Thursday, October 20, 2011

Udang Asam Nyonya & Dory Fillet Sweet Sour

Menu lunch hari ini dan semalam. Kita dah terbiasa dengan rutin Main Masak-masak pagi-pagi. Kadang-kadang bila terlalu penat, masa nak tido malam terfikir gak "Esok aku tak nak masaklah". Tapi bak kata Aiman  .. Kalau mama cakap camtu jangan percaya sebab dia tetap akan masak jugak. Aiman betul. Kita rasakan,bila kita buat apa yang kita suka dengan ikhlas dan rela, kita akan enjoy dan hepi membuatnya. Sikit tak rasa terbeban.

Dory Fillet Sweet Sour ~ Potong dadu Kepingan Dory, salut dengan tepung jagung, goreng garing. Tumis halia, bawang putih dan merah sampai naik bau. Masukkan Cili sos + Tomato sos. Kacau sebati dan rasa. Last sekali masukkan Tomato, Carrot, Timun dan Kepingan Nanas yang dah dipotong dadu. Hmmmm .. feveret Aiman ni.

Udang Asam Nyonya. Resepi dari Cik Mat Gebu. Blog CMG feveret kita untuk rujukan saat 'blurrr' tak tau nak masak apa. Kita follow blog CMG sebelum kita ada blog lagi. Tapi rasanya yang ni 'too dry' atau terlebih garing. Serius sedap resepi ni. Korang cubalah.

Hari tu ramai yang tanya camna rupa Ikan Dory. Ikan dah siap goreng baru teringat nak ambek gambar. Macam ni la rupa plastik dia. Buat yang bertanya tu, cuba cari kat Frozen Dept mana-mana Supermarket. Mesti ada.

Eh .. Hari tu ada yang tanya Resepi Ayam Goreng Kunyit Juicy n Yummy dan Meatball. Nanti kita bagi eh. Hari ni ada 'down' sikit.  Bulan nak bertamu barangkali?









16 comments:

munna said...

tunggu resepi dari KC ni....

Aku Ibu Muda said...

masuk sini je perut bunyi...hehe

POSH76 said...

sedap2 ni....

eliyaezlinalias said...

BULAN da time la tue....(*_*)

diana said...

untung aiman ada mama yang rajin memasak..:

kakcik said...

Kakcik tunggu resepi tu. :)

azrinna said...

Waktu tengahari tgk resepi Kak Ela, makan dgn nasi panas, alangkah.... nikmatnya....

aisya said...

mcm sedap je udang asam nyonya tu.. tp sayang xleh mkn udang.. huhu

Princess Nur said...

Lapar la pulak..Huhuhu

makdara TERdiva said...

wah! berkilat-milat udang tu dikerjakan Kc..hehe

Yana Houry said...

wah sedapnye..yana pun suke respi cik mat gebu...semua best2..:)

Fara said...

Udang kelihatan sgt lazat! Yummeh! Sy suka dory fish finger...dip dgn tartar sauce! Ouh! Sedapnya KC!

Mamaleesya said...

ehehe bulan nak bertamu, sama la ngan mar

Tina Othman said...

kc, tina sabar menanti resepi meatball tu hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam KC, nmpk sedap menu ikan dori tu, ptg nnt adik shopping adik nak cr la..tq akak syg, bg adie tuk adik menambah menu gak .mmg penig pk nak msk apa, penat pun penat tapi sgt gembira bila mereka mkn dgn selera kan akak syg.

azieazah said...

Copy & Paste komen paberet saya:

Kenapa ler orang-orang yang pandai masak ni tak berjiran dengan saya??!