Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Meet the Bloggers ~ How i feel like joining the Gathering & The Bloggers

Ohsemmm!!! Wahahaha .. saya pun baru belajar perkataan tu dari Dr. Faiz hari Isnin lepas. Pastu gediks pinjam buat Mukadimah entry. Hihihi. Harini saya nak cerita panjang lebar tentang Bagaimana saya boleh tertarik hati untuk join Gathering ini*which i never did*

Saya pembaca setia blog Dr. Faiz setelah saya jumpa link dia di blog Ati Masrif. Blog dia ohsemm ok. Gaya  bersahaja, mudah difahami, santai, tak da maki-maki, tak da bahasa yang tak enak didengar dan tak sedap dibaca.  Itu ciri paling utama yang buat saya jatuh hati. Being seorang yang 'pemalu tapi mahu' saya berani kan diri komen "Boleh ke saya join Gathering ni?" dan dijawab "KC, u are welcome to the gathering" oleh Dr. Faiz di kotak komen blog saya. Wahhh .. level of confident ada sikit naiklah bila dapat positive feedback camni. From thereon, saya follow perkembangan Gathering ni di blog Dr. Faiz dan Kakcik Seroja.

Saya sebenarnya baru follow blog Kakcik Seroja walaupun sebelum ni pernah nampak banner blog dia di blog Cik ToyolKiut*mana kau TK .. lama tak menulis* Memang stail saya takkan terus follow sebaliknya saya akan ikut entry-entry blogger tu dulu. Bila makin  cinta, akhirnya saya follow blog Kakcik yang penuh dengan cerita kemasyarakatan dan tauladan.  Percaya tak yang saya pergi ke Blog Kakcik Seroja banyak kali dalam sehari sebab selain sukakan entry Kakcik, saya pun sukakan Blog List dia. Dari blog list dia saya ke blog Kak Azie, Cik Ina*padahal dia selalu dtg blog saya tapi disebabkan url dia Crazymoney, saya takut nak pay a visit. Url blog scary .. Saya ingatkan "AhLong". Hihi. Saya juga kenal Kak Kak Kunang-Kunang, Mama NorLara, CeritaAana, AinnNoraini dan ramai lagi dari blog Kakcik Seroja. Banyak betul jasa blog Kakcik Seroja kat saya ye. Cayang Kakcik. Meh peluk cium meh. Muahhh*utk Kakcik seroja je tau*Hihi. 

OK. Habis sudah cerita how i feel like going to the Gathering kita terus ke Entry Bergambar ni. Gambar pertama entry ini diberikan kepada Mummy ZZ permaisuri di hati Dr. Faiz sebagai penghargaan*ke bodek sebab guna perkataan 'ohsemmm' tanpa kebenaran? haha* Mummy ZZ peramah. Saya sebenarnya malu masa makan beradap semeja camtu. First date la katakan. Sib baik ada Mummy ZZ yang pun malu-malu kucing macam saya jugak. Ada le geng yang se 'feel' dengannya. Hihi.

Bila Kakcik Seroja memangku baby comel ni dan kata "Kakcik beranak kecik ni Ella .. saya blurr sekejap. Dalam hati berkata " Apsal aku macam pernah nampak baby botak ni?" Hihihi .. nampak dlm blog Dr. Faiz rupanya. Zayyan tersangatlah 'ohsemmmm'. Pink ok baby ni. Mummy ZZ makan apa masa pregnant dulu sampai dapat anak kulit segebu ini ye?

Dato' LF yang sempoi dan 'ohsemm'. Dia tegur hampir semua orang di Gathering itu termasuk lah saya. I wish that everybody at his status has a same character like him. Humble, friendly and approachable. Dato' bukan sahaja ingat rupa saya tapi dia juga ingat nama blog saya ~ Dari Jari-Jari Halusku. TQVM Dato'. Appreciate it very much.

Hanis Azla ~ Dari entry dia, saya bayangkan Hanis kecik, berkaca mata, lemah lembut dan berjiwa halus.  Rupanya dia besar sikit jer dari saya dan paling best tekaan saya yang dia lembut dan cantek tepat. I wish i'm that soft spoken tapi ... saya brutal. Hihi. Hanis antara orang yang saya nak jumpa bila saya dapat detect dia bakal hadir di Gathering ini. Thanks Hanis tegur KC dulu. U memang ohsemmmm!!

