Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jumaat Pertama Dua Ribu Dua Belas

Salam Jumaat kawan-kawan. 
Selamat pagi. 

Jumaat Pertama di Tahun Dua Ribu Dua Belas.
Jumaat yang pagi ni aku masak Roti Tuna Goreng untuk anakanda ku Aiman.
Jumaat yang korang nantikan kemunculannya sebab esok tak payah pergi kerja. 
Jumaat yang membuatkan kami sefamili terpaksa mandi air tak jernih tapi sedikit kecoklatan sebab tekanan air sangat rendah dari malam semalam. Habislah .. pasni muka sure naik jerawat dan badan gatal-gatal.
Jumaat yang bakal 'jem' tengahari nanti sebab Kaum Adam bakal beramai-ramai mengerjakan Solat Jumaat secara berjemaah.
Jumaat yang menyaksikan pagi ini aku ber 'amazing race'  lagi sebab Aiman kelam kabut. Terjaga je dari tidurnya dia kata .. Ma, hari ni Jumaat .. Perhimpunan awal. Cepat siap. Hey ho .. Sebelum tido semalam lupa nak bagitau mama ye. Maka 'pedal' minyak CRV ku tekan kuat agar anakku tiba tepat pada waktunya. Alhamdulillah. Selamat.
Jumaat yang pagi ini aku terasa ada sedikit 'free' tapi sayangnya minda ku tersangat 'blurrr'. Bukak 2, 3 drafted entry .. tak berjaya ku siapkan maka "X" lah jawapannya dan terlahirlah entry bersifat 'blurr' ini juga.
Jumaat yang dalam Yahoo Mail ku terselit satu berita gembira. Senyum .. tetap senyum pagi walau "blurr". OK. Cukup sudah berterapi. Tercapai sudah hajat untuk mengucapkan Salam dan Selamat Pagi kepada readers blog misz-ella ini. Kerjalah .. apa lagi. Hihi.


5 comments:

Kakcik Seroja said...

Dapat bonus lebih ke Ella? Boleh belanja kakcik makan2. :)

faraherda.razalan said...

Huh! KC mmg...ish! Tak tau nak ckp pe! Hiks!

Melati Qistyna's Mummy said...

Selamat berhari jumaat.... :)

Dh dpt appraisal ke kc.... :D

sudipVSsenduk said...

salam sejahtera di pagi penghulu segala hari. Pagi tadi bangun ingat hari ni sabtu.. tetiba saya bertukar jadi lipas kudung...

Mama Zharfan said...

salam ziarah :) have a nice day & take care yer KC :)