Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Muhasabah Khamis

Hari ni penat. Mental dan fizikal. Cuti dua hari, tenang  jiwa. Masuk ofis harini, tengok sudut sini, sudut sana, tengok meja sendiri, tengok meja Kak Senah assistant kita, tengok meja Boss, tengok 5 tender dokumen yang bakal dapat  sentuhan jari halusku, Haihh .... tension. Kena keja kot Ahad ni*sesak minda sekejap*


Tambah sesak minda bila orang tak reti apa itu 'Teamwork'. Tak paham  dengan orang yang suka berlagak 'Boss'.  Yang kalut kelam kabut tak kena tempat pun kita tak paham. Benda kecik, kecoh lebih. OK. Itu situasi ofis setelah ku tinggalkan dua hari. 


Situasi dalam rumah OK. Terkawal. Diri sendiri? Terbaiklah. Even bizi dengan bermacam benda 4 hari ni, dapat curi masa untuk diri sendiri - ke salun, aerobik 3 hari berturut-turut, 'dating' berduaan dengan girlfriend kesayangan walaupun sekadar minum kopi. Betul la kata orang yang hidup kita ni banyak warna. Alhamdulillah. Moga kekal sampai bila-bila. Amin.

12 comments:

Ekmi Rabat said...

wah..sempat lg ke aerobik, org perempuan mmg power. multitasking.


My Latest Entry: Saya akan cuba buat surat sokongan. @_@

yen(toka ziizokukuto) said...

huhuh penat penat,, :)

kakcik said...

Sebelum baca catatan Ella ni, kakcik pun sedang memikirkan slogan semangat berpasukan yang konon dilaung2kan - tapi bila buat kerja, ada yang terkinja2 menonjolkan diri, ada yang diam tak tahu apa2, ada yang berlagak seolah2 harta pejabat macam milik bahagian dia saja.. huh! macam2. :(

azian said...

kakchik,
apa kata kita "teamwork" kan org yg tak ngeti team work tu hah...hehehehehe

azieazah said...

Orang2 macam tu la yang kena pegi kursus team building dan sebagainya.

Kena tahu sapa ada kuasa sapa takda.

Tapi cara terbaik? tutup mata sebelah, tutup telinga sebelah!

kpah k-poh said...

kpah pun time kerja..mcm2 ragam pekerja yg dtg ella....

eliyaezlinalias said...

penat tapi berbaloi baloi kan kc!
hidup biar bermakna itu yg penting kan kan kan! kc yg ajar...hihi

Isteri Encek Bard said...

Amin.. mudah-mudahan... happy selalu kc

My Little Diary said...

alhamdulillah.... semoga ceria selalu... :)

Mamaleesya said...

superwoman!

Izan Ishak said...

syukur alhamdulillah...

moga hidup kita terus diberkati olehNya...

**rindu kat KC jugak!

el said...

ahad pun kc keje?so bila cutinya...
el nk turun kl mgu dpn..jom jimba2 ahaks