MDT ~ Ohhhh .. dia memang kesayangan saya dari dulu. Saya keluar dengan dia sekali sekala dan pernah bertamu ke Kg MDT di Teluk Intan. MDT  meniupkan extra semangat untuk saya datang ke gathering ini sebab saya tersangatlah pemalu, tak cukup konfiden dan berdebar-debar*Mengalahkan 'dating' dgn cik abang dulu*Hahaha.

Ati Masrif ~ "Eh .. Ati pun ada. Bestnya" ~ Camtu la kata hati saya bila saya nampak pengesahan kehadiran Ati di Entry Kakcik Seroja beberapa hari sebelum Gathering.   Dia antara pembaca blog saya yang setia dan antara yang paling lama menjalinkan ukhuwah dengan saya. Bila ternampak kelibat dia haritu, hati saya berbunga-bunga. Rasa nak jerit dan lambai "Atiiiii .." pastu nak terkam peluk cium dia depan orang ramai. Tapi .. mana boleh, kan. Ati manis dan lembut. Saya terpegun.

Dia ni pun saya nak jumpa sebab dia sangat 'friendly' dan mesra di Blog saya. Dia panggil saya 'Akak'. Senyuman Azian ikhlas dan manis. Saya respek dengan kegigihan Azian dan famili yang sanggup meredah traffik hampir 2-3 jam*termasuk masa tambahan untuk sesat* semata-mata untuk menghadiri Gathering ini. Tabik spring la kat Azian and famili.

Akak apron merah a.k.a. Kak Azie ~ Glamer ooo akak ni. Sume orang kenal dia. Saya terkejut bila ketibaan saya disambut dengan panggilan mesra "Ella ...  dan dipeluk cium manja oleh akak ni*mcm dah kenal 10 tahun*. Saya kaget dan tanya dengan malu-malu " Sapa eh ". Boleh pulak dia jawab "Sapa-sapa lah. Ko bawak apa? Meh sini". Amboiiii ... Hihihi. Kepala Kak Azie best. Dia bukan "Makcik skema" tapi dia  sporting. Dia penyeri Majelis, orang kuat Kakcik Seroja. Cayang akak ketat-ketat.

Uncle Gedek ~ Tak susah nak kenalpasti dia sebab dia sebijik sama dalam blog dan kat luar. Tapiiii .. takut nak tegur dia walaupun blog dia saya enjoy. Boleh gelak sorang-sorang baca entry dia sampai Opismet tanya "Nape kau? Gila ke gelak sorang-sorang?" Sebenarnya saya dah banyak kali pegi Blog dia tapi tak berani komen. Macamana aku nak komen beb .. muka dia scary ok.  Lama-lama baru timbul berani. Bila nampak kelibat dia, saya tunduk, takut dan segan nak bertentang mata. Pastu saya dan MDT duduk belakang meja dia. Duk baik-baik macam pengantin. Nak angkat muka malu. Nak keluar suara macam ada batu. Sekali Uncle toleh dan "Asalammualaikummmm .... " Wahhh .. dia tegur lah. Saya direct tanya "Uncle Gedek, kan". BTW, Gedek tu seerti dgn gedik "versi" lelaki ke Uncle? Sebenarnya masa dalam kereta saya dan MDT bercerita tentang Uncle yang serius dan tak pernah senyum. Bila Uncle Gedek senyum haritu saya terus komen .. Eh .. Uncle boleh senyum rupanya. Mahal ooo senyuman dia, kena face to face baru boleh nampak. 

Kakcik Seroja dan husband, tuan rumah yang sangat peramah. Dari dulu lagi saya suka tengok airmuka 'mak-mak' Kakcik. Blog Kakcik saya suka. Tenang, damai, berhemah, berbudi bahasa. Saya jatuh cinta dengan keperibadian Kakcik dari entry-entry dia. Ralat sangat tak dapat berbual lama dengan Kakcik haritu. 

Wani Si Ibu Muda ~ Dia bukanlah asing dalam hidup saya. Kitorang main SMS pukul 12 malam ok. Saya suka suara dia, budi bahasa dia dan kelembutan dia. 
Kitorang memang dah lama mesra.

