Titis-titis Hujan

Friday, October 21, 2011

Lately, KL hujan lebat tiap hari. Dari siang membawa ke malam. Nasib baik pagi hari matahari ceria. Kalau tidak .. sesak kita di jalan raya, merah lah attendance kita.

Aiman telefon hampir jam 6 petang tadi.  
  • Mama kat mana? 
  • Ofis. Dah nak balik ni. Kenapa Aiman?
  • Kat sini kilat kuat. Tadi api trip, 'auto gate' tak boleh bukak. Aiman terpaksa panjat pagar untuk masuk rumah. Aiman risau kan mama. Mama hati-hati ye.
  • OK. Insyallah. Aiman jaga diri tau. Duk rumah baik-baik. Jap lagi mama balik. Abah pun tak lama lagi sampai la tu.
  • OK Ma. Bye. I love U.
  • I love u too Aiman. Bye.
Turun ke 'basement' ambek kereta ~ Masyallah gelapnya. 6 petang bagaikan 8 malam. Pak Guard tak bukak lampu lagi. Dalam perjalanan, hujan lebat mencurah. Air naik sana sini. Dalam hati berkata, 'Camnilah KL. Pantang hujan, water ponding sana sini. Sahlah 4WD jugak pilihan hati kalau aku perlu bertukar kereta nanti'. Hujan lebat .. kena extra hati-hati. Perjalanan 25km berjaya ditamatkan selepas 1 jam 15 minit perjalanan. Alahai .. penat. Tapi bila tengok Aiman dan abahnya sedia menunggu di laman dengan muka lega .. Bahagia. 

Hujan membawa rahmat kepada alam tatkala cuaca panas membahang sehingga kemarau. Hujan membawa bencana banjir bah tatkala turunnya tanpa belas dan simpati pada penduduk dunia. Titis-titis hujan membawa seribu erti dalam hidup kita. Dan kini, titis-titis hujan masih belum jemu membasahi bumi, masih belum berhenti.

You Might Also Like

9 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here