Penunggu malam

Monday, October 31, 2011

Sebelum kita pergi ke Subjek utama entry ini, meh kita layan emosi orang rindu.  Kalau dah sedia untuk lakukan pengorbanan, haruslah minda juga bersedia dengan risikonya. Dalam kes ini .. pas gunting rambut pendek habis, kerinduan pulak pada rambut panjang saya. Padan muka!!

Rambut panjang kerinting lepas bahu ~ Opismet aku kata 'Cun' dan vogue gitu. Eh .. pehal muka cam Amoi jual bunga kat Petaling Street je ni? Hihihi.

Rambut lurus paras bahu ~ One of my fren kata "U look so anggun in Baju Kurung".  Offkoss .. Baju kurung baju tercantek di dunia yang saya penah jumpa. 

Rindu gak pada rambut macam baru lepas buat teknik "Rebonding" padahal memang lurus semulajadi. Walaupun orang kata kalau mekap lebih cantek, saya tetap suka muka polos camni. Saya pernah dikutuk seorang teman "Aku kalau ada position macam engkau, aku mekap lawa-lawa. Ni macam Kerani tempat aku jer aku tengok. Dasar pemalas nak berhias". Eh .. ai selesa camni u. Tanpa mekap tak berhias. BTW, buruk sangat ke muka saya? Whatever ... janji selesa dan  bahagia.

Lagi rindu rambut lurus camni. Eihhh .. cepatla panjang wahai rambut. Yang hang gatai sangat p potong pasaipa? Padan muka hang, Ella. Haha ..

BTW, inilah Penunggu Malam yang menjadi subjek utama Entry ini. Tiap-tiap pagi bukak je pintu nak start enjin kereta mesti tengok dia dulu. Kucing sekarang dah ada 'taste' tersendiri. Nak tido pun pandai pilih tempat ~ atas bumbung CRV. Jangan kau calarkan bumbung kereta ku sudah ...




You Might Also Like

19 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here