Acara "Burn My Wallet" sebelum ke Gathering

Sunday, October 30, 2011

Masa nak ke Gathering haritu, sebelum ke rumah Kakcik Seroja, saya jemput MDTdi Kota Damansara pastu merayap kami ke Sunway Giza. Hajat hati nak singgah ke Kedai Sasa untuk beli birthday present Adik. Dah tu jalan-jalan .. cuci-cuci mata untuk habiskan masa sebelum bertolak ke rumah Kakcik. Hurmmm .. jalan-jalan gitu je pun 'total loss' menjangkau 3 angka. Tak pe la kan, sekali sekala "BMW ~ Burn My Wallet." Hihi. Thanks Eelobor for the quote. I like.
Stop jap ambek gambar kat Dinding 'ohsemm' ni. Kelakar la bila ingat balik camna kalutnya saya memilih baju untuk dipakai ke Gathering ni. Jap-jap yang tu .. jap-jap yang ni. Last-last Si merah jambu baju lama ni jadi sasaran itupun setelah dipilih oleh Aiman. Penuh 1 katil dengan baju tak jadi* Buruknya perangai* Hihi.

Kelaparan kami sebenarnya. Sanggup tak makan beria-ia pagi tu sebab nak prepare perut untuk menjamu selera kat tempat Gathering. Tetapi permintaan perut yang dah ber 'hip hop' haruslah dilayan. So, kita 'stop' kan bunyi perut di  Tutti Frutti dulu. Ce teka yang mana saya punya? Yang ada stroberi dan tanpa coklat tu le. Yang ber 'naga' tu MDT punya. Yang coklat tu dah tentulah owned by Aiman. Dia chocolate lovers but not me.

Lagi gambar di Dinding cantek dan MDT yang cantek. Eh .. sama la pulak warna baju kita. Baru hari ni perasan? Alahai .. lembabnya!!! Hihi.




You Might Also Like

15 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here