Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Boleh Berubah ~ Part 1

Manusia boleh berubah dan mengubah keadaan dengan izin Allah SWT. Peristiwa silam dan kenangan lalu yang meninggalkan kesan dalam hidup kita bakal menjadi titik permulaan ke arah perubahan itu.

Misalannya, masa kecik dulu, hidup kami sefamili tak seperti hari ini. Kami sefamili seramai 8 orang tinggal di rumah Flet DBKL 2 bilik yang kecil. Susah hidup kami masa tu. Pernah tak makan nasi. Situasi pergi sekolah tanpa wang saku, baju sekolah yang lesu dan kasut sekolah yang berlubang 2 penjuru ~ biasa buat kami. Walaupun begitu tetap kami 6 beradik 'menjadi'. 

Masa tu, tiap kali tengok Rumah Teres 2 Tingkat, terbayang keselesaan dibandingkan dengan Flat kecik kami. Hati mula memasang impian ~ Satu hari nanti, aku mesti nak duduk rumah macam tu. Kami bertekad, nak ubah nasib keluarga. Tak mahu generasi seterusnya mewarisi kesusahan dan kepayahan lalu. Kami berusaha kuat. Siang belajar, malam tolong mama buat kueh untuk dibawa ke Kantin Ofis pastu sambung study. Kak Yang saya paling kuat belajar, bangun pukul 2, 3 pagi untuk ulangkaji, biasa buat dia. Kesungguhan mama dan abah mencari rezeki menjadi inspirasi. Pesanan mama jadi pegangan ~ "Mama tak da harta berjuta. Kalau mama dah tak da nanti, hanya ilmu dan pelajaran sahaja bekalan buat korang". Alhamdulillah. Tuhan makbulkan cita-cita dan doa kami. Rumah Teres 2 Tingkat dah dimiliki. Impikan banglo suatu hari nanti*Wahhh .. tak bersyukur ke?*Ishhh ..

Misalan yang ke 2 ~ Kawan saya mengalami hidup huru hara di zaman kecilnya kerana perpisahan ibu bapanya. Now since she has her own family, dia bertekad untuk beri anak-anaknya kehidupan yang harmoni dan bahagia tak seperti yang dia lalui dahulu. Niat yang baik, InsyaAllah diberkati. OK. Dua contoh cukup sudah. Bakal kembali lagi dengan Contoh-contoh berciri Nostalgia tentang bagaimana kita boleh berubah dan mengubah keadaan dengan izin 'Dia'.  


* Semalam mematangkan, semalam mendewasakan. Semalam merubah segalanya dan menyuntik kekuatan*. Jadikan semalam pengajaran.

19 comments:

eliyaezlinalias said...

stuju sangat! sbb tu la selagi daya berusaha mau anak2 senang di masa depan...tak pernah berpuas hati dgn apa yg ada kerana masih mahu BERUSAHA...

Anonymous said...

syahdu baca, Allah tak akan mengubah nasib seseorang kalau dia sendiri tak berusaha untuk berubah

alhamdulilah kan kc, wah jom kc kita pakat beli banglo sebelah menyebelah, boleh pas2 makanan nanti hehe

Anonymous said...

kegagalan dan pengalaman semalam adalah guru yg terbaik..

KC leh jadi pakar motivasi part time nih :)

mama aini said...

sob2x..ya KC banyak kenangan pahit & manis yg kita hadapi !!..begitu juga mama,berliku sekali perjalanannya..mama bersyukur sgt dgn apa yg mama ada..dan mama redha juga dgn hidup mama skrg ni..

Melati Qistyna's Mummy said...

pengalaman menjadikan kita lebih dewasa & matang....

Hudalatip said...

yea keadaan semalam boleh mengubah kita pada hari ini iallah..

Lydia Miza said...

kesusahan lalu buat kita bersemangat nak hidup senang di masa akan dtg

azian said...

kakchik...
bagusnyaaaaa....sentap kejap acik yan ni hah...tapi kdg2 ade je org yg lupa kisah semalam utk jadikkan pengajaran....huhuhuhu

Ibu Muda 30series said...

hurmmmm...mmg sentiasa berusaha untuk memastikan kehidupan ni lebih baik dari dulu

Pinkish Mumma said...

seperti kisah sy..Alhamdulillah..even xde lah blajar setinggi KLCC...pangkat tidak sebesar mane..yg penting jgn riak dan truskan berusaha...

ayeesha anna said...

loikeee

qemaishak said...

berusaha selagi terdaya..
org kata susah dulu senang kemudian..
insyaAllah.

Ardini Humaira said...

xboleh putus asa ;)

Uji Hussein said...

Pernah kenal seorang yang alim tapi hampir2 murtad gara2 cubaan dlm hidup.

Ezzah Aziz said...

Hidup kita umpama roda...tak semestinya kita di bawah selalu. rajin kunci kejayaan....apa pun syabas pada mama hang...berjaya didik anak anak menjadi sempurna

norh said...

yang penting, usaha dan doa..

el said...

betul tu
jdkan pengalaman dulu sbg pembakar smgt..apa yg penting tanpa usaha tiada apa2 hasilnya

Unknown said...

btol tu kak

ummi_khalish said...

assalamualaikum kakchik@ella,selamat pagi...hidup x selalunya indah..adakalanya kita di atas,adakala di bawah yang penting mesti ada DUIT..Doa,Usaha,Ikhtiar dan Tawakal...(tersyahdu bila baca kata2 mama kakchik..kata2 azimat dari ibubapa adalah penguat semngat kita kan?) semoga kakchik ceria selalu..