahnya kuah klau x ke nasi..
aiman pun ingat dan sayang ibu nya, sbgaimana kakchik ingat pada mama kakchik..
slmt hr ibu..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

selamat hari ibu utk kak cik

Tina Othman said...

selamat hari ibu kc..untungnya kc masih ada mama..

diana said...

betul lah kakchik..
kita sama..:)

!eNa PnG said...

Selamat Hari Ibu kak Chik...

munna said...

munna pun sayang mak munna...

selamat hari ibu kc

Woofer Storm said...

slmt hari ibu juga^^

alexa yussida said...

kte xde anak lagi jd xdpt hadiah la:P

kite kasi mama choc tp belom smpai lagi..ishkishk..frust betol..masa order dah mintak suruh smpai 8hb..haih

Gayahspears said...

best lagu wann ni.. gayah suke...

makdara TERdiva said...

dpt wish drpd anak2 rebina pun dah happy :)

risa said...

selamat hari ibu sis!!