Blogger-blogger lain yang saya baru nak teroka blog mereka seperti Anaa, Ainnoraini dan lain-lain .. harap-harap pasni boleh lebih mesra macam dengan yang lain-lain*Thanks korang sebab tegur KC dulu*

Hahhhh .. Auntie Nani ~ Antara orang yang buat saya berkobar-kobar jugak nak gi Gathering ni. Saya teringin sangat nak jumpa dengan mama kepada blogger Peej Burhan ni. Saya suka baca entry dia yang down to earth dan ada jiwa. Saya respek dengan kegigihan Auntie yang datang meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan. Saya follow blog dia dah lama.  Alahaiii .. ruginya tak dapat rasa Nasi Lemak Sambal Daging auntie haritu.

Buat kawan-kawan baru seperti GadisBungaBujal-XNasi Kerabu Buah TanjungMaszer, Kasihibu, akak nyanyisunyi*unik la nama blog akak* Putubambu*thanks tegur KC dulu*, Dr. Hanie~ Hai .. Hai .. Hai semua. Bakal teroka blog u ols dengan lebih lagi selepas ini ye. Owh .. BTW, Ghostwriter pun ada haritu tau. Tak sangka dia ada kat situ. 

Tapi saya terkilan Mama Nor Lara tak ada sebab saya teringin nak jumpa dia. Eh .. Juneaina ada tak aritu? BTW, buat yang baru kenal, This is for you.

Saya sebenarnya dah mula "excited" nak ke Gathering ke 2 di rumah Dato dan Datin di Bdr Baru Bangi. Saya nak borak dengan Datin*hari tu tak sempat*. Saya ada banyak benda nak tanya Kakcik Seroja dan Kak azie. Saya ada benda nak tanya Hanis. Saya nak tanya Dr. Faiz macam-macam. Saya nak tau pengalaman mereka-mereka yang lebih tua dari saya. Pengalaman mereka berharga, tak ternilai dengan wang ringgit. We should learn from the eldest. Betul tak?

Hurrmmmm .. Ok lah. Rasanya ini antara Entry paling panjang saya. It took me 3 days to finish the Entry*sebab buat tinggal .. pastu sambung lagi dan lagi*Hihi. 




36 comments:

Ibu Muda 30series said...

kakchikkkkkkkkk

huhuuuu

sedih niiii

dh tak dpt jumpa lg kat rumah Dato'LF tu

:((

*mode nanges dlm hati*

Unknown said...

SALAM,
PANJANG N3 INI. SERONOK DAN PUAS MEMBACANYA. RASA MACAM SEDANG BERADA DI TEMPAT GATHERING. AMAT BERGEMBIRA DPT BERTEMU DAN BERKENALAN DGN KCE. TO DESCRIBE U ..... WAIT TILL WE MEET IN BBB ...
ADA N3 BARU DI BLOG LF. TAKE CARE

Cik Ina Do Do Cheng said...

complete set entry ni pasal gathering. seronoknya.lenkali InsyaAllah cik ina join. Kak chik jangan risau cik ina pun tak suka blog yang tambah $ $ tu.kui kui

bujal X said...

saya da lama follow blog akak~~tapi senyap2 je la~keh keh~

qemaishak said...

kakchik..keinginan nak join next gattering kuat nih tapi qema ni penyegan orangnya, kalau dah kenal cakap tak benti pulak hehe..

Anum Shukri said...

Salam..
wah!seronok baca n3 ni...mesti seronok jumpa rakan2 bloggers kan???

el said...

wahhhh sgt OHSEMMMMM sekali
ni yg buat el jeles 18xganda nieh
sib bek mamanorlara xde..kalo ada..44mlm x tido lena kahkahkahhhhh

Kakcik Seroja said...

Ellaaaa....

berair mata kakcik baca catatan Ella ini. Sangat2 terharu dan masih terasa2 keriangan di majlis itu. Maaf kerana tak sempat nak borak lama2 dengan Ella dan Fairuz. Nanti kita jumpa lagi ya. Ella jangan serik tau. :)

INNANIE ARIFFIN said...

alaaa seronoknya kak cik.. mesti banyak cerita kan... what a nice moment kan...

ayeesha anna said...

beshnyee gath blogger

Unknown said...

bessnyer kalau dapat meet all the bloggers

faraherda.razalan said...

