Hutang Resepi dibayar Resepi, Nora dan Meet The Bloggers

Friday, October 21, 2011

Memandangkan ai berhutang resepi, maka haruslah dibayar dengan resepi juga. Sib baik diaorang mintak resepi .. kalau mintak seorang sepiring ... *Hihi*

Ayam Goreng Kunyit 'Juicy and Yummy'
Goreng garing isi ayam yang dipotong dadu dan bergaul garam kunyit (Saya beli Chicken fillet sebab nak mudah). Tumis bawang putih, bawang merah yang dihiris pastu masukkan sebatang serai yang diketuk. Bila dah naik bau, masukkan ayam tadi. Kacau rata pastu tambah 3 sudu cuka, 3 sudu air, pastu tabur sedikit gula untuk 'balance' kan rasa. Kacau rata pastu masukkan bawang besar yang dihiris, cili api, kacang panjang yang dipatah-patahkan dan sedikit tomato yang dipotong dadu. Ratakan sekejap je. Jangan lama sangat, nanti 'too dry' dan 'non juicy'. 

Blackpepper Meatball
Goreng garing Meatball dan susun dalam pinggan.  Tumis bawang besar yang dipotong dadu. Bila dah layu masukkan Black Pepper sauce jenama 'Life' dan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Kacau rata dan curah atas Meatball tadi. Sebelum tu percikkan 'Lada sulah' atas Meatball untuk 'balance' kan rasa sebab kebanyakan Black Pepper Sauce dalam botol ni sedikit manis.

OK. Siap sudah Entry Cara-cara Membuatnya atas permintaan blog reader Misz-Ella. Lauk dah siap, so boleh la ai bukak apron untuk siapkan diri dan mental untuk jumpa Nora malam ni. Esok ~ Meet The Bloggers.  Wahhh .. bizinya kau Ella. Hihi.




You Might Also Like

12 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail