Blog Ben Ashaari mcm Kedai Mamak!!

Monday, November 29, 2010


Korang rasa dia mcmana?? Hebat?? Meletop?? Dia kata baru setahun lebih sikit je umur blog dia ni. Muda lagi tu .. baru nak pandai berjln. Tapi .. Wow!! Follower dah lebih 5000, entry pun dah hampir 5000. What ?? 5000?? Wah .. kuantiti meletop!! Banyak gila kuantiti entry dia, kan. Blogger tegar la ko ni Ben!! Haha .. 


Aku rasa?? Tak yah citer arr. Dah byk kali rasaku aku tulis  kat sini dan kat sini. And finally jumpa dia kat sini.

Pada aku, Blog Ben Ashaari diterima ramai sebab Blog dia mcm Kedai Mamak. Santai lepak kedai mamak, kan. Nak ringan-ringan?? Roti bakar ada. Nak yg berat?? Nasi Bariyani ada. Sama la mcm Blog Ben. Yg berat?? Berita semasa ada. Yg ringan ?? Korang baca arr dia membebel, blh la nak senyum kambing sorang-sorang. Hehe ... Nak shopping?? Blh jugak sbb blog dia pun mcm 'brochure', byk iklan kat situ. Information counter pun ye jugak ... ada gak dia selit info kat situ.  Macam-macam ada dia ni. Oh ye, kdg-kdg dia pun buat blog dia macam ni.


Yg penting, sume org blh terima. Budak sekolah, budak remaja, yg kawin, tak kawin, yg mak-mak mcm aku, yg pokcik-pokcik dan yg nenek-nenek. Readers dia luas .. dia tak sasarkan golongan tertentu je utk blog dia ni. Sama mcm Kedai mamak, sume golongan blh terima, kan Adik Ben kan. Haha .. 


Owh .. Hari ni besssstday eh. Ok lah Dik, Happy Birthday. Moga sentiasa dirahmati dgn kasih sayang Allah S.W.T. Keep on rocking the blogging world eh. As long as niat kita baik, tak kacau org, tak maki hamun org, tak pandang rendah keupayaan org lain .. InsyaAllah ada jalan utk kita. Jgn ckp besar dan over perasan tau. Nanti Tuhan tak sayang kita dik. Alamak ...Pagi-pagi Kakchik dah membebel mcm ustazah!! Hehe .. 







You Might Also Like

20 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here