Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Break jap

Hari ni penuh emosi sampai gugur airmata. Terkenang peristiwa 'kehilangan' yang melukakan perasaan, yang memusnahkan harapan dan impian yang akhirnya buat aku harus pasrah dan redha dengan hanya satu Anugerah Akhirat kurniaan Allah SWT iaitu anakku Aiman.

Aku sebenarnya dah lama pasrah dan redha dengan rezeki tu tapi sesekali datang rasa bersalah dan kesian kat Aiman sebab dia tak da adik beradik. Aku sendiri 11 beradik dari dua orang mak yang berlainan. Abah Aiman 9 beradik. Memang nak sangat famili besar. Tapi tu la .. 'Rezeki Akhirat ni Allah SWT yang bagi'.  Tapi aku manusia biasa. Walau aku pasrah, walau aku redha, tetap gugur airmata bila terkenangkan 'kehilangan' walhal peristiwa tu dah lama berlaku.   Haihh .. kotak memori tak da butang 'delete'. Mana la boleh lupa kalau anak dalam kandungan yang dah 5 bulan terhenti degupan jantungnya? Aku tak percaya. Aku tak percaya cakap doktor tu. Aku takmo masuk OT. Aku jumpa Pakar lain mintak opinion sayangnya jawapan tetap sama. Aku merana bila anak aku 'pergi' tinggalkan aku dan pemergian itu bukanlah yang pertama. Aku sedih sangat. Tuhan tak bagi peluang kat aku jadi Mama untuk satu lagi anak. Aku tertekan dan kecewa. Lama baru aku dapat terima hakikat yang sebenarnya Tuhan sayang aku. Dia nak duga tahap kesabaran aku, Dia nak tengok tahap kepasrahan aku pada Dia. Aku percaya Dia adil dan saksama pada tiap hambaNya. Aku percaya cuma Dia yang tahu apa yang terbaik buat aku. Ada la hikmahNya yang aku tak nampak sekarang. Tapi tu la, sebagai manusia biasa, sesekali terkenang, masih terasa sakitnya. Tu la yang terjadi siang tadi. Tu belum lagi sindiran dari saudara mara. Biasa la, diaorang manusia biasa yang tak sempurna. Bila tengok 1 mengata, tengok ramai pun hati tak jugak suka. Manusia .. manusia. Yang betul-betul faham aku adik beradik aku je. Mak aku lagi la, dulu selalu sebut teringin nak tengok anak perempuan Kakchik macamana? Mesti cantik macam Kakchik. Camtu la dia cakap. Tapi sekarang ok dah. Dia tak sebut lagi. Dia dah terima hakikat aku dah tua kot? Hahaha.

Alalala .. sebenarnya nak tulis lain tapi terkongsi pengalaman "kehilangan" pulak kat sini. Tak pe lah .. buat kenangan kesayanganku bila aku tak da nanti. Hihi.
Hari ni lepas jemput Aiman dari school, kita sempat gi salun. Cuci rambut sebab pagi tadi lepas aerobik tak sempat nak cuci rambut sebab kena buat aksi "Emejing Res" bersiap laju-laju sebab Aiman udah menunggu. Mama salah 'timing' la arini darling. Hihihi. Eh .. bukan cuci je, trim sekali itu rambut. Tak termakbullah impian mereka berdua nak tengok kita berambut panjang ala-ala Pompuan Melayu Terakhir nampaknya ye. Sikit-sikit trim .. sikit-sikit cantas. Bila nak panjangnya? Hihihi.



16 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak chik Allah SWT bagi yang terbaek untuk hamba-hambanya. sabau ye ada hikmahnya.

Kakcik Seroja said...

Allah tahu apa yang terbaik buat Ella. Sekurang2nya Ella tetap ada Aiman. Ada yang menanti hingga akhirnya, tidak seorang pun cahayamata yang dikurniakan. Allah juga yang tahu sebab musababnya.

Kakcik redha bila Allah kurniakan kakcik dengan 4 anak lelaki. Tidak terdetik di hati kakcik untuk meminta2 anak perempuan, kerana itu semua kurnia yang patut kakcik syukuri.


Eh! kakcik pun tak pernah berambut panjang tau. :)

Melati Qistyna's Mummy said...

Allah maha mengetahui.... Byk kan bersabar ye kakchik.... :) berat mata memandang, berat lg bahu memikul.....

