Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Makanan Raya Hari Ini

Hari ni hari raya buat kawan saya ~ Revathy dan Rajendran. Sekadar menyebut dua nama, cukup lah kan. Kalau nak disebut semua yang dikenali dari kecik sampai besar, 'jam' mau Memory Card saya dibuatnya. Hihi.


Sempena Deepavali, jom makan Roti Sardin dan Tosei Bawang sambil pakai "Sari". Hihi.

13 comments:

laskar pelangi said...

yummyyyy...sedap tu =)

Yana Houry said...

alamak...sedap la plak, dah lame xmakan roti sardin...

eni osman said...

salam..hi ella..suka capati dgn rendang......tapi kalau raya depa suka makan muruku....

uncle gedek said...

nak pakai sari jugak, lah!

ct N honey said...

byklah mkn kari hari ni ye?

ummi_khalish said...

sedapnyer capati tu..kat mesir xde pun perayaan tu tapi hrni dil masak kari ikan kak..nyum nyum....

eliyaezlinalias said...

Suka tosai tp x suka bawang hehehe

ana said...

salam..ni kali pertama saya komen..taktau nak panggil akak apa..kak chik ke..kak ella ke..selalu silent reader saja..kadang2 tulisan akak boleh tenangkan jiwa saya hadapi kehidupan..

cuma nak tanya pandangan akak..saya ada kawan yang telah burukkan nama saya pada rakan2 sekampung..dan kawan2 lain hanya dengar cerita pihak dia saja tapi tak dengar cerita sahih daripada saya..

puncanya saya tak berapa nak layan dia sebab dia suka bercakap bohong dan suka mengumpat..kalau bercerita nak up saja padahal tak betul pun apa yang dicakap..jadi saya tak suka nak rapat sangat dengan orang macam tu..jadi dia sebarkan pada orang yang saya ni sombong dan kekwat dengan kawan2 lama..

saya dulu kat sekolah pendiam sikit..jadi tak rapat sangat la dengan kawan2 lain..cuma baik dengan 2-3 orang saja..yang lain baik gitu2 saja la..kawan baik saya pun tak rapat sangat dengan yang lain..jadi saya takda peluang nak bersihkan nama saya..

jadi saya harap sangat akak dapat bagi sikit nasihat macam mana saya nak bersihkan nama saya..sebab semua pun sekampung..nak taknak kalau balik raya berselisih juga..tak perlu publish komen ni pun takpa..sebab entry akak terkesan di hati saya..

TERIMA KASIH

el said...

sedap tu..tosai lama x mkn

Cik Ina Do Do Cheng said...

dah lamanya tak buat tosei, suka tosei. cik ina suka tosei garing.

Misz-ella said...

Walaikumsalam Ana,

Sebenarnya KC setuju dengan sikap menjauhkan diri Ana tu. Tapi tu lah .. makin kita jauh, makin dia mengata. Hurmmm .. dia lupa nak muhasabah diri la tu dik.

Dlm dunia ni mmg ada mcm-mcm karakter. KC pun ada kwn yg sokmo nak up lebih-lebih walhal tak da benda pun dan KC mnjauhkan diri dgn org camni sbb takmau jiwa kacau.

If u can tolerate with the condition, just ignore her. Tapi kalau terlalu mengganggu jiwa, cara terbaik ialah bersemuka dgn niat mahu jernihkan yang keruh, bkn bergaduh. Bincang elok-elok tapi kalau kesudahannya mengecewakan, ignore je lah. Kita dah buat yg terbaik, kan.

Kakcik Seroja said...

Berbanding roti canai, kakcik lebih suka tosei. :)

faraherda.razalan said...

Sy pnh dijemput dtg beraya kat umah kawan India suatu masa dulu. Mkn tosei cicah kari kambing. Ya Allah! Sedapnya KC!