Baru-baru ini ada yang tanya ~ Apa Rahsia Kekal Anggun saat usia menghampiri "Life Begins at Forty". Tak da apa-apa. Saya biasa je, tak jauh beza dari anda semua. Mungkin lebih teruk sebab ada masanya dengan cik lipstick pun nafsu tak ada. Saya 'jeans addicted and fans of T-Shirt'. Kalau keluar, selesa dengan selipar or 'sandal' sahaja. Susah nak tengok saya begaya beria-ia. Kasut 5 inchi? Owh .. itu zaman gediks anak dara dulu, Sekarang tidak lagi.
At work.
Saya bizi pagi-pagi. Nak kejar dapur lagi, nak hantar anak sekolah lagi, tak cukup masa nak mekap segala. After all tak minat pun nak mekap beria-ia. Biasanya camni jer le ~ Bedak, lipstick dan celak.
At home after shower.
Saya tak kedekut untuk 'share' dengan readers tapi 'a bit worry' nak bagi tips 'openly' sebab takut disalaherti. Kang ada yang kata 'Eleh .. perasan cantek', 'macam bagus' atau 'syok sendiri'. Hihi. Tapi demi readers yang saya sayangi, jom kita berkongsi sedikit Tips di sini.
Paling penting jaga kebersihan kulit. Pilih skincare yang sesuai, rajinkan diri pakai 'moisturiser' untuk elakkan kulit kering terutama 'Working woman' macam saya sebab kita sokmo duk dalam aircond. Kalau badan nak sentiasa muda boleh kita sentiasa bersenam. Untuk muka .. tentulah dengan memakai produk yang bersesuaian dengan kita. Sesekali luangkan masa untuk menjalani rawatan muka di salun. OK. Itu penjagaan luaran ~ Colek sana colek sini .. colek tiap sudut muka kita dengan produk yang sesuai.
Dulu, bila dengar orang kata kecantikan harus lahir dari dalam, saya geli dan tak percaya. Tetapi setelah saya berubah ~ menenangkan jiwa dan rohani dengan buang sikap cepat marah dan melatah*ini sikap buruk masa muda dulu*, amalkan sikap sentiasa bermuhasabah, berfikiran positif, cuba kikis perasaan iri, amalkan sikap bersederhana tidak over sepertimana yang dituntut agama, saya rasa lebih tenang. Saya elakkan rasa iri, cemburu, dengki dan sakit hati dalam diri sebab pada saya, benda-benda itu semuanya buat jiwa kacau. Jiwa yang kacau akan jelas terpancar di wajah kita. Macamana nak nampak serinya kalau jiwa sentiasa kacau, kan? So, Tips yang ke 2 ialah Jiwa yang tenang. Ini dalaman ye. U have to work on it on your own. Orang lain tak boleh tolong.
Tips ke 3 untuk jaga kecantikan dalaman ialah dengan membuang kotoran dan toksin dari dalam badan kita melalui proses De-Tox. Bukan tiap-tiap hari tetapi sekali sekala. Ada banyak jenama di pasaran. Pilih yang sesuai. Beli di Farmasi yang terkenal dan dipercayai. Kebersihan dalaman menjana kecantikan luaran*Ecece .. ayat power ala-ala Kempen Kesihatan anjuran Kem. Kesihatan. Hihi* Owh .. BTW, untuk readers saya yang selalu tanya camna nak dapatkan kulit halus macam KC, inilah petuanya ~ Buang kotoran dari badan melalui teknik De-Tox. Jerawat dimuka sebenarnya berpunca dari kotoran dalaman. Kalau setakat cuci muka tapi dalaman tak jaga, tak berkesan jugak, kan. So, jom kita jaga dari luar dan dalam. Jangan lupa minum banyak air jernih tak berwarna*mineral water*. It helps DeTox process.
Satu lagi .. ambillah 'Food Supplement' atau Makanan kesihatan yang bersesuaian dengan tubuh badan kita untuk menjaga kesihatan dan kecantikan badan dari dalam. Ada banyak produk. What suits me doesn't means suits you too, right. Rajinkan diri buat ujikaji di badan sendiri.
Last sekali, beri peluang kepada badan untuk berehat. Dapatkan tidur yang cukup. Dont overstress our body. Hmmm .. cukup lah setakat ini. Nak tau lebih-lebih kena cerita 'privately'. Hihi.
22 comments:
Dari muda sampai sekarang, kakcik adalah seorang sangat tidak akrab dengan alat solek. Dulu2, pernahlah juga bersolek ala kadar bila nak keluar 'berdating', tapi kena tegur pulak dengan En. Pakwe (sekarang suami) - katanya 'kalau kelip2 mata, macam nampak sama dengan yang dekat Bt Caves tu'...sampai hati, kan? ;-)
hehe klakar baca komen kakcik tu..
qema pun xsuka mekap, mgkin xde masa kot, lagipun leceh nak removal mekap time nak solat..
Setelah face to face dengan kakcik ella, nasihat saya kepada bloggers sekalian, ikutilah nasihat beliau...:)
tumpang gelak jugak dgn kakcik punya komen
kelakar enpakwe kakcik..
sya jenis tak mesra jugak dgn pencuci ke penjagaan muka, tp memang wajib basuh muka
satu lagi enpakwe kata muka tak ada masalah , tak payah guna apa apa
habis camno? gitulah nasihat dia kalau tanya nak beli jenama apa untuk muka
agaknya dia tengok macam macam set ada, tp rajin guna masa baru baru je lepas tu dah jadi alat mainan si KC
tumpang gelak jugak dgn kakcik punya komen
kelakar enpakwe kakcik..
sya jenis tak mesra jugak dgn pencuci ke penjagaan muka, tp memang wajib basuh muka
satu lagi enpakwe kata muka tak ada masalah , tak payah guna apa apa
habis camno? gitulah nasihat dia kalau tanya nak beli jenama apa untuk muka
agaknya dia tengok macam macam set ada, tp rajin guna masa baru baru je lepas tu dah jadi alat mainan si KC
wah! bukan senang org nak share beauty tips okeh!
kalo kc yg bg petua & tips wajarlah dicontohi SEBAB kulit beliau memang sgt chantek!
mulus! bersih! and 1 more important point is...jumpa pas gym pon wangi nyer tetap maintain!!! ni pengalaman peribadi neh tau....mmg terbaekkkkkk...!
Sy rs, sy ada masalah toksin dlm badan. Kena detox gak nie. Adehhh!
Sy pun tak suka mekap. Sy rasa rimas. N sy bukan seorang yg rajin. Bila nak wuduk, payah nak cuci seme. Kang dah cuci, amik masa lama. Leceh, kan?
Hiks~
@ Kakcik seroja, ella pun susah sgt nak suruh mekap. BTW, komen abg kakcik tu sgt kelakar!! hahaha
@Qema, that the point. susah nak wuduk kalo mekap beria-ia.
@DaddyZiyyad .. TQ.
@Kasihibu .. alahai. nak wat camno, anak2 kasih ibu kreatif belaka, kan. Hihihi.
@Eliyaezlinalias .. Tq darling. Ada gak petua org lama yg KC amalkan. Later2 jumpa kita cite ye.
@Fara, btl. itu sebab utama KC malas nak mekap beria-ia. nak wuduk. pas solat nak colek sana sini balik .. masa tak ada.
nak korek2 lg petua KC.. :)
SALAM,
SERONOK MEMBACA N3 NI ! KAUM ADAM YG MUDA2 TU JUGA ELOK DIBERIKAN TIPS !
kak chik, fai sokong sgt ape yg kak chik tulis tu. memang betul pun... hihihi.. ade petua lagi shre la yerk... ;)
KCE...aina dulu2 cuci muka ikut sedap je kekadang ngan sabun lux pun jadikkkk...
skrg kulit jadi sangat sensetif, kalau salah guna produk memang menderita berbulan2...
abah pakai sabun mandi je cuci muka.hehhe
tq sudi kongsi rahsia tu..nk jugak cantik dan berseri2 mcm KC tau..harus kite buat mcm ni...
haii...saye ni dah semakin hampir nak masuk angka fourty nii...huhuhu..
wani tak pakai apa2 skang ni, infact dari dlu dah mcmni
tu pasal kulit 'chantekssss' je hitam kelat
hahaha
Ella, kita pun tak mesra alam ngan mekap.. kalo pakai celak mesti pastu pedih2 mata (agaknya sebab cap ayam kot).. kalo boh bedak, mesti pastu kulit berpeluh2..hihi.
agree ngan tips kecantikan mestilah bermula dari dalam..:)kalo hati bersih, sampai ke muka2 nampak bersih.. hihi..
kenalah ikut petua ella
lebih2 lagi bab senam tu..hehe
bagus tu kak chik tak pakai kasut 5 inci, jangan jadi cam anak perempuan cik ina sekarang dah sakit belakang sebab pakai kasut tumit tinggi 5 inci-baru 21 tahun tu.
banyak tips berguna ni...tq kc
kak ida dah melebihi angka 40an..dah nk menjangkau 50 pun hehehe..bnyk sgt berfikir pun boleh buatkan kita stress kan ella.
@Kak Ida, btl tu kak.
el plak jarang makeup even g ofis pun x makeup..hahahah giler malassss...el lgsg xde pencuci ke pelembap ke sebrg losen tuk muka...tp kalo ada function2 baru pki makeup..hehehehe..kalo nak kuo jln2 pki calit blusher lipstik jek...
Post a Comment