Abby pon sama, pjg skit je, p cantas, mmg xleh simpan pjg, rimas, panas, hahaha

Abby ade je, x update n bw sbb penat yg hr tu lom ilang....:P

azila said...

sedih plak zla baca kisah kc ni...tentu ader hikmah semuanya dan Dia tahu kc seorg wanita yg sangat tabah:)

safurara said...

akk sabar eh.anak tu tunggu akk disyurga.

el said...

tu lah mulut org xleh nk tutup..bila x kawin..tya bila nak kawin..bila dh kawin tya bila nak ada anak..bila dah ada anak..bila nak tambah pulak haiiiiiiiii x berkesudahannn...

sabarlah kc...Allah menduga pd org yg DIa sayang...kalo el pun ditmpt kc pun el rs sedih huhuhuhuhu

el stress nieh...stress ngan bs..mn x rmbut asik gugur jek hahaha

mama aini said...

sabar ya KC..anak mama 1 juga..ank ke2 meninggal masa dilahirkan & mama berpantang dlm kesedihan tanpa ank..masa tu mama skt teruk & doc..& masa dilahirkan mama diberi peluang utk memeluk baby lelaki tersebut..hu2x..sampai skrg mama akan sedih bila lalu dikawasan perkuburan dimana tempat ank mama dikebumikan..yg mama kesalkan doc.kata mama blh mengandung walaupun waktu itu mama sakit..bila ank mama meninggal diua pujuk jgn saman..hu2x..mama redha akhirnya..mama masih ingat wajahnya sampai sekarang..anak mama yg ada skrg ni gurl..biasalah mulut org KC..hanya tahu mengata itu & ini..sakit yg kita rasa hanya kita yg menanggungnya,bukan mereka..itulah hakikat kehidupan..luka dihati kita siapa yg tahu, hanya kita sendiri yg menanggung nya...sori KC ..teremo pulak mama ni..

eliyaezlinalias said...

setiap aturan kejadian tu ada sbb yg kita hanya akan tau bila tiba masanya.....

PinKy MoMMa said...

KC..ku faham erti kehilangan tu..sbb dah rasa sebelum ni..susah nak padam kan..tapi tak pela..mungkin dah tertulis begitu..Dia lebih tau apa yg terbaik utk kita..cuma terima dan faham maksud redha sebenar..

jgn sedih eh..nanti kita ternak lemak sama sama yer..tapi KC maintain selim..tu yg jeles tu! aihh..

Ct Arina said...

camtu ke kc. xpe, hope kc tabah to move on. hikmah dsebalik tu, mane taw allah swt nak kc berikan sepenuh kasih sayang pade aiman sorang. anak kc yg dah pergi tu akan tarik kc ke syurga nnt dgn izinNya =)

Liza @ Adzriel AB said...

Alhamdulillah liza ni mudah lekat, itu yg 5 org jadinya. tapi pantangnya dengar org yg perli2 pd teman2 atau sedara pasal bila nak ada anak, bila nak kahwin. depa lupa agaknya ajal, maut, jodoh tu Allah tentukan. beratnya dugaan kak chik. Aimanlah pengubat duka lara... moga Aiman tenang jawap PMR. say gud luck to him ye.

RynaHakimi said...

Sedihnya baca kisah kak chik...kagum dengan ketabahan akak mengharunginya.. Ada hikmah disebaliknya.. Semoga Allah berikan akak rezeki dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aminnnn

munna said...

TAK SANGKA KC ADA PENGALAMAN TU... SEMUANYA ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA

Qaseh Dalia said...

sabar ye sis ..
adakala kita sentiasa di uji dari saat ke saat sentiasa hidup dalam ujian ..
memang perit tapi setiap benda yang berlaku punya hikmah ..
kita tak mampu memilih apa yang kita nak .. kita hanya mampu berserah dan adakah kita hambaNYA yang baik di mataNYA hingga Allah memperkenankan segala doa2 kita .. huk2

tiefazatie said...

sabar ye kakchik..pasti ada hikmahnya..bese la..mulut org mmg xleh nak tutup kan..

Lydia Miza said...

Allah beri ikut kemampuan kita.jgn fikir2 dugaan yg lepas kak.tenang2 kan hati ye.takmo sedih.dia menunggu di syurga.akak beruntung ada penghubung ke syurga nnt