Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kecewa ~ Jangan Lama

Back to entry emo semalam, Terima Kasih pada yang komen. Kita baca dan hargai semua yang sudi berkongsi rasa dengan kita. Ai terharu u. Sob .. sob*sedih terharu*.


Bila 'flashback' kelakar pulak rasanya. Dalam satu jam ada macam-macam emosi .. ada macam-macam rasa. Tadi nangis, 5 minit pastu senyum ketawa. Colours of life, kan. Nikmat Tuhan bagi pada kita. Dugaan mematangkan, mendewasakan. Hidup tak lengkap dan sempurna kalau tak diduga. U have to go thru a tough life to be a better person. Percaya? Kalau korang tak percaya pun tak pe. Yang penting, saya percaya.

TQ .. TQ .. TQ ..

Lately ni kan, banyak betul dengar cerita duka. Sedih, kecewa, terluka, dikhianati, disakiti. Rasanya kan, kaum Adam kena terima hakikat yang kaum Hawa ni walaupun lembut fizikal, sopan tuturkata, ayu rupa*chewah* tapi berganda-ganda 'tough' mental dari mereka. Kiranya tang fizikal je la kita kalah dengan diaorang. Tang lain Hawa menang. Hawa kuat, Hawa bersemangat. Hawa boleh cari duit, Hawa boleh jaga anak, Hawa boleh buat kerja rumah malah Hawa boleh jaga Adam jugak. Yeay .. Hawa menang. Bangga arr jadi Hawa. Hihihi. Tapi apa pun, Tuhan jadikan Adam dan Hawa berpasangan. We need each other, melengkapi satu sama lain. So, let's appreciate each other in life. Hawa jaga Adam, Adam lak 'support' Hawa. Baru lah bahagia.

OK. Buat kawan-kawan saya yang terluka, Kecewa jangan lama ye. Cepat-cepat 'up' kan diri. Dari makan Hati berulam Jantung, lebih baik makan Hati berulam Jagung macam dalam entry ni. Hihihi.


14 comments:

Tina Othman said...

betul, bangga sangat jadi perempuan ni

mmg Allah cipta kan perempuan ni kuat, kalau tak mana dtg kekuatan nak mengandung, bersalin, dari situ dah nampak kelebihannya

makdara TERdiva said...

perempuan istimewa..dalam kelembutan terselit kekuatan jiwa..
sekali dia terluka, dia bangkit dan x kan menoleh lagikisah dukanya..

eliyaezlinalias said...

bangga dilahirkan sebagai wanita!

Ct Arina said...

live our life to the fullest! insyaallah ;)

AtiEyZ said...

alhamdulillah, bersyukur kita dijadikan wanita...

kakcik said...

Tadi kakcik beli jagung bako kat Pasar Tani, belum dimakan lagi! :)

MaMa AiNi said...

susahnya menjadi Hawa & wanita...he2x..betul KC..ramainya Hawa yg terluka termasuk kawan mama `kembara sepi`..hu2x...semuga dia kuat seperti mama !!..

tiefazatie said...

hee..chill kakchik..enjoy je life nie..=)

lagenda said...

HI kC..gundah gulana jgn lama2. Nanti idup tak hepi, muka tak berseri..

farah fauzi said...

adehh..time tgh frust ni baca lak blog kak chik nih terasa sedey plop...haha...nikmat hidupkan..Allah bg macam2 perasaan untuk kita nikmati...huhu...

nisa said...

Saya pernah rasa drop(selalu rasa drop hehehe)bila saya diperlekehkan lelaki, biasanya bila kita mengadu letih sakit badan sebab sentiasa kerja tapi laki suka kata kerja dia lagi letih dari kita..sudahnya kita langsung tak boleh nak ngadu and jd lebih pendiam..tapi bagi saya, Allah lebih Maha Mengetahui, bila kita solat dan berdoa, automatic selesai solat rasa macam dapat satu kuasa baru dan kita mampu berhadapan dengan apa jua situasi.. Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

adik selalu sedih, terasa..haishhh.takmo dah camni

!eNa PnG said...

setuju akak...! :)

Liza @ Adzriel AB said...

makan ulam buat awet muda.. ceria2kan hati, teruskan hidup.