Udang Asam Nyonya & Dory Fillet Sweet Sour

Thursday, October 20, 2011

Menu lunch hari ini dan semalam. Kita dah terbiasa dengan rutin Main Masak-masak pagi-pagi. Kadang-kadang bila terlalu penat, masa nak tido malam terfikir gak "Esok aku tak nak masaklah". Tapi bak kata Aiman  .. Kalau mama cakap camtu jangan percaya sebab dia tetap akan masak jugak. Aiman betul. Kita rasakan,bila kita buat apa yang kita suka dengan ikhlas dan rela, kita akan enjoy dan hepi membuatnya. Sikit tak rasa terbeban.

Dory Fillet Sweet Sour ~ Potong dadu Kepingan Dory, salut dengan tepung jagung, goreng garing. Tumis halia, bawang putih dan merah sampai naik bau. Masukkan Cili sos + Tomato sos. Kacau sebati dan rasa. Last sekali masukkan Tomato, Carrot, Timun dan Kepingan Nanas yang dah dipotong dadu. Hmmmm .. feveret Aiman ni.

Udang Asam Nyonya. Resepi dari Cik Mat Gebu. Blog CMG feveret kita untuk rujukan saat 'blurrr' tak tau nak masak apa. Kita follow blog CMG sebelum kita ada blog lagi. Tapi rasanya yang ni 'too dry' atau terlebih garing. Serius sedap resepi ni. Korang cubalah.

Hari tu ramai yang tanya camna rupa Ikan Dory. Ikan dah siap goreng baru teringat nak ambek gambar. Macam ni la rupa plastik dia. Buat yang bertanya tu, cuba cari kat Frozen Dept mana-mana Supermarket. Mesti ada.

Eh .. Hari tu ada yang tanya Resepi Ayam Goreng Kunyit Juicy n Yummy dan Meatball. Nanti kita bagi eh. Hari ni ada 'down' sikit.  Bulan nak bertamu barangkali?









You Might Also Like

16 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail