Kesian kawan saya. Walau dah diberi peluang ke dua pada si Dia, dia masih merana. Berbekalkan kasih yang masih sedikit bersisa dan sedikit harapan untuk melihat perubahan, maka dia terus bertahan.
Bila akal dan bahu tak larat memikul beban, kawan-kawan rapat sasaran tempat meluahkan, tambahan lagi keputusan yang diambil telah membuatkan dia dibuang keluarga sendiri. Sabar .. Hanya itu yang mampu terluah dari bibir teman-teman. Aku doakan kau tabah dan kuat. Teruskan berdoa dan berikhtiar kerana itu pilihanmu. Percayalah Allah SWT mendengar tiap rintihan dan permintaan hambaNya yang tidak pernah putus asa. Moga luka-luka yang kau alami hari ini akhirnya bakal bertukar menjadi bahagia. Amin.
15 comments:
amin.. insyaAllah ada kebahagiann disebalik kedukaan tue
belajar dari pengalaman .. sabar lah ujian menghampiri di segenap ruang , kita pilih .. kita punya risiko
moga mendapat ganjaran pahala dan sinar kebahagiaan atas ketabahan dan kesabarannya..amin.itulah nasib kita...huhu, KELUARGA mana??? siannyer!
PR pun pernah di buang keluarga kerana satu keputusan. Tapi akhirnya mereka bukak mata serta terang ati. Akhirnya menerima kembali. Bahagia sangat...
Semoga bahagia akan menjadi miliknya juga.
kenapa dgn kawan akak tu? hopefully kawan akak akan ok dan masih beruntung sbb masih ada kawan2 mcm akak..
thanks akak singgah & komen entry mekchu :)
setiap penderitaan ada kebahgiaannya
KC...
luka2 bahagia????/addehhhhh
kakchik pg kan hr ahad ni?
sy pun luka2 bahagia jugak nih kak....adehhh...tapi luka2 jek...bahagia belom lagi...huhuhu
insyaallah, akan dtg bahagia utk teman kc tu nnt =)
semoga bahagai itu segera hadir...amin~~~
KCE...setiap derita akan dibayar dengan kebahagiaan di penghujungnya. insyaallah...
paling perlu kuatkan semangat dan tingkatkan kesabaran.
semoga kawan KCE tu akan terus bersabar.. insyaALLAH akan ada jalan keluarnya nanti.. apa pun masalahnya, ia bersifat sementara... terus kayuh..
Pengalaman adalah guru paling bagus! Tak apa, setiap yg terjadi pasti ada hikmah.
itulah gunanya kawan kan
waktu susah dan senang...
ella lama dah ati send rqst
kat FB
ahad ni dtg tak..teringin nk
jumpa ella yg cantik ni :)
semuga kebahagiaan akan jadi milik abadi dia utk selamanya...amin..
Post a Comment