Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kertas Kerja dan Pasar Raya

Lagi setengah jam nak pukul 12 (my lunch hour) my High Profile Boss telefon.  Ella .. U dont go out first. I have presentation at Putrajaya at 3,  i want you to prepare the document a.s.a.p. Wait for me .. jangan keluar dulu. Alaaaa .. kalau tau nak kena 'stay' baik ai buat-buat tak dengar bunyi telefon tu tadi. Ecece ..  macam la boleh. Sah-sah dia merajuk dan masam muka 10 hari kat ai nanti. Dia ni 'fussy' .. 16 tahun i'm with him ok. Dia tak mau orang lain. Dia nak Ella je. Pastu 'expectation' dia tinggi. I faham .. dia kan Anak Tan Sri. Minum teh tarik pun kat tempat 5 star tau. Pastu one of kawan dia tu ha .. yg pegang 'title' tertinggi dalam Senarai Menteri di negara kita.


Baiklah. Saya yang mendengar kata. Saya yang menurut perintah. Bikin wayang je tu sebenarnya sebab dalam hati dok membebel .. "Leceh .. leceh .. rosak plan aku yang dah aku susun pukul 6:30 pagi tadi".


Tepat 11:50 dia sampai. Sah harini lambat ai lunch. Elehhh .. Ada Boss kesah? Aku je yang kesah sebenarnya sebab aku ni sangat menghormati masa tapi kerja tetap kerja dan lambat atau cepat .. lunch tetap lunch. Sib baik pagi tu dah breakfast Mee Goreng so perut tak kesah la, kan.


Once masuk, terus dia instruct itu ini. Aku mula-mula ok .. lama-lama mcm tak fokus. Mata tengok PC .. hati dah sampai Tesco. Aduhh .. duh .. duh .. Camana tu? Last-last siap gak walaupun dengan buru-buru. Sib baik 'perfect' .. kalau tidak .. harussss lah repeat buat itu ini.


Once done ai terus vroomm lelaju CRV kesayangan menuju Tesco Kepong. 5 km jer .. tak sampai 10 minit dah sampai. 


Misi tengahari ini adalah menggunakan lunch hour dengan sebijak nya iaitu "Shopping". Eleh .. beli barang basah jer .. shopping sangat la konon. Hihi.  I do not have much time to buy groceries. Hari Rabu haritu .. hajat hati Pasar Malam ingin ku serbu. Tapi kalau sampai rumah dah macam waktu "Cinderella" pulang .. Pasar Malam ke bendanya? Pasar baju kat Uptown adalah. Takkan nak masak "Sup Baju" kot? Wahahaha ..

Dari dulu memang tak suka beli Ayam seekor. Masa mula-mula kawin dulu sebab tak tau nak potong*Hihi* Sekarang sebab kita rasa pilih bahagian yang diingini lebih baik dan tak membazir.

10 biji Bawang besar baru 90 sen. Sebijik peria saiz sederhana RM1.70 sahaja. OK kan harga tu. Bawang tu cukup untuk stok untuk seminggu .. Peria tu sekali hadap je ...

Murahkan harga 2 ekor Ikan Talapia dan 2 ekor Ikan Cencaru tu. Total spend barang basah untuk minggu ini ialah RM20.85 cukup untuk menjamu tiga perut comel di rumah kita. Murah dan jimat belanja. Tambah sikit-sikit untuk benda-benda iringan rasanya tak sampai RM50. Sebab tu kita suka masak sendiri. First sebab kita memang suka main masak-masak .. Kedua sebab hepi sebab dapat jamu perut ikut kehendak dan selera sendiri .. Ketiga sebab dah tentu lah makanannya lebih berkhasiat dan berkualiti. Tapi sesekali enjoy gak makanan kat luar. Tidak la kita ni terlalu 'rigid' dan say "never" kat makanan luar sana.

Dan disebabkan sudah lambat dan tak sempat lagi nak makan-makan .. Salad ijo pepel ni je yang sempat ku telan. Eh .. Agak-agak mata boleh "turn to green" tak lepas ni? Hihihi.

EH. OK lah. Sekian sahaja Entry Misi Menyiapkan Kertas Kerja dan Mengejar Pasar Raya di Hari Khamis yang matahari tersenyum dengan riang rianya. 


18 comments:

safurara said...

rara suke salad yg hidup ramgup tu.sedap btol.

Unknown said...

paling suka salad....sedap & healthy

norh said...

saya baca entry ni pun rasa macam nak baca laju2 ja..he he

Ati Masrif said...

cepat je sampai ella
tak jem kat jln ipoh tu :)

munna said...

sempat lagi beli stock masak2 time lunch ye KC... habis tu bahan2 mentah tu angkut balik opis ke balik rumah terus KC

Queenie said...

bagus..bagus..rajinnya adik kakak..
er...you chinese ker? ekekek

Dr K said...

sekali sekala cuba ajak anak tan sri tu minum teh tarik kat mamak, makan nasik lemak tepi jalan...berganda lagi sedap dari makan kat hotel tu..haha

ziana said...

Dah namanyer Boss KC ooiii..Kang satgi tak patuh bahananya berganda-ganda..

faraherda.razalan said...

Tesco mmg murah, kan KC?

Amboi, kenyang ke KC dgn Caesar salad je tu? Adehhh!

PUTUBAMBU said...

rajin akak masak ek..?

tapikan..kalau tgk ahli keluarga kita suka makanan kita..
tu pun dah buat kita puas tak terhingga kan kan?
hehehe

Anonymous said...

untunglah KC kerja dgn anak Tan Sri, mesti semua best...

Anonymous said...

betul, masak sendiri jauh jimat, seminggu ni tak masak direct makan luar je, kering poket hehe

susumanis said...

:) super women , i like

Unknown said...

KITA SELLUNYA BELI AYAM KAT PASAR MALAM MESTI BELI SEKOR..KALAU KAT TESCO TAK BELI AYAM SEBAB TUKANG POTONG AYAM DIA SLOW JE..MACAM MENGANTUK JE TENGOK..

laskar pelangi said...

nak salad tu.......slurp~~~

Ztee_Azwanis said...

ohh tk reti potong erkk.. samalah kite hiksss

RynaHakimi said...

Kite pon suke beli barang basah kat tesco..memang jimat kan kak :)

Izan Ishak said...

baguslah kak chik ni...izan kalau beli sayur mesti ada lebih. tu yg jadi membazir2 sayur masuk tong sampah sbb tak termasak...

nak salad tu jugak!