Maltesers Square

Wednesday, October 26, 2011

Maltesers Square ~ Amboi nama dia ...  Berbelit lidah Melayu jati suka belacan dan budu macam saya menyebutnya. Sampai sekarang tiap kali nak sebut tanya Aiman dulu "Apa Man nama dia?". Sokmo lupa. Glamer sangat pun nama dia. Tengok Kit Kat tu. Budak 3 tahun pun 'perfect' sebutannya. Hihi.


Mula-mula tengok Resepi Maltesers Square ni kat  sini. Pastu terus gediks nak cuba. So, di hari Rabu yang sangat santai 'no appointment, no rushing and no hurry', kita main masak-masak kat dapur berdua.

Ini Resepi kategori "Cepat Dimasak, Sedap dimakan" Paling best sebab tak yah 'bake-bake' sebab ai takut letrik!! Hihi.

Ini terlalu besar cos i dont have 8 inch acuan. So kita buh dia dalam tupperware pastu tekan padat-padat. Sejukkan dalam peti ais pastu hias dengan White Chocolate. Kalau Maltesers Chocolate tu lebih banyak mesti lagi cantik hiasannya, kan. Tapi ai tak cukup stok sebab dalam masa dalam kereta otw back from Tesco kitorang bertiga dah ngap!! Hihi.

Malteseres Square. Rasa ? Manis .. tapi dessert Inggeris memang manis. Dia ni spesis Brownies kot?  I dont have a very sharp knife so potongan yang dibuat Aiman pecah kat tengah-tengah. Best la 'dia' ni. Pasni saya nak buat lagi 'with a little bit adjustment'. Hihi. Ada ke yang berminat nak Resepi? Gi cari kat sini. Kita malas nak taip. Hihi.






You Might Also Like

17 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here