Friday, October 21, 2011

Hutang Resepi dibayar Resepi, Nora dan Meet The Bloggers

Memandangkan ai berhutang resepi, maka haruslah dibayar dengan resepi juga. Sib baik diaorang mintak resepi .. kalau mintak seorang sepiring ... *Hihi*

Ayam Goreng Kunyit 'Juicy and Yummy'
Goreng garing isi ayam yang dipotong dadu dan bergaul garam kunyit (Saya beli Chicken fillet sebab nak mudah). Tumis bawang putih, bawang merah yang dihiris pastu masukkan sebatang serai yang diketuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam tadi. Kacau rata pastu tambah 3 sudu cuka, 3 sudu air, pastu tabur sedikit gula untuk 'balance' kan rasa. Kacau rata pastu masukkan bawang besar yang dihiris, cili api, kacang panjang yang dipatah-patahkan dan sedikit tomato yang dipotong dadu. Ratakan sekejap je. Jangan lama sangat, nanti 'too dry' dan 'non juicy'. 

Blackpepper Meatball
Goreng garing Meatball dan susun dalam pinggan.  Tumis bawang besar yang dipotong dadu. Bila dah layu masukkan Black Pepper sauce jenama 'Life' dan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Kacau rata dan curah atas Meatball tadi. Sebelum tu percikkan 'Lada sulah' atas Meatball untuk 'balance' kan rasa sebab kebanyakan Black Pepper Sauce dalam botol ni sedikit manis.

OK. Siap sudah Entry Cara-cara Membuatnya atas permintaan blog reader Misz-Ella. Lauk dah siap, so boleh la ai bukak apron untuk siapkan diri dan mental untuk jumpa Nora malam ni. Esok ~ Meet The Bloggers.  Wahhh .. bizinya kau Ella. Hihi.




12 comments:

Aku Ibu Muda said...

c u tomorrow!

Gen2Merah said...

makkk aiii.. sedap nya kak chik... pandai masak.. berliur plak saya tengahari2 macam ni.. ehehehe

salam berhujung minggu (",)

najihah sahami said...

aaa..resepi first tu mish nak cuba!!!!hehehe

diana said...

mudah je..
resepi yang simple selalunya lebih enak..

azieazah said...

Wahhh mudahnya! Semuanya mesti kena kasi “balance” eh? hehehehe

apa agaknya KAKCHIK ELLA ni nak bawa ke gathering esok?

alinac lover said...

mudah je kak kan? nk try yuhuuu hehehe

kpah k-poh said...

KC SEDANG BZ KOT MASA NI...

Mama Zharfan said...

yum yum sedapnya :)
entah bila me dpt jumpa kc ni agaknya ;)

kay masingan said...

sedapnya gambar..heheh..nak try lah masak mcm ni..

Melati Qistyna's Mummy said...

Benda yg sedap Dan pantas ni harus di cuba.... :)

kakyon said...

resepi kakchik buat akk lapo. dhla lama x msk ni..mintak sepiring boleh..hehe

eiela said...

ayam goreng kunyit nih memang sedaplah. kacang dan lada tuh buat penyeri. lapar..