Nie yg bt semangat sy membara nak jumpe blogger2 sekalian. Tapi sy ade penyakit malu/segan. Mcm ne ni KC? hiks!

Hajjah Noraini @Nanie said...

Emmm...auntie sangat terharu masa gathering tuh, rasa seronok tapi tak dapat beramah mesra disebabkan keadaan kesihatan auntie tapi tak serik, auntie juga berkobar2 menunggu 2nd gathering di rumah Dato nanti.

Anaasuria said...

KCE, that was a 'complete' description of everybody hihi.. tak bekedip baca.. tapi jap2 kena switch window, sebab boss lalu lalang lak pagi nih.. haisshh.. tengah syok2 baca, ada sajer gangguan.. hehehe..

nanti kita bermesra lagi ye kat BBB.. tetiba lak tak sabar..:)

Melati Qistyna's Mummy said...

Owh, inilah n3 yg ditunggu2 tu, mmg berbaloi2 la kc... :)

Anonymous said...

terharu baca entri KC kali ini..mcm tribute utk kawan2..luv u lah! :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak ajak gua

Hudalatip said...

Rasanya kalau kita ada peluang nak jumpa pun kita segan laa..tapi seronok nengok gathering cam ni kan..

JunAina said...

memang jelez tengok gambar2 kat atas. Aina akan make sure kat BBB nanti boleh pergi...insyaallah...

boleh kenal2 dgn KCE yg vouge gitu...

h4ni3 said...

wah wah.. entri 3 hari 3 malam yg sangat mantap!

hai hai hai KC
peluk cium di alam maya (hari tu nak peluk betul2 malu n tak berapa kenal ;) )

azila said...

cakkk..kcccccccccccccc.lamanya xbersua dan bermain2 disini.heheh...ingat sy lg tak?

norh said...

hu hu hu..lihat dari kejauhan..

ziana said...

Bestla KC..siap ada cerita lagi...

MasZuber said...

*best dpt jumpe akak*

Lida Rahim said...

bestnya kalau dpt jumpa KC nak peluk ketat2.. hehe tp LR pon penyegan gak nak gi majlis2 camni.. tp BBB dah dekat ngan umah LR.. hmmmm

laskar pelangi said...

akak! bestnyeeeww dapat jumpa depan2 =)

Ati Masrif said...

ini betui2 punya ikhlas dari
hati tau ella..3 hari 3 malam

emmm...mana satu GW tu?
yang pakai serba hitam kan :)

kella said...

lahai... seronoknya.. sana sini orang menceritakan tentang gathering ni! best sungguh! nak join la pada 18hb 11 ni.. boleh??....

eni osman said...

salam...hi ella...bestnya dpt join gathering among bloggers kan...nanti boleh bw blog2 yg ella tulis tu...nmpknya we all kena set gathering utk bloggers di Penang pulak....:)

uncle gedek said...

patot pon masa uncle bagi salam, kamu tak jawab! Kamu takot rupanya!

hahaha!

akuzle ayu said...

ahduiii, KCE weh!! naip tigo hari, baco mau duo minggu neh...huuhhuu.. 'bunga' tuh KCE tuko ker 'buah' br btui. psl buah bole mkn. bungo cium yoo..heheehe

Puan Eka said...

gelemer gitu ungkel gedek..
kehkehkeh

akak pun takut ye dgn angkel..

hehehehe

Unknown said...

assalamualaikum...

kakak ella, eh!!
ayu tiak betul ker?
atau kakcik juga?
nanti terkonfius pula dengan kakcik seroja..
heheheh

salam perkenalan ya

ayu nie bila baca ttg gathering kat rumah kakcik seroja terus rasa sangat jeles..
pintu doremon ayu majuklah 23 hb tu....

hahahhahahha

eh!!
nak boh blog kakcik dalam blog ayu ya, nanti tak lupa.. faham2 jerlah.. ayu nie sangat sibukkkkk.. hahahha

faeez said...

pehhhh...bestnya...dpt jumpa uncle gedek live...

gadisBunga™ said...

fuh. panjang. mantap! puas hati baca! hihihi~

*seronok juga jumpa kakcik ella haritu. dalam hati tertanya2 - nape saya tak kenal kakchik dari dulu? :D

Uji Hussein said...

teringin sgt sis nak join tapi siapalah yang nak kenal denganku. ( baca dengan nada sedih)