Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Shopping basah

Semalam kita gi Shopping basah. Best. Kita suka shopping basah hari Rabu malam kat kejiranan kita. Paling best bila terserempak dengan jiran setaman. Nama je setaman tapi masing-masing sokmo bizi, bukan senang nak jumpa. Tadi terjumpa seorang kakak. Kakak ni femes kat kejiranan kita ni. Dia ni memang suka kita, asal jumpa jer ajak sembang. Asal jumpa jer ajak dating. Alahai kak .. teman sokmo bizi, entah bila la 'free'. Bila terjumpa, kita carik ceruk-ceruk utk dijadikan 'port' selamat supaya tak dilanggar orang. Shopping basah kat pasar malam, paham je la sesaknya camna, kan. Tak puas sembang dah kena bawak haluan sendiri. Pastu berjanji. Kakak tu suruh kita cari satu masa untuk minum bersama. InsyaAllah tapi saya tak janji ~ Camtu la janji kita. Eh .. tu kira janji ke? Hihihi.

Yang tak best tentang shopping basah kat Pasar Malam kat tempat kita ni ialah harganya boleh tahan mahal. Adodoi .. Sebelah kepala ikan merah, 1 keping isi, 1 ekor saiz kecik bukan Besar bukan sederhana pun dah RM14*teringat entry kakcikseroja  tentang harga ikan murah tapi nelayan hidup serba kekurangan dan kedaifan minggu lepas* Sentap kita berhari-hari lepas baca entry Kakcik tu. Disebabkan teringin nak makan Kari Kepala Ikan yang dimasak sendiri, kita redha je dengan harga tu ~Menu hujung minggu, harap-harap tiada yang mengganggu.


Dalam dua minggu ni, banyak kali kita berulang ke Supermarket untuk 'Shopping kering'. Seriously, barang sekarang memang mahal. Kalau bawak RM50, memang harus congak dan kira sebelum 'proceed' ke Cashier Counter. Hal-hal camni buat kita terfikir, macamana sebuah famili berpendapatan RM3,000 dengan anak seramai 5 orang dan bersekolah nak 'survive'? Macamana? Korang rasa boleh ke? Kita rasa macam mustahil je unless if the father rajin malam keja part time kat 7 Eleven ke. Jom bincang kawan-kawan.



16 comments:

kakcik said...

Jujurnya, pendapatan kakcik dan suami tak sampai pun RM10K sebulan. Dengan 4 anak lelaki yang meningkat remaja/dewasa, ikutkan memang tak bolehlah nak bermewah2. Malangnya kami ni jenis 'kurang sedar diri'. Berbelanja kadang2 kalah orang kaya! Mujur juga sejak Along bekerja, dia banyak membantu. Itu pun sementara dia tak ada tanggungjawab kepada rumahtangga sendiri.

Kalau ke pasaraya besar, jangan berangan nak beli barang dapur secukupnya di bawah jumlah RM200. :(

diana said...

kita keluarga kecik je kakchik..ada 3 perut je nak isi jadi belanja dapur pun memang tak banyak la..orang kata besar periuk nya besar la keraknya..kan??
bila anak ramai belanja pun banyak..
anak sorang,belanja pun boleh lagi la..tapi tetap la menyimpan untuk masa depan maisara nanti..
dia nak sekolah tahun depan..
jadi sekarang kena berjimat la sikit.berjimat pun tak tau nak jimat tang mana lagi..sedangkan banyak benda dah jadi keperluan sekarang ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam akak syg.adik pun tau brg mahal sgt kat tanah air.adik klu bawa 50 hengget tu mmg rasa ngeri klu gi kedai.gi pasarraya..jgn berangan nak bawa 100-200.mmg tak cukup.

3000 mmg tak cukup kak.ngan itu ini, tol, minyak..akak..klu adik nak duk kl boleh?tlg cr kan umah sewa boleh?hehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kdg2 kita rasa mustahil tp pada org yg brpendapatan mcm tu dgn keluarga besar mampu pula manage.. Bak kata orang rezeki utk anak tu sentiasa ada..

eliyaezlinalias said...

Tade yg murah skrg ni

azieazah said...

Barang mahal pun, perut tetap kena isi jugak.

Saya keluarga besar. Anak ada 6 orang dan semua masih belajar.

Malas nak hurai... sebab saya bersyukur dgn apa yang ada.

POSH76 said...

setuju mmg terasa sgt barang mahal la ni...RM50 tu cam dah takde makna...sekejap jer habis

Mama Kyra said...

kami yg 3org mkn ni pn klu bl brg dapor skali bl dh dkt 100..brg mahal la skrg ni..

nazirah said...

hahaha tu la brg dpur skrg mhl kan aih cekik darah betul aih.. tu la rasa mcm nak carik part time je kan ngee ;)

stellaizz said...

fuhhh semua brg dah mahal sis..sekarang ikan pon dah mahal plak..kadang2 barang kita ambil tu ciput ye..time nak bayar...ehh dah rm70-rm80 fuhhhhhhh

kakngah said...

dulu kerja 2 orang pun terasa jugak la 'sesak'nya.. apatah lagi sekarang sorang je yang bekerja. kene la pepandai manage kewangan yg ada. dah la harga barang makin hari makin melambung naik...

Melati Qistyna's Mummy said...

mmg seram kalau difikir2 kn masa akan datang... dgn keadaan sekarang pon harga brg sume mahal2.... xtau la

betul kata kakngah tu, dulu keje 2org, skang ni keje sorg je, kena la pandai2.... :)

ummiross said...

betul tu kakcik, memang terasa betul barang mahal sekarang..

Fara said...

KC,

Sy bkn org senang. Bukan juga org susah. Mgkn tgh2. Ada masa sempit juga, Tapi Alhamdulillah, masih belum hilang punca.

Tapi sederhana sy tidak memungkinkan kemampuan sy untuk berbelanja sesuka hati. Bila lihat blogger bercerita beli itu ini, sy meneguk liur sendiri.

Bila KC mengutarakan isu pendapatan sekeluarga RM3k dgn anak yg ramai, KC perasan tak? Kita cuma bercerita setakat itu dan selebihnya kita dgn dunia kita sendiri. Kita terus menulis apa yg kita dah beli. Apa yg kita dah makan. Dan terngangalah blogger kurang mampu yg membaca. Sedikti sebanyak timbul rs sedih dalam hati - kenapa aku tak mampu spt mereka?

Hiks~ Tapi ada gak org yg mampu tp suke betul mendengki, kan kak?

Sy nie dah lari topik ke? Heheheh!

Oh, ye....sy ada je cth org yg pendapatan kurang dr RM3k tp anak ramai dan bini pula tak bekerja. Tapi kak, mereka hidup bahagia dan tak pnh merungut kesusahan mereka. Selagi makan tidur pakai seme terjaga. Cumanya, utk mendapat brg kehendak hati mgkn susah....

=(

Anaa said...

nak nyampuk komen kakcik seroja.. hikhik

saya sama macam kakcik, huhu.. anak2 sumer minum susu lagi.. depa punya susu dan segala bagai peralatan, sebulan 500 tak cukup.. uwaa.. hahaha.. apa pun, Alhamdulillah..

Ct Arina said...

haih. rina yg belum kawen ni pn rase gaji around 2k pn x ckup. tu untuk life sendiri tu. belum lagi ade anak nnt. gaji naik, tp barang2 harian sume pun mencanak naik. kadang2 nak beli ikan + sayur pun kene berkire-kire. dunia2.